Assalamualaikum wbt..
Saya mendoakan semoga sahabat pengunjung dan pembaca blog sakinahms.blogspot.my semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berbahagia hidup dunia akhirat.
Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.
BANGLO 22 JUTA PEMILIK QU PUTEH, QU PUTEH, BARU LAH PUTIH
Sedikit bingkisan dari epal hijau TV mengenai latar belakang Dato' Sri Vida sebelum berjaya membina banglo bernilai 22 juta ini :
"Wanita kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapanya.
Dia dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba.
Jadi bermula dari situ, dia mengenal apa itu bisnes. Asalkan yang boleh berikan wang saku, dia akan lakukan.
Dia pernah menjual nasi lemak untuk orang, untung hanya dapat 30 sen.
Namun dia bersyukur dan lama kelamaan dia berjaya membeli sebuah motosikal dengan duit yang dikumpulkannya itu.
Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.
Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.
Tahun pertama dalam pengajiannya, dia sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi dia mula berfikir bagaimana untuk mencari duit saku.
Dia mula menjual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. dari kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi yang dibawa dari Kelantan.
Pernah waktu cuti semester, dia pergi berkerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) tanpa rasa malu untuk mencari duit bagi menampung kos pelajarannya.
Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Dato Vida turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.
Seterusnya, akibat jiwanya memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Dato Vida memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.
Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.
Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.
Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.
Namun akhirnya akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan. Sudah berjuta dia rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi.
Oleh kerana itu bila menaja AJL29 dan Gegar Vaganza, dia sudah tekad, stesen tv kena ikut cara Dato Seri Vida.
Gimiknya menjadi dan meniti bibir org ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota.
Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.
Tujuh tahun lalu, bisnes Dato Vida melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.
Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.
Emosi sedih Dato Vida semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.
Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.
Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.
Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.
Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.
Kehilangan dua anaknya membuatkan Dato Vida ingin kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang dia perjuangkan hari ini dalam perniagaan.
Semoga kisah Dato Seri Vida ini menjadi sumber inspirasi kepada anda semua."
#credittoepalhijauTV
Jom! tonton Banglo Mewah milik Dato Sri Vida di bawah ini.
Amacam?
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menikmati kepuasan hidup selepas berpenat dan berhempas pulas bercucuk tanam. Inilah masa untuk menuai.
Tahniah kepada Dato' Sri Vida.
Mudah-mudahan kita semua pun kaya, bahagia dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menikmati kepuasan hidup selepas berpenat dan berhempas pulas bercucuk tanam. Inilah masa untuk menuai.
Tahniah kepada Dato' Sri Vida.
Mudah-mudahan kita semua pun kaya, bahagia dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment