Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerna masih hidupkan kita lagi hari ini. Di saat ada yang sebentar tadi baru sahaja hembuskan nafas mereka yang terakhir di alam fana ini, kita masih bernyawa. Kita masih bernafas dengan lancar.
Ada orang yang terbaring koma di atas katil hospital mengharapkan bantuan mesin pernafasan. Ada orang nak bernafas pun sesak-sesak semput.
Kita masih berpeluang melihat orang-orang yang kita sayang. Kita masih diberi peluang melihat pasangan dan anak-anak kita. Ada orang yang hidup masih bujang di usia ini, ada orang yang hidup berjauhan dari pasangannya walau dah berkahwin.





