Thursday 22 February 2018

PENGALAMAN 4 BULAN ALAHAN MENGANDUNG ANAK SULONG

Assalamualaikum..

Hari ni, saya nak share sedikit pengalaman mengandung anak pertama. Bukan kedua atau ketiga.

Yang mana, bila sebut je pengalaman pertama.. off course banyak perkara belum expert walau kita ni jenis banyak membaca, mendengar nasihat dan pengalaman orang-orang terdahulu.

Well prepared.

Bab mengandung setiap orang tak sama. Ujian tak sama. Penerimaan badan pun tidak sama.

Cuma cycle nya mungkin sama. Ada alahan atau langsung tak de alahan.

Saya bagi contoh diri saya je lah.

4 bulan pertama, saya boleh dikatakan macam "mayat hidup". Tak de apa yang menarik.

Bangun pagi, mandi solat.

Sambung tidur.

Untungnya saya, tidak bekerja. Cuma berniaga online. Masa fleksible.

Bisnes memang slow lah start pregnant. Nak reply whatsApp customer pun kena ada mood. Ambil masa yang panjang.

Nasib baik dorang faham bila kita mintak maaf dan citer tengah alahan.

Masa ni, belum confirm lagi preggy. Disember 2016,Seminar RM10.

Dalam tempoh tersebut, dapur adalah musuh saya. Menyampah.. meloyakan, memeningkan. Tak tahan bau nasik, bawang, ayam, minyak dan semua jenis makanan.

Tak boleh tengok makanan atas meja. Walau 1001 macam hidangan.

Ikan je bernasib baik terpilih.Untungnya lagi, saya duduk dengan MIL (Mother in Law), bab masak terpaksa serah pada MIL.

Tapi, hati saya menangis. Penuh dengan tekanan. Cepat tersentuh.Sangat beremosi. Mudah terusik. So sensitive.

Sedih baru kahwin, tak dapat jadi isteri sempurna untuk suami. Tak dapat masak, nak uruskan rumah tangga.

Suami yang banyak mengalah. Dia yang masak kalau saya mengidam nak makan bubur kosong dengan bilis.

Dah lah cerewet.

Siap order nak kena goreng macam ni. Nasik nak kena lembik macam bubur. Tak mahu yang segera atau nasik yang di blend.

Sabar je si suami.

Bila MIL start memasak satu rumah semerbak bau makanan menusuk masuk ke rongga hidung.

Pening, tidur terganggu. Loya.

Terpaksa tidur pakai mask untuk mengelak daripada bau. Itu pun tetap ada bau.

Perfume bilik merata letak, konon-konon tak de bau. Tapi, tetap sama.

Nak memilih bau perfume yang serasi satu hal.

Dah tak dapat tidur.. menangis macam baby. Menangis sorang-sorang.

Tak tahan sangat.

Kalau larat. Duduk lah kat luar rumah sementara MIL memasak. Sejauh-jauhnya lari dari bau masakan.

MIL pulak jenis yang suka masak banyak lauk.

Masuk je rumah.. muntah. Pernah muntah kat ruang tamu sebab tak sempat nak control.

Tak ubah macam "mayat hidup". Lembik tak berdaya. Nasib baik bernafas lagi.

Tak lalu nak makan.

Tengok makanan nak muntah lagi. Pastu, menangis bila dipaksa makan.

Kena marah lah sebab kita seksa baby. Baby perlukan makanan. Kita duk melayan rasa loya. Kecian kat baby.

Nak kena suami suap baru makan. Kalau suami tak de, tunggu lah dia balik.

Nampak tak perangai macam budak-budak.

Bukan senang nak membawa satu nyawa baru dalam rahim kita.

Ramai yang nasihat supaya lawan rasa yang tak elok tue, kuatkan diri. Demi baby. Jangan ikutkan rasa sangat.

Nanti kena tahan wad. Masuk air berbotol-botol.

Masa tu saya rasa macam tak berguna. Letih, bangun tidur solat, tidur balik. Makan pun terpaksa.

MIL and en.suami, nasihat Ambil al-Quran mengaji. Itu je yang terbaik masa tue.


Tapi.. 24 jam tu, rasanya banyak tidur dari bangun.

Part mengidam saya pulak, nak makan benda-benda yang masa zaman kecik-kecik, masa belajar kat kelantan dulu.

Buah Gajus (gambar google).

Tak de apa yang pelik. Cuma nak mendapatkannya macam susah jugak.

Adik-adik tengah kait buah gajus.

Mabuk yang teruk. Tak dapat travel jauh. Cari area Kuantan tak jumpa sampai ke sudah.

Nak makan mangga muda lah. (luckyly, ada sepohon pokok mangga kat depan rumah).

Hari-hari duk intai buah mangga depan rumah yang baru berputik.

Tak sempat membesar.

Asal nampak je. Mintak en.suami kait. Kalau tak sampai.. mintak dia panjat walau tinggi. Hahaha.

Kadang suami tak bagi. Katanya "muda lagi. Pahit tue. Biar lah dia besar sikit lagi."

Pastu mula lah buat drama air mata. Tak dilayan.. saya sendiri jolok dengan batang penyapu.

Masa tu, suami beralah. Turutkan keinginan isteri.

Dah dapat.. senyum melebar. Terus ngap masuk mulut (pssst..!! basuh dulu lah getahnya).

Bila pahit.. merepek kat suami. Kahkahkah.

Degil tak dengar cakap.

Tapi, saya makan jugak sampai habis untuk hilang kempunan.

Anak sedara pun support. Hari-hari tanya. "Acik nak mangga, biar isya panjat."

Dia pun join makan sama.

Hari-hari makan mangga. Sampai tak sempat nak membesar.

Siap pesan kat suami.

"Abang kalau ada nampak mangga kat rumah sesape, tolong mintak ye."

Suami balik (belum sempat duduk lagi).. first soalan tanya. "Abang jumpa mangga muda yang sayang pesan tue?"

Bukan nak tanya, "Abang dah makan? cam mana projek hari ni? Abang ok?..."

Kalau tak dapat.. mintak emak carikan kat Beserah pulak. Biasa area sana mesti ada.

Hurmm.. ada masa kecewa sebab belum masa berbuah. Tuan pokok baru je habis kait.

Masalah saya ni, nak makan buah yang fresh dari pokok. Tak mahu yang kat pasar.

Nak bau getah mangga yang wangi dan masam tue. Macam aromaterapi.

Dalam kepala ada je terbayang-bayang buah susah nak jumpa.

Lauk-pauk tak de selera nak makan ayam. Mesti nak makan ikan atau daging je.

Bila dah boleh makan ayam.. terus mintak KFC.

Ada satu malam, bulan puasa. Selepas berbuka.

Saya request nak snack plate hot & spicy KFC. En. suami kata.. jap lagi, abang pi beli dinner plate ye.

"Kita share, ye sayang." (Selalu sebelum preggy, saya makan seketul je. Dinner plate, suami ambil 2 ketul).

Tahu apa jadi malam tue?

Sebelum keluar saya dah merajuk.Saya cakap kat en.suami.. "Nak snack plate! Tak nak dinner plate! Tak nak kongsi! Nak makan dengan baby. Abang ambil yang lain. Jangan sentuh sayang punyer."

Nada saya agak meninggi. Kecik hati suami melayan kerenah mak buyung. Huhuhu..

Belum citer lagi part suami alahan sama seminggu lebih. Lembik kalahkan saya yang mengandung.

Allah memberi rasa yang adil.

Seluruh isi rumah pun kena alahan mak buyung ni.

Hahaha.

Buat mommies kat luar sana yang sedang membaca posting ini, saya doakan anda kuat, sabar dan tabah menerima kehadiran janin anda membesar dengan sihat.

Dan untuk si suami bersabarlah juga melayan kerenah isteri anda. Mereka berjuang untuk zuriat anda juga.

Kalau anda rasa penat dan bengang melayan kehendak mereka.. anda fikirlah bukan mudah untuk seorang wanita menerima satu roh dan jasad baru dalam rahimnya.

Begitu jua ibu anda suatu masa dahulu. Fight untuk memastikan anda membesar dengan sihat, lahir dengan selamat dan menjadi anak soleh/solehah.

Sayangi isteri dan ibu anda.

Mereka wanita-wanita hebat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment