Assalamualaikum & Selamat Pagi.
Semalam dengarnya di berita TV jemaah haji Malaysia kita yang pertama telah selamat sampai di Kota Suci Mekah.
Alhamdulillah.
Tahniah diucapkan kepada semua jemaah yang dijemput oleh Allah ke sana. Kinah difahamkan jemaah semuanya seramai 30 200 orang untuk tahun ini. Koutanya still sama seperti tahun lepas.
Cuma Kinah ingin berpesan kepada ahli keluarga bakal haji/hajjah yang masih belum berangkat sila pastikan emak/ayah/atok/nenek/adik-beradik kita (bakal haji/hajjah) telah membuat persiapan lengkap.
