Poliklinik Beserah, Bilik No. 19. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca blog Mak Yong.
Anda yang membaca kisah ini, mesti sedang mengandung atau juga senasib dengan saya hamil GDM.
Saya doakan anda sihat bersama kandungan dan tabahlah hadapi ujian sepanjang tempoh kehamilan.
GDM OH GDM!!
Saya memang dari awal booking buku pink, kena minum air gula.
Dan secara tak sengaja, disahkan GDM semasa hamil. Akibat alahan yang sangat teruk.. saya redha dicop GDM.
Walau masa tue, kalau request untuk repeat minum pun masih boleh (Darah diambil tak cukup selepas 2jam).
So, hari mendatang.. bulan berganti bulan, alahan dah ok. Saya dan suami bertabah, bersabar dengan ujian pertama menjadi ibu & ayah.
Alhamdulillah, dikurniakan suami yang setia menemani diri ke klinik setiap kali appoinment.
Ada yang tanya, tak penat ke?
Bila fikir ia satu anugerah dari Allah SWT. Hilang rasa penat. Kami enjoy walau terkadang stress tengok 2 digit pada mesin ambil darah tue.
Bayangkan..
Ada masa 2 minggu sekali. Sehari wajib 4kali bila BSP (test untuk ambil bacaan glucose).
Keesokkan wajib jumpa doktor. Menunggu pulak berjam-jam.
Ada masa sangkut.. bila selera makan menggila. Kena seminggu sekali pulak.
Ada masa sendiri ter confius dengan date. Jadi terawal. Macam-macam lah ujian.
Saya yakin, ibu-ibu di luar sana pun ada ujian mereka yang maha hebat.
Sekarang, dah 37 minggu.
Tadi, baru balik dari jumpa doktor. Disangkakan sudah berakhir.. tamat episod GDM anak pertama nie.
Saya silap.. sangkaan kami laki bini, jauh terpesong.
Nampaknya, perjalanan ibu GDM masih perlu diteruskan. Kena repeat BSP lagi next week.
Sebabnya, bacaan melebihi 5.5mmol/L di klasifikasikan zon merah kat klinik baru (Poliklinik Beserah). Huhuhu.
Bertabahlah, wahai diri.
Kalau di klinik jaya gading, 6.0mmol/L baru dikira merah.
Papepun, bersyukurlah. Nasib baik bulan ni je taw.
Alhamdulillah, baby sihat. Cumanya.. baby tak mahu tunjukkan jantina lagi. Surprise lah nampaknya kami.
Apa-apa pun, tak kisah girl ke boy.. asalkan sihat, sempurna.. jadi anak yang soleh/ solehah.
InsyaAllah.
*Tadi, husband ada sembang dengan seorang budak lelaki muda temankan isterinya. Baru 21 tahun. Bangsa cina.
Dia kata : "seronokkan dapat baby". Happy dia jadi ayah di usia muda. Sempat lah jugak, saya perhatikan dia duk pegang baby sepanjang teman wife yang berkain batik + stokin tebal + baju sejuk. Dia lak berselfie dengan baby.
Ok. Itu lah sedikit sharing ibu GDM.
Untuk dapatkan Set Vitamin Lengkap Ibu GDM, anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp/ Telegram/ Call no. ini : 019-916 4276 (SAKINAH).
Selamat Malam, Salam Sayang.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment