Sunday 29 November 2015

SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN


Borang pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com berada di bawah lindungan dan payung rahmat Allah SWT.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..

Alhamdulillah, pada 24 Nov. baru-baru nie, saya telah berjaya mendaftarkan diri untuk sebuah majlis ilmu Kursus Pra Perkahwinan.

KURSUS PRA PERKAHWINAN : SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN KELUARGA SAKINAH

Actually, niat dah lama nak berkursus. Tapi,sebab tak serius. Asyik sibuk dan tiada masa.

Since 2009 lagi, saya nak berkursus semasa zaman degree di UiTM.

Kursus time belajar ni, mudah kata sahabat yang telah pergi. Mudah pada kata.. Kalau tak usaha, memang tak mudah jugak. Kihkihkih..

Pejam celik, pejam celik. Dah grad tahun 2011. Kursus sekadar di bibir sahaja.

Then, bekerja. Planning nak ambil di hujung minggu.

Hurmm..

Mimpi je lah.. asal hujung minggu, ada je agenda dan halangan.

Sehinggalah berniaga sendiri nie. Dan dah tiba masanya menamatkan zaman bujang. Kenalah diusahakan jugak kali ini. No excuse.

So, saya pun pergilah ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan untuk mendaftarkan diri.

Nasib saya kurang baik cikit.. Saya terlewat 5 minit. Pejabat dah tutup untuk lunch dan solat zohor. Akan bukak semula jam 2.15 petang.

Saya pun ke Masjid Negeri terlebih dahulu dan lunch.

Selepas lunch,

Ke kaunter untuk semak jadual terkini kursus.

Alhamdulillah, akan datang pada 12 & 13 Dis. 2015.

So, saya ambil borang seperti di atas tadi. Borang percuma. Cuma kursus perlu berbayar RM80 untuk 2 hari.

Selesai isi borang, ambil nombor giliran dan ke kaunter untuk urusan pendaftaran. Tak perlu menunggu lama sebab kebetulan no. saya dipanggil.

Ta daa..


Kursus di Dewan As Sakinah.
Terkejut saya bila tempat kursus namanya, Dewan As-Sakinah. Memang berjodoh betul kursus kat sini. Hehehe..

Ingatkan dorang main-mainkan saya.

Ok.

Sekarang, dah settle daftarkan diri. Just wait untuk harinya.

Sahabat,

Doakan semoga perjalanan SMS dipermudahkan dan peroleh manfaat dari kursus ini untuk masa depan dan pembaca blog ini jugak.

InsyaAllah, SMS akan kongsikan inputnya nanti.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment