Showing posts with label Akad. Show all posts
Showing posts with label Akad. Show all posts

Friday, 25 December 2015

FASA 1 MEMBINA KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH : UTAMAKAN RUKUN NIKAH


Assalamualaikum wbt dan salam penghulu segala hari.

Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan barakhah oleh-Nya di hari jumaat yang mulia ini. Jumaat terakhir 2016.

Masih adakah kesempatan kita di jumaatNya yang akan datang? Wallahualam..

Yang penting, adalah hari ini.. anggaplah ia jumaat terakhir kita. Sebab, tiada siapa yang tahu tarikh kematian kita. Cuma kita mampu mempersiapkan diri membawa bekalan mengadap Illahi.

Doa SMS, semoga kita dimatikan dalam khusnul khotimah dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

FASA 1 : MEMBINA KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH

Mati itu wajib.

Tapi, sebelum mati kita seharusnya wajib berusaha membawa bekalan untuk ke sana agar kita terlepas dari seksa kubur dan azab api neraka.

Antara bekalan yang membawa kita ke syurga adalah doa anak-anak yang soleh.