Showing posts with label Tips Berjaya. Show all posts
Showing posts with label Tips Berjaya. Show all posts

Wednesday, 13 November 2019

6 SEBAB SAYA KURANG MENULIS DI FACEBOOK

Alhamdulillah, Assalamualaikum dan selamat Pagi.

Syukur masih dikurniakan rahmat bernafas di saat ini di kala kita pejamkan mata semalam. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk hidup dan memperbaiki diri serta menambah amal kebajikan ke dunia yang kekal abadi.

Jika suatu hari nanti, anda sudah tidak mendengar khabar dari saya, tolong doakan saya dan sedekahkan Al-Fatihah buat diri yang tiada apa-apa ini setiap hari. Segalanya hanya pinjaman dari Allah Ya Malik.

InsyaAllah doa kalian akan berbalik kepada kalian jua. Ini adalah satu tips berdoa yang berkesan. Mendoakan orang lain tanpa pengetahuan orangnya.

Thursday, 3 January 2019

TIPS MENJEMPUT REZEKI - JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

Tips Menjemput Rezeki dan Bahagia.
Kebersihan dan kekemasan sebahagian daripada Iman. Melambangkan peribadi diri seseorang.

Ramai orang susah, mengabaikan perkara ini.

#Bayangkan kalau tempat tinggal, tempat kerja kita, kenderaan kita bersepah, kotor, berkerak tak diambil cakna.. apa akan jadi?

Tuesday, 11 December 2018

TIPS BERJAYA - DESIGN HIDUP

Tips Bahagia - Design Hidup anda.
Alhamdulillah sampai Kuantan, selepas singgah ambil angin Sweet Island Village tadi.

Tadi dalam kereta borak dengan husband. Co-pilot walau 3/4 perjalanan tidur bangun, tidur bangun.

"Apa planning abang 2019?"

Then, Kinah tambah.

"Dalam hidup ni banyak perkara bukan di bawah kuasa kita. Sangat banyak perkara yang kita tak terduga."

Wednesday, 18 July 2018

NAK BERJAYA KENA BANYAK MEMBACA

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Jom ! Kinah share sedikit tips orang berjaya yang boleh kita follow dan amalkan sama-sama.

Kinah masih ingat lagi Pesan Puan Habibah, pensyarah Kinah suatu masa dulu. Masa tu nak mintak pengesahan rasanya dan ambil artwork degree untuk pi interview.

“Ni, nanti dah jadi tutor (Part Time/Full Time Lecturer) kena banyak membaca buku taw.”

Kinah ingat pesan Puan Habibah sampai bila-bila. Hatta dah tak mengajar pun, dalam bisnes pun kita memang kena sentiasa banyak membaca.

Tuesday, 17 July 2018

BENARKAH WANG MAMPU MEMBELI MASA?


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog kesayangan Kinah.

Hari ini, jika disebut mengenai WANG. Semua orang akan buntang biji mata tersepit, terbeliak, tercekik anak tekak sendiri.

Sebab semua orang ingin kan wang ringgit yang banyak. Tapi, belum ramai yang sedar sebenarnya mereka memerlukan wang untuk apa?

Bukan sekadar belanja dapur, makan minum, shopping setiap bulan.

Tuesday, 5 April 2016

ALHAMDULILLAH.. EXTRA ENERGY DARI MASTER IRA DAN LAILA

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat pengunjung dan pembaca blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia disamping keluarga tersayang.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. insyaAllah.

Setiap hari saya rasa terkena renjatan kejutan elektrik..

Siapa pernah kena?

Mesti taw cam mana terkejut nya kan..

ALHAMDULILLAH.. EXTRA ENERGY DARI MASTER IRA DAN LAILA

Kecik-kecik dulu pernah lah jugak sekali dua kena. Sebab, main redah je usik itu ini. Sesungguhnya, saya ni seorang anak yang agak nakal dulu. 

Walau perempuan.. tapi, kadang macam perangai lelaki pun ada. Panjat sana-sini. Masuk semak samun, daki bukit, redah anak sungai, cari anak udang dan ikan dalam paya.. itu lumrah zaman kanak-kanak saya.