Sunday, 26 April 2020

RAMADHAN 3, TAHUN 2020 : KISAH KAMI DENGAN DENGAN TAUFU FA KUANTAN

Si Comot Ibu, tak puasa makan Taufu Fa.
Semalam nak belanja suami Taufu Fa sebab tahu itu feberet dia di bulan puasa.

Memandangkan sekarang PKP, memang tiadalah Bazar Ramadhan. Tetapi ada Bazar Ramadhan Online Kuantan.

Orang kata nak buat surprise jangan tanya tuan badan. Nanti, tak surprise. Hahaha.

Berbeza cara saya. Wajib tanya dulu bab makanan. Risau dia tak nak, yang kena habiskan nanti tukang bertanya. Ini yang lemah badan😂

Isteri : "Abang.. kalau ada orang jual Taufu Fa, abang nak? Ye lah, selalu kalau bulan puasa abang mesti beli Taufu Fa kan. Sekarang, mana nak cari. Nak keluar pun sayang tak bagi😆 Setakat Taufu Fa lagi sayang tak bagi keluar🤣🤣🤣".

Suami : " Hurmm.. boleh jugak. Tapi, ada ke orang jual?"

Isteri : "Jap sayang tengok. Mesti adanya. Sayangkan ada join group wasap Bazar Ramadhan Kuantan."

Selepas beberapa jam wasap, after Zoom In meeting.


"Sayang dah jumpa bang. Peniaga tu dah respond wasap sayang. Dekat je. FREE COD. Ada 4 jenis perisa. Abang nak yang mana satu? Perisa Pandan dan biasa cuma air gula putih dan gula melaka."

Suami : "Yang biasa lah. Pandan tak pernah makan. Macam pelik pulak."

Isteri : "Ok, deal. Semua yang biasa, cuma ambil 2 air gula melaka dan 2 gula putih. Kita try dulu. Kalau kena tekak, boleh repeat lagi."

Jam 3 petang. Dapat call dari no. tak dikenali.

"Hello. Siapa ni?"

Runner : "Saya nak hantar Taufu Fa. Sekarang berada di lorong 2/36. Rumah kat mana ya? Saya naik motor warna kuning."

"Oo.. dekat dah tu. Saya di lorong 2/37." Dalam kepala dah membayangkan comelnya penghantar Taufu Fa kitorang. Bawak motor warna kuning. Macam Miss Bubble B.

Lebih kurang 5 minit, runner sampai. Suami keluar ambil barang di order. Bawak masuk rumah. Disambut oleh Azzahra yang tak puasa🤣 For sure dia orang paling excited dapat barang. Sebab dia tak puasa.

Dipendekkan kisah. Masa dia duk pegang plastik tu, saya nampak dah pelik. Nampak lain macam je warna Taufu Fa.

Saya check ambil. Lol.. perisa pandan. Terus col, runner untuk confirmkan. Risau dia tertukar bagi Taufu Fa.

"Hello. Nak tanya ni. Pada awak ada lagi ke order lain? Awak salah bagi order ni. Tertukar kot."

Runner : "Maaf kak. Pada saya ada perisa sama macam saya bagi pada akak. Saya runner je. Saya tak tahu pasal order ni."

"Tak pe lah. Nanti, akak refer peniaga. Anyway, thanks ya."

Saya pun wasap peniaga Taufu Fa. Update barang dah dapat tapi salah bagi order. Mula-mula mood sedikit kecewa. Tapi, saya fikir balik. Pasti ada hikmah dari Allah kenapa dia tersalah. Saya cool, relax dan tenang.

Saya pun menerima kesilapan itu. Kerana saya juga sorang peniaga. Saya cuba memahami situasi beliau. Musim PKP dan bulan puasa kita kena banyak bersabar dan bertenang. Saya anggap mungkin gula putih tu kan tak sihat. Gula melaka pilihan terbaik sebenarnya. Dan Allah nak bagi kami rasa perisa baru. Selama ni kan tak pernah rasa Taufu Fa pandan.

Selepas hampir 1 jam, peniaga tadi reply wasap dan mengakui kesilapannya. Siap buat Voice messege mintak maaf.

Dalam hati saya cakap, bagusnya budak ni berniaga. Pandai dia jaga hati pembeli. Walau selepas sejam baru reply. Tapi, dia tak lepas tangan. Bagi saya dia sangat bertanggungjawab siap janji akan bagi free Taufu Fa sebagai ganti rugi next order. Penuh berkeyakinan saya akan repeat order lagi. Bijak menangani masalah.

Conclusionnya saya tak pasti akan repeat atau tidak. Beli 4 ni, tinggal 2 lagi. Maybe, next week lah kot order.

Tips Bisnes : Bagi peniaga yang COD makanan, mungkin boleh buat begini jika silap. Cuma kena tanggung kerugian lah sebab kesilapan sendiri. Tetapi bagaimana peniaga produk-produk lain?

Jika anda sedang mencari peluang untuk tambah pendapatan di musim PKP ini, sila analisa terlebih dahulu produk-produk yang bakal anda jual. Adakah ia high demand, pelanggan akan terus repeat order jika terjatuh cinta, SELAMAT dan BERKESAN. Selain itu penting untuk memastikan ia memberi manfaat kepada bakal pelanggan.


Contoh : Sejak Coronavirus pandemik melanda seluruh dunia, semua orang mula sedar penting kuatkan IImmune Sistem badan. Jadi, pastikan produk anda selamat, berkesan, organik, halal dan ada pengesahan KKM. Bukan pentingkan keuntungan, tapi abaikan keselamatan pelanggan.

Kalau tak tahu nak berniaga apa? Jom ! sama-sama saya buat Bisnes Shaklee serendah RM35 sahaja. Pape, boleh wasap saya direct (SAKINAH : 019-916 4276).


Ok, sekian sharing Ramadhan Day 3, 1441H/ 2020.

#PKP
#RamadhanTenang2020
#Ramadhan2020
#ImmuneBooster

#KisahTaufuFaKuantan

No comments:

Post a Comment