Saturday, 21 February 2015

CUTI-CUTI TAHUN BARU CINA DI TERENGGANU


Assalamualaikum, wbt..


SMS doakan sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah, sentiasa berbahagia dan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

Hari nie, saya nak berkongsi sedikit info mengenai perkembangan terkini di Terengganu. Negeri kelahiran SMS yang tercinta :-)

Dan tidak lupa juga diucapkan, Selamat tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa cina, sempena tahun baru ini.

TERENGGANU NEGERI KELAHIRANKU

Saya dah lama tak balik Terengganu. Last balik, raya puasa tahun lepas.

Tiga hari lepas, mak ada ajak balik Terengganu sebab ada kenduri kahwin anak kawan baik mak.. Tak boleh, lah tak balik.

Saya pulak, berbelah bahagi nak balik. Sebab, tengah sibuk dengan bisnes. Sayang pulak, nak tinggalkan. Huhuhu..

Tapi, tak pe lah.

Mentor saya cakap... kalau kita nak berjaya, kita perlu jaga dan bahagiakan kedua ibu bapa kita. InsyaAllah, mudah untuk kita berjaya.

HARI PERTAMA PERJALANAN KAMI

Maka, tengah hari khamis tue.. bergerak lah kami sekeluarga ke Terengganu. Kali nie, saya try Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Mula-mula kat Tol.. memang jamp. Saya dah cuak dah. Takkan, kot.. Huhuhu..

Saya cuba LUA (Law of Universal Attraction) untuk sampai ke destinasi yang nak dituju dalam masa 3 jam sahaja. Risau, sampai lewat. 

Alhamdulillah, berjaya sampai dalam masa kurang dari tiga jam. Kalau lalu, jalan pantai memang 5, 6 jam jugak nie.

Saya pecut, ke..? Ntah, lah. Normal je, rasanya. Saya tengok kenderaan lain lagi, laju. Hehehe.

Yang pasti, LPT memang cepat dan short-cut taw, sahabat. Tapi... perlu beringat dan berhati-hati dengan binatang-binatang liar dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Banyak dah kes kemalangan dan macam-macam jenis kes berlaku kat LPT. Seeloknya, bergerak di siang hari. Elakkan dari keluar di waktu malam. Sebab, jalannya memang gelap dan agak bahaya.

Dah sampai destinasi, apa lagi? Kita makan, lah dulu (Tengok mak pengantin, busy je memanjang). Then, berjumpa pengantin serta mak pengantin.

Biasalah, dah kawan berjumpa kawan. Maka, lama lah jadinya. Mak pengantin, minta kami tunggu dia settlekan tetamu dulu.

Si kembar, dah kebosanan. Asyik, duk tanya.. Bila nak balik kampung? Bila nak sampai rumah tok nie? Bila nak sampai rumah Cik Ngah nie? Lewat,dah.. Budak-budak, kan. Hahaha..
Muka kakak (tak bertudung) kebosanan.
HARI KEDUA DI KAMPUNGKU

Hari kedua di kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu.. adik-adik dan mak habiskan masa bersama saudara-mara dan saya pulak keluar sekejap atas urusan bisnes. Dah ada kat Terengganu nie.. kenalah bijak gunakan masa.

Duk layan itu, ini.. tengah hari jugak lah saya keluar. 

Wah..!!! rindunya, Terengganu dan kenangan lalu. Hehehe..

Ada track pendakian nak ke Peliharalah Terengganu nie, taw. Biasa, orang ramai naik berjogging kat atas sana.
Jam dah pukul 12.15 tengah hari.. saya dah sampai kat Mydin Mall.

Saya pelik.. Kenapa, lengang je. Tak de, orang. Setahu saya, memang susah nak cari parking kat area Mydin nie. Kena pusing berkali-kali baru dapat.

#Mydin Mall 1
#Mydin Mall 2
#Mydin Mall 3
#Mydin Mall 4
#Mydin Mall 5
Saya parking betul-betul, depan Mydin. Time saya sampai.. Mydin belum tutup lagi.Dalam, pukul 12.30 tengah hari barulah kami kena halau keluar.

Pintu Utama Mydin Mall.
Semua premis perniagaan yang berdekatan pun, duk sibuk tarik pintu untuk tutup kedai. terpana, seketika..

#Mydin Mall 6
#Mydin Mall 7
Saya tanya orang berdekatan, kenapa tiba-tiba tutup? Nampak sangat yang saya dan lama tak balik Terengganu dan tak tahu apa-apa yang terjadi kat sini. Hehehe..

Oooo.. Disebabkan ini, rupanya.

Premis perniagaan ditutup!
Alhamdulillah.. Ini yang sepatutnya, kita amalkan. Saya selalu tengok lelaki masih di pasar raya di waktu orang pergi solat jumaat (Ada saya kisahkan DI SINI).

Mudah-mudahan, bukan di Terengganu sahaja. Tapi, di tempat lain pun begini juga.

Sama-samalah kita menyampaikan dan memartabatkan syiar Islam yang menjadi asas kepada perpaduan ummah dan kekuatan agama Islam yang satu.

InsyaAllah.

Terima Kasih, sahabat.. kerana masih setia membaca coretan ini.

SMS doakan semoga pembaca blog Cinta Hati Sakinah sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT dunia dan akhirat.

Sekian, Wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment