Showing posts with label Roti John Murah. Show all posts
Showing posts with label Roti John Murah. Show all posts

Wednesday, 21 February 2018

CERITA ASAL ROTI JOHN TERJUAL HANYA 3BIJI HARI PERTAMA

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Pagi ni, saya nak share satu story real yang di petik dari posting seorang hamba Allah yang hebat di Facebook nya (Mohd Hafizul Hilmi).

Izinkan saya meminjam hasil coretan anda buat bacaan lebih ramai rakyat Malaysia dan muslim khas nya.

HARI PERTAMA JUAL ROTI JOHN, LAKU 3 BIJI

"Ya, hari pertama aku mula berniaga Roti John di bazaar Ramadhan, cuma terjual 3 biji sahaja.

2 biji abah aku yang beli dan bila balik rumah aku lah yang makan Roti John yang aku sendiri jual petang tadi. Maknanya kalau abah aku tak datang bazar hari itu, sebiji sajalah yang terjual.