Showing posts with label Penawar Kencing Manis. Show all posts
Showing posts with label Penawar Kencing Manis. Show all posts

Sunday, 29 September 2019

BAGAIMANA CARA PULIH DARI KENCING MANIS

Assalamualaikum dan salam sihat.

Izinkan saya berkongsi. Jika bermanfaat, teruskan bacaan.

Setiap penyakit ada penawarnya. Tiada penyakit tiada ubat melainkan kematian sebagaimana disebut dalam ayat Al-Quran di bawah :

"Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku. Dan akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali" (Al-Syu'ara 80-81)

Jika anda disahkan menghidap Kencing Manis, saya doakan semoga ianya berada dalam keadaan terkawal. Apa-apa jua jenis penyakit, pasti ada solusinya dengan izin Allah SWT.

Wednesday, 3 August 2016

ROKOK JAHAT PENYEBAB KENCING MANIS DAN KEMATIAN AYAHKU

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu.

KISAH 2 TAHUN LEPAS

Hari ni, saya nak kongsikan pengalaman 2 tahun lepas daripada seorang anak yang saya rasa cukup terinsaf.

Kisah bermula,

Aku adik-beradik diuji dengan kaki ayah yang tak sembuh-sembuh dari luka semasa pi kebun.

Cerita ni agak panjang, aku harap korang tak bosan dan bersabar untuk menghabiskan bacaan ini.

Bermula dari luka itu, ayah disahkan diabetes dan ianya berlaku dalam masa yang amat singkat.

Dalam 2 minggu sahaja bila kawan emak telefon memaklumkan keadaan ayah kepada kami.

Saturday, 9 January 2016

3 FAKTOR UTAMA PENYEBAB KENCING MANIS DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

3 FAKTOR UTAMA PENYEBAB KENCING MANIS

Rakyat Malaysia semakin terancam.

1 daripada 5 rakyat malaysia disahkan menghidap kencing manis.

Individu yang berusia 30 tahun ke atas mempunyai risiko tinggi untuk diancam penyakit ini. Menurut kajian, sejak 10 tahun yang lalu.. peratusan kencing manis meningkat kepada 40% daripada 14.9%.

Friday, 8 January 2016

BERAKHIRNYA KISAH KENCING MANIS AYAHKU

Ngeri tengok gambar ini, walaupun ia nampak
seperti lukisan ataupun editing gambar. Tapi, ia 
tetap menakutkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

BERAKHIRNYA KISAH KENCING MANIS AYAHKU

Ini kisah benar beberapa tahun lepas.

Ayah saya penghidap kencing manis. Kisah ini bermula apabila kaki kanan ayah terluka sewaktu berkebun. 

Hari demi hari, luka ayah tak sembuh-sembuh. Padahal, luka kecik je.