Showing posts with label vivix ready stock. Show all posts
Showing posts with label vivix ready stock. Show all posts

Thursday, 8 June 2023

TESTIMONI VIVIX SAYA - PERIOD ABNORMAL

Nak tahu Testimoni Vivix Shaklee saya? Ok, beberapa bulan sebelum saya betul-betul konsisten minum Vivix, saya telah mengalami kedatangan period yang abnormal selama 3 bulan berturut-turut. Dan ia berlaku sebanyak 2 kali sebulan sehingga mengganggu emosi dan susahnya untuk menunaikan solat fardu. Saya jadi stress, terganggu dan was-was dengan ibadah solat sendiri.

Kisah Testimoni Vivix saya untuk masalah Period Abnormal ini bermula selepas saya sembuh dari demam dan batuk teruk pada penghujung tahun 2022. Saya mula perasan.. bulan November ada darah saiznya macam bertali halus keluar semasa kencing selepas seminggu selesai period. Tak banyak pun, sikit sahaja. Ia berlaku semasa jangkaan hari subur. Ia berlaku dalam 2 ke 3 hari.