Hai, Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Sihat, Salam Ceria.
Jom ! positifkan diri anda dan banyak-banyakkan ber solawat ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW dan beristiqfar di pagi yang indah ini.
InsyaAllah jika pagi kita positif, sehingga ke saat tidur malam anda nanti akan menarik perkara-perkara yang positif. Dan ingat ! jika pagi anda negatif sampai ke tidur ada sahaja masalah-masalah yang datang. Kerana anda adalah magnet kepada hidup anda.
Ok.
Pagi ini, saya nak share dengan anda beberapa Kisah Kejayaan Kecil Saya Dalam Bisnes Shaklee sejak September 2014 (First time sign up Shaklee's Member) sehingga saat ini. Kisah perjalanan naik turun dalam bisnes ini telah banyak mematangkan saya dalam hidup dan of course kerjaya bisnes.
Sebenarnya bagi saya, kejayaan ini tiada makna tanpa sokongan orang-orang tersayang dan jugak Mentor dalam bisnes saya (Baca di sini : Penting Berniaga Bersama Mentor Bisnes, Mentor mengubah Jualan dalam masa 3 jam sahaja dan 9 Tips Memilih Jenis Bisnes Pertama Anda).
Sebelum itu, Saya ingin berkongsi satu Tips Mudah Untuk Menjemput Kejayaan. Caranya ialah bersyukur dan menghargai kejayaan-kejayaan kecil dalam hidup anda. Kerana dengan kejayaan kecil ini yang akan membawa anda kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar suatu hari nanti. Percaya lah.
Contoh : Hari ini, anda berjaya berjumpa dengan Mentor bisnes anda untuk present dan mohon tunjuk ajar planning anda untuk short term dan long term sesuatu projek. Dapat pulak Close Sales 1 Set Kecantikkan Youth Shaklee. Alhamdulillah.
Nak buat apa? Tarik nafas, hembus sambil pejam mata (Sebab ia lebih feel bila kita pejam mata). Then, Tepuk dada dan cakap macam ni. Good Job ! Sakinah (Sebut nama anda).
Selepas itu kalau rasa nak reward apa-apa pun boleh. Tak semestinya perlu keluarkan wang belanja. Banyak cara penghargaan yang boleh kita lakukan. Mungkin anda boleh peluk anak-anak dan suami. Atau luangkan masa dating berdua dengan suami. Atau baca buku motivasi pilihan anda atau pun rawat diri untuk facial bersama team The Walking Beauty (TWB) di tempat anda.
Banyak cara kan.
Ok. Now, saya nak teruskan perkongsian Kisah-Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee ini.
Pertama dari segi Kesihatan :
Alhamdulillah saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg ++ sebanyak dua kali dengan menggunakan Produk Set Slimming Shaklee pada tahun 2014 dan Set Ibu Bersalin, Berpantang dan Menyusu Shaklee pada tahun 2017 (Melahirkan anak pertama).
Seterusnya saya berjaya menyusukan anak pertama sepenuhnya sehingga dua tahun dan sekarang dengan bantuan Set Ibu Menyusu Shaklee. Sekarang dalam proses untuk wean off. Anak dah 2 tahun 12 hari.
Sebenarnya dari segi kesihatan banyak sangat kejayaan-kejayaan yang saya lalui. Seperti tiada lagi masalah gastrik, senggugut yang teruk setiap bulan, kulit menjadi lebih sihat berbanding dahulu, jarang demam dan selsema (Tak ingat bila last demam, dulu boleh dikatakan setiap bulan sebab imunisasi saya tak kuat), tiada lagi masalah sembelit dan kesukaran membuang air besar, bebas diri dari depress dan tak terhitung kejayaan untuk diri sendiri.
Orang kata kejayaan yang lebih bermakna dan terkesan apabila kita dapat bantu ubah hidup orang lain menjadi lebih baik. Alhamdulillah dengan Shaklee saya dah banyak bantu ramai pelanggan peroleh tubuh badan yang lebih sihat. Bahkan mereka-mereka ini berjaya menjalani kehidupan yang lebih baik asbab dengan amalkan Produk Shaklee yang saya kongsikan.
Antara insan terdekat ialah suami sendiri. Anda boleh baca kisah nya di sini : Doktor Pakar Pskiatrik Kurangkan Dose Pengambilan Ubatan Suami dan Tiada lagi Kunjungan Wajib ke Pusat Kecemasan HTAA.
Seterusnya my mom berjaya turunkan bacaan Kencing Manis dari 30.0 mmol/L kepada bacaan normal dengan Set Diabetes Shaklee.
Kisah-kisah kejayaan kesihatan pelanggan tak terhitung nak tulis kat sini. Untuk ambil tahu, anda boleh search kat blog saya Type : Shaklee Effect atau permasalahan yang sedang anda cari.
Kedua adalah kisah-kisah kejayaan dari segi bisnes Shaklee.
Alhamdulillah syukur kepadaNya sebab lorongkan saya dalam bidang ini, dalam bisnes Shaklee.
Shaklee adalah bisnes Leadership (Anda boleh baca di sini : Peluang Bisnes Dalam Shaklee).
Kejayaan saya yang pertama ialah berjaya Rank Up as Supervisor pada tahun 2015 buat pertama kali selepas lebih kurang setahun dalam bisnes dengan Zero knowledge about bisnes. Kiranya selepas setahun saya berjaya buat jualan RM10K pertama saya.
Mungkin pada anda yang kaki bisnes, kacang sahaja buat sales 10K sebulan. Tapi, ini lah kejayaan kecil tapi besar di mata saya yang tiada background berniaga. Tanpa tunjuk ajar Mentor dan doa orang tersayang tak mungkin untuk saya kecapi kejayaan ini.
Mentor asbab menjadi short-cut kejayaan saya. Anda nak berniaga, cari lah Mentor.
Dalam tahun 2015 jugak saya berjaya membina Bisnes Mobile Spa saya yang pertama bersama produk Shaklee dan team The Walking Beauty Projek (TWB) (Apa itu TWB? Klik baca di sini 9 Kelebihan TWB Jutawan Shaklee) sehingga hari ini. Dulu SMS D'Secret Spa, tapi sekarang saya lebih selesa panggil SMS Spa.
Alhamdulillah dengan SMS Spa saya dah melangkah jauh ke depan. Saya berjaya jumpa ramai wanita-wanita hebat yang mempunyai misi sama untuk bebas kewangan, bebas masa bersama keluarga dan capai impian-impian dalam hidup bersama.
Ketiga kisah kejayaan saya dalam Shaklee ialah Perubahan Hidup, diri dan hati :
Nak berjaya dalam bisnes buatlah apa-apa jua jenis perniagaan pun. Tiada masalah, semua boleh jadikan kita kaya-raya asalkan ada guru ada ilmu.
Tetapi apa yang telah bisnes Shaklee berikan sehingga saya masih setia di sini selepas 5 tahun. Ada masa sendu ada masa ok, ada masa macam durian runtuh, rezeki mencurah-curah.
Ya, kelebihan bisnes Shaklee ni telah membentuk diri, jiwa dan hati saya bergantung harap sepenuhnya kepada Allah. Setiap urusan dan usaha saya Talk To Allah first Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Merancang serta Mengatur.
Asbab produk Shaklee saya lihat dah ramai orang dapat jalani hidup lebih baik. Itu satu kepuasan buat diri saya. Tiada apa yang lebih bernilai apabila mereka sihat dan bahagia. Beri lah wang jutaan ringgit kalau badan sakit, tiada makna.
Shaklee juga telah jadikan saya sorang penulis yang berjaya yang sentiasa memberi impak kepada dunia dan pembaca. Mereka amat merindui penulisan dan perkongsian saya di sosial media dan jugak blog (Ini pengakuan dari pembaca-pembaca saya sendiri).
Oh, ya. Dengan Shaklee saya sudah memilik blog sendiri. Yang dibaca oleh hampir 400K manusia dari posting penulisan saya sejak tahun 2014. Dan blog ini lah yang menjadi jambatan akhirat ke alam sana nanti. Ia akan terus dibaca dan digali oleh manusia tentang ilmu kesihatan, ilmu bisnes dan ilmu kehidupan walau suatu hari nanti saya sudah tiada di alam fana ini.
Ingat 3 perkara ini.
Selepas kita mati, hanya ada 3 perkara sahaja yang akan menjanjikan Pahala Berterusan di akhirat suatu hari nanti.
Doa anak-anak yang soleh : Alhamdulillah sebelum ini saya pernah menjadi pendidik, dapatlah tumpang pahala mendidik mereka. Even dah berhenti mengajar dalam dunia pendidikan. Tapi, sehingga hari ini saya sentiasa keep in touch mendidik anak-anak murid saya dan mentee saya dalam bisnes sekarang.
Syukur Allah pun bagi rezeki anak dari zuriat sendiri. Ini amanah yang besar perlu kami jaga. InsyaAllah anak-anak saya akan mendoakan saya setiap hari.
Asbab kelebihan bisnes Shaklee lah saya mempunyai masa membesar dan menguruskan amanah yang diberikan ini. Jika saya bekerja makan gaji, mungkin saya abaikan mereka kerana terlalu sibuk sehingga kurang masa dengan anak-anak.
Sedekah amal jariah :
Alhamdulillah dengan kenal bisnes Shaklee saya belajar untuk bersedekah secara meluas bukan sekadar dari segi wang ringgit. Itu sebelum berniaga lagi memang saya dah amalkan.
Cuma once kenal team Jutawan Shaklee dalam bisnes ni, membuatkan fikiran saya lebih terbuka. Rupanya banyak cara kita boleh bersedekah seperti sedakah ilmu, sedekah senyuman, sedekah solat sunat Dhuha, sedekah nasihat dan macam-macam.
Semestinya kita wajib jadikan asbab kekayaan dari bisnes Shaklee ini sebagai ladang sedekah akhirat kita kan.
Bayangkan jika kita kaya, kita pasti dapat memberi lebih untuk zakat harta dan mereka-mereka yang memerlukan terutama ummat Islam.
Siapa lagi kalau bukan kita yang mulakan.
Kita wajib bangkitkan ekonomi ummah. Biar orang bukan islam nampak Islam ini indah. Islam tidak membebankan tapi memudahkan.
Sebab setiap sedekah itu, Allah janjikan ganjaranNya yang berlipat kali ganda.
Orang Islam boleh menikmati kesan sedekah kenapa tidak kita yang sedia dilahirkan sebagai Islam ini.
Ini Jihad ekonomi kita, guys.
Ilmu bermanfaat :
Macam saya cakap di atas tadi. Dah ramai peroleh impak dari penulisan saya. Alhamdulillah.
Sebenarnya terlalu banyak nikmat kejayaan-kejayaan yang saya peroleh dari Bisnes Shaklee nie. Tak terhitung nilainya.
Anda boleh baca di sini, Nilai Murni selepas join bisnes TWB Shaklee.
Dari segi leadership dan career development yang lebih dihargai.
Dengan bisnes Shaklee jugak saya selalu travel setiap bulan bersama anak dan suami. Thats my dream. Bercareer tanpa tinggalkan family di belakang. Mereka lah tulang belakang saya. Dan dengan bisnes Shaklee Allah kurniakan kesempatan saya pulang ke kampung spend time bersama my mom yang melahir dan membesarkan saya. Tanpa emak tiada saya di dunia ini.
Bab duit tak yah cerita lah. Hehehe. Dengan bonus Shaklee saya dapat buat apa yang saya suka. Even saya dah tidak bekerja dan mempunyai pendapatan tetap setiap hujung bulan, Alhamdulillah dengan TWB Shaklee saya peroleh 6 penjuru income sepanjang masa tanpa perlu tunggu hujung bulan. Kalau nak, usaha. Kadang tak tunggu usaha beria-ria pun ada je rezeki datang dariNya.
Itu kena join our teams lah untuk kita bantu bagaimana menjemput rezeki dengan mudah dan melimpah ruah. Sebab ilmu Percuma biasa orang tidak hargai. Jadi kita ekslusif kan ilmu yang Allah pinjamkan ini kepada mereka yang serius dan comited.
Ok.
Guys, perjalanan saya baru bermula. Begitu juga anda kerana anda memilih bersabar habiskan bacaan ayat-ayat terakhir posting ini. Saya yakin anda sedang mencari sesuatu dari sharing saya ini.
Saya pernah naik dan saya juga pernah jatuh terduduk tanpa apa-apa, berkali-kali.
Dari situ, ia mengajar saya berbalik kepada Yang Memberi Rezeki. Ya Khalid, Ya Ba'ari yang lebih dahulu mengetahui kenapa ia mengatur dan merancang begini. Saya tidak pernah kesal dan menyesal dengan kejatuhan saya.
Bahkan ia menjadi titik permulaan kebangkitan diri saya yang baru. Jika anda pernah gagal, ia bukan bermakna tiada lagi episod kejayaan dalam hidup anda. Percaya lah.
Jika anda terus bangkit pasti kejayaan-kejayaan manis bakal dijulang.
Anda ingin menjadi sebahagian dari team kami sebagai bisnes partners, do contact me ASK me NOW (Sakinah : 019-916 4276).
Ok, jika anda rasa penulisan ini banyak memberi manfaat dan impak kepada hidup anda dan rakan-rakan anda, sila LIKE, COMMENT dan SHARE kepada mereka.
Sekian, Wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
No comments:
Post a Comment