Showing posts with label Tips Berpuasa dan Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Tips Berpuasa dan Menyusu. Show all posts

Tuesday, 8 January 2019

HARI KEDUA PUASA GANTI BAGI IBU MENYUSU

Cabaran Ibu Menyusu Berpuasa ganti.
Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah.. hari ni, hari kedua Kinah berpuasa ganti.

Bukan senang tapi kita kena fikir mudah je sebenarnya. (Masa dah suntuk, awal Mei 2019 dah nak masuk bulan Ramadhan).

Pada Kinah ia satu cabaran besar sebab berpuasa ganti kali ni disamping still menyusukan anak 1 tahun 4 bulan. Anak yang setiap kali makan hanya mampu pergi dua suap sahaja. Selebihnya, dia muntahkan balik. Dia lebih kerap menyusu dari makan solid food.