Tuesday, 10 September 2019

9 TIPS PENTING MEMILIH 9/10 PUNCA REZEKI DARI PERNIAGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerna masih hidupkan kita lagi hari ini. Di saat ada yang sebentar tadi baru sahaja hembuskan nafas mereka yang terakhir di alam fana ini, kita masih bernyawa. Kita masih bernafas dengan lancar.

Ada orang yang terbaring koma di atas katil hospital mengharapkan bantuan mesin pernafasan. Ada orang nak bernafas pun sesak-sesak semput.

Kita masih berpeluang melihat orang-orang yang kita sayang. Kita masih diberi peluang melihat pasangan dan anak-anak kita. Ada orang yang hidup masih bujang di usia ini, ada orang yang hidup berjauhan dari pasangannya walau dah berkahwin.

Ada orang yang diuji dengan perkahwinan sementara,

Ada orang yang diuji dengan kehilangan orang yang mereka sayang.

Alhamdulillah bersyukur lah kawan-kawan. Walau apa jua ujian yang datang. Kerana percaya lah ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Bayangkan jika Allah tidak uji kita. Apa akan terjadi? Mungkin kita rasa enjoy tanpa ujian, tapi lama-kelamaan hidup kita akan menjadi boring.

Sesungguhnya dalam hidup ini, tiada siapa yang tidak diuji. Hatta kekasihNya Baginda Rasulullah SAW pun turut diuji dengan kehilangan orang-orang Baginda sayang. Baginda diuji dengan tentangan terhadap dakwah nya.

Bayangkan jika Baginda give up, pasti kita tidak merasa Islam hari ini. Alhamdulillah, solawat salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW atas pengorbanan Baginda.

Terlalu banyak nikmat yang belum sempat kita syukuri kan.

Tahniah ! dan Terima kasih sebab anda luangkan masa membaca posting ini. Terima Kasih sebab bersabar menghabiskan bacaan hingga ayat terakhir.

Ok. Hari ni, saya nak share beberapa perkara penting yang mungkin menjawap kepada persoalan-persoalan dalam kehidupan anda selama ini.

Saya percaya anda yang membaca ini sedang diuji atau sedang mencari peluang untuk upgrade kehidupan anda dan juga keluarga. Tidak kira sama ada anda sedang menunggu jawapan panggilan kerja atau apa-apa usaha.

Saya ingin bertanya : Anda pernah mendengar 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Betul?

Tapi berapa ramai antara kita yang kejarkan 9 daripada 10 punca rezeki tersebut? Adakah anda mula sedar atau anda telah lama sedar? Tetapi belum bertemu punca perubahan kehidupan anda.

Alhamdulillah syukur. Hari ni, saya sendiri melihat perubahan kehidupan rakan-rakan sekeliling saya. Yang mana, meraka tidak hanya fokus kepada kerja makan gaji semata-mata. Ada yang buat 2, 3 pekerjaan dalam satu masa. Ada juga yang dah lama tinggalkan kerjaya makan gaji termasuk diri saya sendiri. Saya pernah bekerja makan gaji dalam bidang professional. Namun ia bukan satu kesalan. Saya bersyukur atas pengalaman lalu.

Berapa ramai hari ini, buat banyak kerja kerana suka atau terpaksa demi menambah nilai hidup mereka dan juga keluarga mereka. Tanya pada hati, bukan minda. Hati tidak akan menipu☺

Bahagia kah kita atau tertekan kerana terpaksa?

Bahagia kah kita melihat orang yang kita sayang, kurang perhatian dan kasih sayang?

Bahagiakah kita meninggalkan orang yang kita sayang di rumah pengasuh atau dengan atok nenek mereka kerana tuntutan kerja yang hanya merugikan diri dan masa muda kita. Kita tidak bebas buat apa yang kita suka.

Melainkan memang anda suka, bangun pagi keluar awal balik lewat petang/ malam. Balik ke rumah anak mungkin dah ready untuk tidur. Kita pulak keletihan seharian di tempat kerja dan perjalanan di atas jalan raya.

Berapa banyak masa kita peruntukkan kepada diri kita dan orang yang kita sayang? Kita sangka bekerja itu adalah masa kita. No, bukan masa kita. Kita spend energi kepada kerja yang belum pasti janjikan kita bahagia (If you don't like).

Dan kita sangka sibuk berniaga hingga tiada masa dengan keluarga menjanjikan kebahagiaan. No.

Bahagia itu apabila hidup kita balance.

Kalau 12 hingga 18 jam sehari anda fokus untuk kerja atau bisnes, hidup anda mungkin tidak balance (Sila audit). Takkan nak tunggu pencen baru nak spend masa berkualiti? Masa tu dah terlambat. Kudrat pun dah tak segagah usia muda anda. Banyak yang terbatas.

Nak sempurnakan rukun Islam keempat dan kelima pun tak mampu.

Apa rukun Islam keempat dan kelima? Haa' ingat balik.

RUKUN ISLAM KE4 : Mengeluarkan Zakat
RUKUN ISLAM KE5 : Menunaikan Haji ke Mekah bagi yang berupaya (Semua orang mampu, dengan izin Allah).

Yang Keempat dan Kelima ini semuanya memerlukan tubuh badan yang sihat dan kekayaan wang ringgit.

Ada yang berpendapat, hidup ini tak perlu kaya. Cukup apa yang ada. Ye, tak salah pun. Jika anda tiada Impian untuk tunaikan Fardu Haji atau hantar emak ayah tunaikan haji pertama mereka.

Tak salah pun jika anda tiada Impian untuk bantu ekonomi ummah. Zakat adalah cabang usaha kita tingkatkan ekonomi Islam. Itu Jihad bagi mereka yang memilih bukan kerana dipaksa memilih.

Ada yang kata, kerja makan gaji boleh pergi haji juga. Ye, tiada siapa kata tak boleh. Korang buat lah pengiraan untuk target pergi haji bila dan belanja berapa? Jika mampu tanpa menunggu giliran diusia tua (yang belum pasti sampai), Alhamdulillah.

Saya tidak galakkan anda buat haji di usia tua. Kerana kudrat sudah terbatas. Saya yang 30-an ni pun kadang tak daya berjalan jauh apatah lagi jika di usia 60-70 an yang belum pasti dipanjangkan usia.

Sejujurnya, saya tidak berimpian untuk tunaikan haji diusia tersebut. Saya dalam proses tunaikan haji secepat yang mungkin sebelum saya dijemput mengadap Illahi.

Itu baru sebut pasal rukun Islam keempat dan kelima. Belum lagi, impian nak miliki rumah bebas hutang, mengembara sambil bertadabbur bumi Allah yang indah ini tanpa batasan, bebas kewangan untuk bersedekah dan bahagiakan emak ayah dan anak-anak.

So, satu je solution yang saya nampak. Iaitu grab 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Sila selusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad SAW sepanjang hayat Baginda. Baginda dari kecil sehingga dewasa berniaga.

Why not kita hidup ikut sunnah Baginda. Besar rahmat dariNya.

Nak berniaga tak tahu cara?

Ok, kat sini saya kongsikan beberapa Tips Penting untuk anda memilih 9/10 punca rezeki.

9 TIPS PENTING MEMILIH 9/10 PUNCA REZEKI IAITU JENIS PERNIAGAAN :

1. Audit diri dan pengalaman. Pernah berniaga?

Jika belum atau tidak mahir, sila pastikan perniagaan yang bakal anda ceburi nanti dibantu oleh MENTOR Perniagaan anda. Bukan Pensyarah Pengurusan Perniagaan atau Pak Cik/ Mak Cik Sedara yang tidak pernah berniaga.

2. Semak MASA anda. Jika anda sorang yang bekerja sila check berapa jam atau hari yang anda ada untuk spend time fokus perniagaan pertama anda.

AMARAN : Jangan guna masa bekerja untuk berniaga. Tiada keberkatan di situ. So, anda hanya ada masa sewaktu rehat dan pulang dari tempat kerja sahaja.

3. Cari perniagaan yang MUDAH dan FLEKSIBLE. Contoh : Mobile Spa The Walking Beauty (TWB). Ini contoh taw.

Kenapa Mobile Spa sebab perniagaan ini semua wanita boleh buat walau tiada skill. Kita ajar training 5 course yang simple tapi power.


Perniagaan Mobile Spa boleh run di mana-mana sahaja tidak kira masa. TAPI, INGAT ! Bukan waktu bekerja. Melainkan Majikan anda yang mintak anda untuk servis rakan-rakan tempat kerja anda masa sekian-sekian atas kebenarannya.


Di mana ada wanita, di situ ada peluang orang akan cari tadah muka kepada anda. Once tadah, ramai yang berjangkit. Itu bab marketing akan dibantu selepas Training.

4. Pastikan Perniagaan anda HALAL, SELAMAT dan TERBUKTI BERKESAN. Kalau berniaga kedai makan pastikan makanan yang dijual sedap serta enak. Kalau tak sedap, orang takkan datang untuk membeli. Tapi, kalau sedap? InsyaAllah mereka akan repeat membeli siap promote lagi kepada rakan-rakan yang lain.

5. ILMU perlu diupgrade selalu walau anda sorang yang pakar membuat kuih sekali pun. Ia adalah santapan energi anda supaya tidak lemau dan menyerah kalah serta maju berkembang 

6. Pastikan perniagaan anda ceburi mempunyai SISTEM untuk memudahkan urusan operasi niaga anda. Perniagaan tanpa SISTEM takkan bertahan lama.

Percaya lah sebab saya pernah berniaga macam-macam sebelum run Bisnes Mobile Spa TWB. Saya jual makanan (Nasik, Laksam, Kuih-muih, Karipap dan Sandwich), jual baja, jual to up, pernah jual barangan art, jual buah, ulam-ulaman kampung.

Bukan salah perniagaan ini pun. Semasa itu, saya berniaga tanpa TIPS 1 hingga 6 (Refer balik tips di atas).

7. Pilih perniagaan yang memberi VALUE kepada bakal pelanggan yang menyelesaikan masalah mereka.

Contoh kalau Mobile Spa TWB sebab ramai wanita nak cantik untuk terapi diri. Tapi, mereka tiada masa untuk ke Spa dan tidak yakin dengan produk yang digunakan di Spa.

Alangkah bahagianya bila mana ada beautician datang ke kediaman mereka untuk urut-urut manja muka dan badan. Pasti hilang segala masalah.

Ye ada juga yang tak suka beautician terjah ke kediaman mereka. Semua masalah pelanggan kita handle bersama team niaga dan mentor. Pasti ada jalan penyelesaian bila berniaga secara berjemaah.

Opss ! banyak pulak tips ye๐Ÿ˜€

Papepun terima kasih kerana memilih untuk habiskan bacaan ini.

Saya berikan Tips ADVANCE kepada anda. Iaitu yang kelapan.

Pastikan apa-apa jenis perniagan yang anda lakukan, anda bergerak bersama TEAM SUPPORT. Sebab kita bila sendiri, pasti lemah. Kalau berkumpulan pasti kuat sebab sentiasa ada yang hulurkan tangan untuk bantu kita bangkit. Ada yang sentiasa memberi nasihat dan pendapat dalam bidang perniagaan yang sama.


Takkan anda nak tanya baker cam mana nak handle pelanggan yang kulit berjerawat. Mesti lah tanya team beautician jugak kan.

Begitu jugak bisnes penapis air, mesti refer team penapis produk anda. Takkan nak tanya pakar hartanah masalah teknikal produk. Itu dah salah tempat bertanya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Oleh kerana anda masih setia membaca sehingga ke ayat ini, anda betul-betul memilih untuk bahagia, saya share lagi satu tips extra dengan anda.

Tips ke-9 : ASK Allah FIRST. Solat Istikharah. Ramai yang lupa bertanya dan mohon pertunjuk dariNya.

Ini sangat-sangat penting agar tak tersalah langkah.

Ok.

Saya harap anda dapat sesuatu dari perkongsian ini. Jika anda berminat untuk Training Mobile Spa The Walking Beauty (TWB), do ASK me NOW. Klik di sini untuk pertanyaan lanjut : https://mastersakinah.wasap.my/

Sakinah,
~Always Love & Happy❤

No comments:

Post a Comment