Saturday, 28 May 2016

10 TIPS ELAK SAKIT GASTRIK DI BULAN PUASA DAN HARI BIASA

Assalamualaikum dan salam sihat, semua.

Saya doakan semoga kita semua sihat dan berbahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah.

10 TIPS ELAK GASTRIK 

Tadi, ada beberapa orang whatsApp bertanya masalah ini.

Lagi beberapa hari akan bermulanya Ramadhan buat seluruh umat islam.

Ramai antara kita yang mempunyai masalah gastrik yang sangat kritikal sehingga boleh menghadkan diri untuk menahan lapar sehingga ke petang.

Bagi yang bermasalah gastrik, mesti kita berniat di hati ingin berpuasa penuh tanpa sebarang keuzuran pada tahun ini.

Salah satu fadhilat berpuasa, kita dapat merehatkan perut setelah berbulan-bulan bekerja. Ia seperti detox di samping menambah pahala.

Alhamdulillah..

Tapi, tak best lah kalau tiba-tiba hari pertama dah gastrik. Mesti frust kan.

So, sebelum Ramadhan ni.. apa kata mai pakat borong Set Gastrik dan jugak amalkan 10 tips Ini : 


1. Makan kerap sebanyak 5 hingga 6 kali sehari. Tetapi dalam kuantiti sederhana dan terkawal. Sebaik-baiknya setiap 3 jam.

2. Jangan skip sarapan. Kerana sarapan sangat penting untuk pesakit gastrik.

Kerana semalaman kita tidur, tenaga telah digunakan sekurang-kurangnya 500k/cal bagi tidur yang sempurna 6-8jam.

So, kita kehabisan tenaga. Dan wajib to up tenaga dengan ambil makanan berkhasiat di awal pagi.

Jika anda berpuasa, pastikan anda bersahur ye.

3. Kurangkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, bersantan, bergaram tinggi dan bergula serta manis yang akan membuatkan kita craving untuk makan dan terus makan.

Kebiasaannya orang gastrik suka makan masam dan pedas. Yang ni pun, wajib kurangkan. Kalau dapat elak lagi bagus.

4. Amalkan pemakanan seimbang, lengkap dengan nutrisi dan juga suplemen Set Gastrik Shaklee.

Set Gastrik ni, akan cover masalah asid berlebihan, proses pemulihan, penghadaman, pencernaan, cramp dan stress.

Tempoh penggunaan bergantung kepada tahap kesihatan individu.
5. Pastikan kita bebas daripada tekanan. Kerana tekanan boleh menyebabkan berlaku serangan gastrik secara tiba-tiba.

6. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

7. Biasakan bersenam, meditasi atau yoga yang membantu lancarkan sistem pernafasan dan percernaan di dalam perut.

8. Minum air kosong yang cukup mengikut keperluan badan setiap individu (25kg : 1 liter sehari).

9. Biasakan menggosok gigi selepas makan dapat elak nafas berbau dan kurangkan toksin yang boleh mengganggu proses penghadaman.

10. Berhenti makan antara 3 hingga 4 jam sebelum masuk tidur.

Extra tips, jika anda mempunyai masalah berat badan dan ada gastrik, saya sangat galakkan supaya anda join program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Dalam program ni, mostly peserta yang ada masalah gastrik mereka terkawal.

Actually, gastrik ni akan berlaku apabila perut berada dalam keadaan berasid tinggi. Selagi tinggi, selagi itu ia takkan sembuh sepenuhnya.

Caranya, amalkan tips di atas ini.

Ok.

InsyaAllah.. Anda pasti boleh. Gastrik saya pun dah terkawal sejak 2 tahun amalkan ia. Anda boleh baca di sini, bagaimana saya terkena gastrik.

Hubungi saya segera, (Sakinah : 019-916 4276) untuk bantuan khidmat nasihat masalah kesihatan anda dan keluarga.


Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment