Saturday 28 November 2015

JOURNAL MENUJU HAJJAH : JOM! DAFTAR HAJI/HAJJAH

Tabung Haji UTC, Kuantan.
Assalamualaikum wbt ..


SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..

Jom! Daftar Haji.

Cam mana nak daftar?

Mesti ada yang tertanya-tanya jugak kan.. apa syarat nak daftar? Perlu wang yang banyak ke?

SMS ada kongsikan di sini (Deposit guna penyata akaun KWSP).

JOM! DAFTAR HAJI

Ok, sebelum nak daftar haji.. kita wajib sediakan segala jenis dokumen yang diperlukan seperti di bawah :-

1. Buku akaun tabung haji (Jika belum ada, perlu isi borang di kaunter Tabung Haji untuk bukak akaun dengan kadar min. serendah RM10 sahaja).

*Perlu isi no. kad pengenalan ibu di ruangan yang disediakan 

2. Kad pengenalan pemohon

3. Penyata akaun KWSP

Penyata akaun KWSP.
Seingat saya ini je lah perkara yang kena settlekan dulu.

Sebenarnya, saya ada akaun tapi tak aktive dan tak tahu kat mana letak bukunya. Sebab, duk berpindah-randah. Masuk kotak, tak bukak-bukak sampai sudah.

So, senang citer saya bukak je akaun baru. Kihkihkih

Ok, dah siap isi borang.. saya pun ambil no. giliran.

Dapat no. bertuah 3003. Sekarang, no. 3002. 
Alhamdulillah, tak perlu menunggu lama.

Sekarang, skrin menunjukkan no. 3002
Beberapa minit kemudian no. 3003 dipanggil.

Yes!! my turn.

Bagus service dorang. Sementara tunggu pegawai submit borang saya sempat bertanya beberapa perkara yang memusykilkan di hati ini.



Hurmm..

Apa soalannya? Hehehe..

Of course berkaitan dengan turn haji/hajjah saya. Hati dah berdebar-debar nak tahu kena tahun ke berapa.

Saya tanya, "Cam mana proses, kalau saya nak pergi haji guna pakej swasta?"

Jawapnya, "Boleh. Tapi, kena buat permohonan kepada pihak Tabung haji memaklumkan akan perkara tersebut. Kami akan uruskan permohonan Cik (Pastikan bersama Mahram). Kebiasaannya, jika cukup lengkap dan tiada masalah.. InsyaAllah permohonan akan diluluskan. Sekiranya, cukup duit.. boleh jugak buat permohonan awal untuk follow pakej Muasassah ini (bergantung kepada kekosongan)."

Ok. Saya dah dapat jawapan.

Finally, pada 24 Nov. 2015 (hari pendaftaran haji).. saya punyer turn jatuh pada tahun 2091. 

Bulatan merah : tahun 2091 Masihi
Apa perasaan saat dan tika itu?

Sejujurnya, saya tak terkejut pun. Sebab, dah sedia maklum takkan jadi 2020 (5 tahun lagi). Hehehe.

Cuma saya bersyukur kepadaNya sebab tiada masalah pendaftaran dengan akaun KWSP.

Saya bersyukur sebab rasa sebelah kaki dah melangkah ke sana.

Sekarang, just tunggu next action.

Kumpul duit, pergi dengan pakej swasta. Dan perkara yang paling penting berdoa dan usaha tuntut ilmu, persiapkan diri untuk peroleh Hajjah Mabrur.

Mahram? Siapa Mahram saya?

Coming soon. Doa kepadaNya.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Kurnia dan Maha Berkuasa.

Impian SMS nak pergi dengan bakal imam dunia/akhirat. Siapa tue? Just wait and see :-)

Usah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Ok. SMS doakan semoga kita semua dijemput jua ke sana suatu hari nanti sebagai tetamu VVIP Nya. InsyaAllah.

Kita hanya mampu merancang, selebihnya DIA jua yang menentukan. Apa yang penting, adalah usaha dan tawakal.

*Sila SHARE jika anda rasa entry ini, bermanfaat kepada saudara-mara dan rakan-rakan kita di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment