Showing posts with label Meroyan. Show all posts
Showing posts with label Meroyan. Show all posts

Thursday, 5 October 2017

DIARI AZZAHRA : TANGISAN DI BAWAH CAHAYA BIRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Mungkin, anda juga seperti saya yang sedang berhadapan dengan ujian anak Jaundice.

Hari ni, sudah 31 hari usia anak syurga ibu. Semoga anak ibu, Siti Nur Hafizhah Azzahra Binti Mohd Noor Ariff menjadi anak solehah, sihat dan kuat.

Alhamdulillah, 5 Sept. 2017 (Boleh baca kisahnya di sini) lahirnya srikandi syurga yang dinanti-nantikan ibu & ayah selama ini.

Pada ibu, bersalin adalah satu pengalaman yang cukup bermakna buat diri seorang wanita yang kali pertama bakal bergelar ibu.