Assalamualaikum wbt..
Saya pernah dengar kisah ni, berulang kali. Mungkin, masih ramai yang belum tahu.
Jom! saya share untuk penghayatan sahabat pembaca blog sakinahms.blogspot.my semua.
KISAH PENJUAL TAUHU
Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.
Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual.
Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.
Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan shj untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.
Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.
Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yang disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung.
Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yang selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi untuk berniaga pada hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan kemek.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya peternak itik itu mencari tauhu yang rosak/hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..
Spontan penjual tauhu itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..
Pengajaran dari sini ialah,
Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Allah SWT dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.
Allah Maha Mengetahui keperluan kita, dibandingkan diri kita sendiri.
Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
"Allah mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.
“Jika Allah menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”
Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya.
InsyaAllah..
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Salam Minda Jutawan & Dermawan.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment