Monday 7 November 2022

PENGALAMAN 3 KALI KUARANTIN COVID, SEMINGGU BERGEJALA TERUK TIADA RASA TIADA DERIA BAU TAPI 3 KALI RESULT NEGATIVE

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat hidup dan sihat hari ini. Rupanya dah setahun berlalu kenangan dan pengalaman kuarantin Covid-19 kali kedua kami sekeluarga.

Kali pertama semasa di Pandan Damai, Kuantan. Yang ni, sebab contact jauh. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kami membuat keputusan self-quarantine sebaik balik dari berjumpa rakan lama. Kami ke rumahnya, tak sangka pulak dia sedang kuarantin. Silap kami jugak tidak memaklumkan kedatangan. Mari redah dan terjah je. Hehehe.

Si rakan ni dah hujung-hujung hari kuarantin, tiada gejala. Tetapi cuak jugak saya bila taw dia tengah kuarantin. Nak undur waktu memang tak mampu dah.

So, kuarantinlah di rumah. Tak kemana-mana kami 3 beranak. Cuma agak mencabar untuk kali pertama.

Anak keluar rumah, bermain di laman. Saya sangat paranoid. Takut asbab kami, seluruh taman perumahan kena kuarantin tak boleh keluar kemana-mana. Dah lah waktu tu kes di area rumah kami, taman-taman dan kampung berdekatan tengah tinggi waktu tu. Bila buka MySejahtera untuk semak update terkini, ada je kes berdekatan, red zone.

Setiap hari memang tak pernah miss untuk saya make sure kami 3 beranak ambil Immune Booster Vitamin Shaklee. Takut guys. Dah lah jauh dari Emak, adik-adik. Semua family saya di Terengganu. Setiap kali call mesti minta Emak doakan kitorang sihat, bebas dari Covid. Dan fikir kitorang tak kena. Just think positive. Allah beri rezeki spend time dengan anak dan suami. Kalau tidak.. suami mungkin akan keluar mencari rezeki, lepak dengan kawan-kawan dia.

Alhamdulillah tempoh kuarantin kali pertama berjaya dihabiskan tanpa sebarang gejala. Cuma bagi saya, tak best kuarantin. Susah nak kemana-mana dan takut kebarangkalian positive.

Namun kuasa Allah.. dalam kita berjaga-jaga, memastikan tidak kena virus Covid, akhirnya saya 3 beranak kena kuarantin kali kedua semula selepas pulang menetap di kampung halaman Pulau Manis, Serada.

Kisahnya bermula apabila saya tidak tahu adik positive. Dia self-kuarantin di rumah tanpa memaklumkan seluruh isi keluarga. Tak! sebenarnya saya dan suami tak tahu. Orang lain taw. Teruknya komunikasi kami. Adik positive dan tengah kuarantin pun, saya tak tahu.

Haru-biru lah rumah bila hari ketiga saya baru tahu. Meants that semua orang dah close contact. Semua orang dah kena kuarantin. Tak boleh kemana-mana.

Tetapi, itu lah. Bukan mudah nak kawal a big family tanpa tiada orang pun tahu kami sekeluarga sedang kuarantin. Jiran dan orang-orang kampung pun tak tahu. Apa boleh saya katakan. Kuarantin kali kedua ni amat PENAT! PENAT! jiwa dan mental. Sebenarnya ia satu rahmat dari Allah, untuk kami pandang ujian ini dengan mata hikmah.

Bila tiada jiran, tiada orang kampung tahu.. maka stock makanan agak terhad lah selama kami kuarantin. Sebab selalu saya dengar bila kuarantin, ramai je jiran-jiran prihatin hantar makanan kan. Hehehe.

Percayalah kepada rezeki dariNya. Alhamdulillah walaupun kami dalam tempoh kuarantin ada je rezeki dari Allah. Cuma tak mewah. Stock makanan kami cukup je. Kalau mewah sekali pun mungkin akan banyak membazir.

Kenapa saya cakap banyak membazir?

Sebab semua dalam rumah 8 daripada 12 positive. Bila masing-masing positive, mula lah hilang selera makan dan tiada deria bau. Berilah makanan apapun, tak lalu nak makan.

Ok, 7 orang positive.

5 orang negative.

Siapa yang negative?

Tiga kali check, tiga kali negative. Tetapi bergejala teruk selama seminggu. Saya lah orangnya.

Suami negative.

Anak pun negative.

Dan adik lelaki yang kena kuarantin kali ketiga (Qusyairi) dan adik bongsu Siti Aisyah negative.

Suami demam sekejap. Anak mengadu sakit kaki. Saya rasa dia lenguh-lenguh sendi. Saya risau. Saya up kan dose Immune Booster untuk anak, suami dan seluruh ahli keluarga yang lain.

Jujur saya katakan, sungguh kuarantin kali kedua ni saya banyak berhabis duit untuk supply Set Immune Booster Shaklee. Syukur saya ada ready stock yang banyak waktu tu. Setiap orang saya akan monitor dan pastikan makan at least 4 biji vitamin c setiap pagi, tengah hari dan malam, gap setiap 5 jam. Then, ada jugak makan Nutriferon. Yang mana agak teruk saya berikan minum Vivix dan up kan dosage vitamin ikut keadaan dorang. Dalam masa yang sama pantau suhu, oksigen dan blood pressure masing-masing.

Bila terjadi macam ni, Emak lah orang yang saya paling risau. Sebab Emak warga Emas kan. Walau Emak dah pun complete vaksin waktu tersebut. Hati tetap risau sebab Emak ada sejarah Kencing Manis yang sangat tinggi 8 tahun lepas.

Padahal Emak lah orang paling relax taw. Emak antara orang terakhir yang positive. Dan 3 kali check (hari berbeza-beza) Emak tetap positive. Bila ditanya Emak ok tak? Jawapan Emak: "Emak ok. Tak demam pun. Nak kuarantin lama lagi pun takpe."

Kah!kah!kah! Emak perli ke apa? Sentap jugak lah sebagai anak. Seolah-olah saya mengurung pulak. Tapi, memang kurung pun. Anak saya nak jumpa Nenek dia pun saya tak bagi. Seperti jijik sangat pulak kan.

Sebab saya tak bagi Emak keluar bilik langsung. Mandi, solat, makan semua dalam bilik. Makanan dihantar. Bilik air memang dah ada kat dalam bilik Emak. So, tak perlu risau. Emak cuma perlu rehat je.

Saya sadokan hati. Kuat melawan sentap! Fikir nak Emak sihat cepat je. Sebab Emak golongan berisiko tinggi meninggal asbab Covid. Itu yang saya paling takut. Takut kehilangan jantung hati yang sorang ni. Sedih bila teringat semula taw (struggle nya sepanjang tempoh kuarantin).

Bayangkan Emak seorang yang aktif, tiba kena berkurung je dalam bilik. Korang rasa cam mana. Nasib Emak berdua dengan adik. Sebab adik pun positive. Yang lain dah negative.

Hari-hari saya akan naik ke tingkat atas untuk hantar makanan. Sebab tu penat. Tapi tak pe, penat untuk Emak, untuk keluarga yang kita sayang. Covid ni real, guys. Saya sangat takut untuk merasai kehilangan bila banyak mendengar kisah-kisah orang meninggal sebab Covid ni. Tak boleh berjumpa, tak boleh mandikan jenazah, tak boleh peluk cium buat kali terakhir. Tiada siapa pun minta begitu. Hanya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Fuh! panjang sangat kisah ni. Ada ke nak tahu cam mana saya boleh 3 kali negative tetapi bergejala?

Ya. Walau negative saya bergejala teruk untuk satu malam yang pertama. Saya demam, selsema, sometimes sukar bernafas sebab lubang hidung mudah tersumbat dek kerana Covid ni. Masa tu rasa macam nak mati taw. Nyawa hujung tanduk. Terasa mengantuk. Saya banyak membaca dan bertanya tips-tips dan pengalaman kepada orang yang pernah positive kan.

Jadi saya memang lawan rasa mengantuk. Jangan biarkan virus kawal badan kita. Up kan dose Vitamin-vitamin Shaklee, banyakkan minum air kosong, ambil al-quran mengaji. Part mengaji ni betul-betul powerful. Bayangkan mata korang dah lalok, macam makan ubat tidur overdose, korang alunkan ayat-ayat suci Al-quran, badan korang akan rasa lebih better.

Saya demam satu malam je. Yang lama bila sakit-sakit dada masa batuk, hilang deria bau dan deria rasa. Tiada selera makan seminggu. Makanan pun tak terusik. Yang saya ambil protein ESP untuk tenaga. Tak nak lah pengsan sebab tak makan kan.

Serius talk, korang tak rasa lapar pun. Alhamdulillah, ada ESP Shaklee. So, helpful. And you know what dalam masa seminggu berat turun 3kg. Ye lah, tak de selera makan kan. Saya ada share moment dapat bau semula tu di status facebook. Nantilah saya update di blog ni.

Ok, sebaik habis sebulan kuarantin.. saya pi bercuti dengan suami dan anak. Kami ajak Emak, tapi Emak tak nak ikut. Sudahnya kami check in resort berdekatan sahaja, di Che' Wer Chalet.

Then, balik dari bercuti kami pun sibuk dengan hal masing-masing. Dah hujung tahun kan. Awal bulan Disember, 03/12 Anniversary kitorang. Emak ke Kuantan. Sebaik Emak balik Terengganu, kitorang sambung check-in Chalet Che Su pulak. Pastu ke Kota Bharu, kelantan untuk urusan bisnes sambil mengziarah sedara-mara suami di Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas. Balik tu singgah pulak Bukit Keluang, Besut.

Betul-betul cuti Malaysia. Alhamdulillah.

Hujung bulan Disember adik ajak holiday Cameron. Tetapi tak menjadi pun sebab musim hujan, banjir dan adik-adik tak dapat cuti serentak. Ye lah cuti dah banyak habis sebab cuti kuarantin covid lama sangat sebelum ni.

Dipendekkan cerita, kitorang jalan-jalan cari makan je lah dengan Emak sekitar Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu. Pergi pantai, tengok pulau, pergi Drawbridge Terengganu, ke Seberang Takir, makan-makan. Pusing-pusing sampai ke malam.

Buat steamboat di rumah, makan sampai pecah perut. Hehehe. Nak bersteamboat di luar tak dapat sebab kedai full date kami free, bila ada seat adik-adik ramai yang bekerja. So, cam ni lah percutian kami sekeluarga after covid. Plan nak ke Cameron ditangguhkan di lain waktu. 

Itulah kenangan terakhir kitorang dengan Emak. Tapi sayang. tak de gambar dan video. 

Awal bulan Februari, Emak kurang sihat. Sehinggaah Allah ambil Emak buat selama-lamanya pada 14 Februari 2022. Sungguh saya tak sangka seawal ini Emak pergi. Saya ada share di entry sebelum nya. Boleh klik baca.

Sebaik 2 minggu Emak pergi, kami kuarantin covid semula kali ketiga. Syukur Alhamdulillah, kuarantin kali ketiga lebih relax dan mudah. Sebab dah ada experience sebelum ni kan. Adik lelaki je yang kena kuarantin. Dia sorang yang positive dan bergejala. Orang lain, ok je.

Majikan beri dia kuarantin 2 minggu.

Cam mana adik boleh positive? Nanti saya story di entry lain. Posting ni dah cukup panjang. Nanti korang bosan.

Okey lah. Pape kalau korang nak Set Immune Shaklee, korang roger-roger saya direct ya 019-916 4276.

Korang boleh tonton perkongsian-perkongsian saya di Tiktok sebelum ini yang berkaitan dengan tempoh kuarantin kami.

No comments:

Post a Comment