Salam Jumaat.
TIPS BAHAGIA : MARI BERSYUKUR
Bersyukur dengan nikmat dan rahmat dariNya.
Saya masih ingat lagi, seorang kaunselor di tempat kerja lama pernah bercerita kepada kepada saya tentang bagaimana suami beliau melahirkan tanda syukur seawal pagi.
Ada yang ingin tahu?
Ok, baiklah saya kongsikan bersama :-)
Pada orang lain mungkin ia agak pelik dan janggal.
Sebaik sahaja bangkit dari tidur, si suami kaunselor tadi mencium tangan dan kakinya. Peluk badannya dengan penuh rasa syukur.
Berterima kasih kepada Allah SWT atas nikmat pemberian anggota badan dan pancaindera yang cukup sempurna untuk bangkit bernafas dan beribadat kepadaNya lebih baik dari hari sebelumnya.
Simple kan..
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti AKU akan menambah nikmat-KU kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmatKU, maka sesungguhnya azabKU amatlah keras" (Surah Ibrahim, ayat 14).
Jika kita belum memiliki apa yang kita sukai, maka sukailah apa yang kita miliki saat ini.
Kerana itu adalah sebahagian dari tanda syukur kita kepada-Nya.
Kadang-kadang kita selalu inginkan apa yang kita lihat pada orang lain.
Tapi, kita terlupa bahawa kita sudah memiliki apa yang Allah berikan.
Di sebalik kekurangan terdapat kelebihan. Maka bersyukurlah selalu, wahai sahabat.
Bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita lebih bahagia.
"Ya Allah, berilah aku kebahagiaan yang cukup untuk membuatku tersenyum. Kebahagiaan yang mampu membuat aku bersyukur kepada-MU setiap masa tanpa terleka walau sesaat."
Subhanallah,
wa Alhamdulillah,
wa la ilaa i'la Allah,
wa Allahuakhbar..
InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment