Masa ni, usia kandungan 6 bulan. |
Saya yakin.. Ada yang sedang tercari-cari apa vitamin tambahan terbaik sepanjang tempoh kehamilan ibu-ibu ataupun surprise seorang suami kepada isterinya yang sedang mengandung.
Betul, betul?
Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada anda semua.
Dan mungkin juga ada yang sedang membaca ini dalam proses merancang untuk mempunyai cahaya mata. Kiranya, buat pembacaan dan persiapan awal.
Good, job ! Tahniah ! Saya tumpang seronok dan happy.
Ramai yang tahu.. mengandung ni satu anugerah dari Allah kepada pasangan suami isteri yang telah halal berkahwin. Bukan semua orang berpeluang untuk melaluinya.
Ada yang bertahun-tahun berusaha, baru dikurniakan zuriat.
Ada juga yang sehingga ke tua, setia berdua walau pelbagai usaha dah dilakukan.
Apa-apapun pesanan saya, hargailah setiap moment indah yang anda dan pasangan lalui sepanjang hidup berumahtangga ini.
Kepada bakal-bakal ibu, perbanyakkan bersabar. Setiap kehamilan setiap orang mempunyai ujian dan cabaran yang di luar dugaan.
Ada yang biasa-biasa seperti orang tak mengandung, ada yang luar biasa sampai langsung tak mampu uruskan diri dan keluarga. (Saya lah salah sorang darinya).
Buat yang belum dikurniakan rezeki anak.. InsyaAllah, setiap usaha itu hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya.
Pekakkan telinga dengan soalan-soalan cepu emas mereka yang suka busy body hal kita.
Think positive.
Ok.
Jom! baca sharing tentang vitamin tambahan buat bakal-bakal ibu kat bawah nie.
SET LENGKAP VITAMIN TAMBAHAN SHAKLEE IBU HAMIL
Sesiapa yang belum pernah mengambil apa-apa vitamin tambahan mungkin risaukan kesan kepada diri dan baby dalam kandungan, kan.
Selamat ke, nie? Ok, ke? Hurmmm.. ramai kata ok, dah berpuluh tahun orang makan.
Dah 100 tahun. Kita pun belum tentu hidup sampai usia nie.
Tak selamat jugak, tak tahu nak kata lah. Lama sangat tue.
Kiranya, anda insan bertuah sebab berusaha mencari ilmu dan info tentang vitamin terbaik sebelum membeli.
So, kat bawah ni saya kongsikan dengan anda Set Lengkap Vitamin Tambahan Shaklee Ibu Hamil untuk anda faham fungsi dan keperluannya kepada bakal-bakal ibu :
1. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
- ESP ni, adalah sumber protein soya non-GMO (Apa non-GMO? Boleh baca di sini).
-Protein sihat dan berkhasiat diperlukan untuk memastikan tumbesar bayi dan ibu berlaku dengan baik. Membina sel-sel, tisu enzim dan otot si ibu dan anak.
- Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan.
- Mengurangkan risiko bayi menjadi cacat dan sangat bagus untuk penghasilan susu badan si ibu.
Pengalaman saya mengandung anak pertama :-
ESP sangat membantu sebab alahan saya terlalu teruk sehingga tidak mampu untuk makan nasik, bau ayam, bawang dan semua jenis makanan. Apatah lagi nak masuk dapur untuk memasak. Jauh panggang dari api. Huhuhu.
Selepas makan, secara automatik makanan keluar semula tak sempat nak dihadam. Memang muntah teruk.
Kita semua tahu, protein adalah sumber asas yang memang diperlukan oleh badan setiap manusia. Kalau kurang protein, tumbesaran akan jadi terencat dan banyak masalah.
Alhamdulillah.. dengan ESP, saya mampu survive anak dalam kandungan sehingga sekarang.
ESP ni adalah pelengkap nutrien, ia bukan kata minum ESP tak perlu makan dah makanan lain. Tak perlu makan ayam, ikan atau apa-apa sumber protein yang lain. Anda jangan salah faham pulak.
Ia adalah pelengkap. At least, badan kita dapat bekalan nutrien.
Bayangkan, saya makan sarapan.. muntah. Lunch pun muntah, dinner pun muntah. Menangis tengok makanan yang dimakan tadi keluar cam tu je.
Sedih fikirkan anak dalam kandungan cam mana lah baby? kalau saya si ibu cam nie. Sihat ke dia?
- Selain itu, ESP ni dapat membantu kurangkan risiko stretch marks sepanjang hamil.
- Bagus untuk ibu-ibu GDM (Diabetes semasa hamil). Kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) nya yang rendah iaitu 39.
2. Multivitamin Vitalea mengandungi 12 Vitamin dan 7 Galian Lengkap dengan Iron Formula
- Iron formula sangat penting untuk ibu hamil membentuk hemoglobin dan sedang menyusukan anak.
- Kekurangan iron boleh sebabkan ibu jadi lemah, mudah pitam, hb rendah dan muka kelihatan pucat lesi.
- Vitamin A dalam Vitalea bagus untuk kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang kuat.
- Vitamin D : Memperkasakan kepadatan tulang, mencegah dari penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
Asid folik dalam Vitalea pula, membantu perkembangan kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung, kanser servik, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit.
Seterusnya, baca di sini (Vitalea Super Multivitamin dan Mineral Pertama di Dunia).
So far, Alhamdulillah.. bacaan HB saya cantik sehingga sekarang walau alami alahan yang sangat teruk. Kita tahu tinggi risiko kalau HB si ibu sangat rendah, ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan nanti.
3. Ostematrix
- Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Mangan dan juga Boron.
- Kalsium berfungsi untuk membina tulang dan gigi yang kuat, membantu masalah susu merudum ketika haid, merawat sakit badan dan tulang belakang.
- Komposisi terbesar dalam susu ibu adalah kalsium selepas protein. Jadi semua kalsium akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Kalau ibu kekurangan kalsium, si ibu mudah mendapat Osteoporosis, sakit-sakit tulang dan gigi luruh.
- Ia Sangat-sangat bagus untuk ibu hamil yang selalu kebas-kebas dan cramp, serta sembelit.
Anda juga boleh baca entry di bawah ini :
Cramp jarang berlaku dengan Ostematrix
Testimoni pengguna Ostematrix I
Testimoni pengguna Ostematrix II
Atasi sembelit dengan Ostematrix
Penting Kalsium untuk ibu hamil
4. B Complex
- Anti-stress terutama si ibu yang tidak cukup rehat dan tidur semasa hamil ataupun dalam pantang kerana berjaga menyusukan anak kecil.
- Ia juga berfungsi seperti penenang untuk mengelakkan simptoms meroyan dan kurangkan rasa sakit kepala.
Sepanjang saya mengandung anak sulong ni, selalu je pening kepala. Alhamdulillah, B Complex banyak membantu.
5. Sustained Release Vita-C
- Membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu.
- Kekurangan vitamin c boleh menyebabkan gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
Saya pernah dengar ada seorang wanita pernah berkongsi pengalamannya dengan saya yang setiap kali dia mengandung dan bersalin mesti dia akan hilang sebatang gigi.
Sekarang anak dia dah 6 orang. So, bermakna dah 6 batang gigi dia tertanggal.
Masa tu saya masih muda, dan tak kenal shaklee pun.
Saya yang mendengarnya macam ngeri. Takkan sampai teruk macam tue.
Tapi, fikir logik, secara saintifik.. tak mustahil. Sebab gigi berkaitan dengan kalsium. Ia boleh rapuh, boleh pecah, boleh patah, boleh tercabut.
Begitu besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak. Bukan sahaja gigi, memori pun boleh hilang sedikit demi sedikit.
Sebab tu, kita galakkan ambil Omega Guard semasa trimester kedua.
6. Omega Guard
Antara fungsi Omega Guard:
- Membekalkan keperluan DHA untuk perkembangan otak janin dalam kandungan dan juga bayi yang baru lahir.
- Ia juga dapat melawan keradangan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah allergic atau banyak berada dalam suasana yang tinggi pencemaran seperti kilang-kilang, mereka yang merokok secara bebas dan juga pencemaran asap kenderaan.
7. Peppermint-Ginger Plus
- Fungsi pudina, halia dan jintan dapat mengurangkan rasa loya sepanjang alahan ibu yang hamil.
Ia akan memberi rasa yang lebih nyaman dan menenangkan.
Boleh direndam untuk diminum bersama teh o suam atau makan pada bila-bila masa.
8. Multi-purpose Cream Herba- Blend
- Haa.. cream ni, sesuai dibawa kemana-mana. Sapu di perut bagi mengurangkan stretch mark semasa mengandung.
Boleh juga sapu di tempat yang merekah seperti tumit kaki dan seluruh badan..
Ok, sekian untuk Set Lengkap Vitamin Tambahan Shaklee bagi ibu-ibu hamil.
Sekiranya, anda ingin dapatkan Set Vitamin Lengkap Ibu Hamil boleh hubungi saya di WhatsApp/ Telegram/ Call - SAKINAH (019-916 4276).
Fast Action! Fast Result!
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment