Thursday 22 September 2016

WANITA KELENDAN ITU HEBAT

WANITA ITU HEBAT

Sedang duk mengemas SOHO, tiba-tiba teringat seorang kakak kalendan bas rapid KL beberapa tahun lepas.

Orangnya tinggi, kurus dan sempoi je. Lengkap berbaju kerja hariannya.

Masa tue, saya menginap di sebuah rumah flat di Bandar Tasik Selatan.

Saya keluar awal pagi berjalan ke perhentian bas untuk ke Hentian Komuter di Sungai Besi. Nak ke Shah Alam.

So, jauh dari biasa sikit lah.

Normally, saya akan berjalan kaki menuju ke Hentian Bandar Tasik Selatan menyeberangi jejantas dalam 20minit cam tue. Berjalan menyusuri deretan rumah teres dan beberapa bangunan rumah flat yang lain.

Tapi, pagi tu saya rasa nak naik bas pulak.

Boleh dikatakan tak ramai orang lagi masa tue. Mayb, sebab saya keluar di luar waktu kemuncak agaknya.

Sebaik membayar harga tiket (RM1 rasanya masa tue), saya dapatkan seat yang kosong.

Then, sempat borak-borak dengan kakak kelendan sekejap.

Apa yang menarik minat saya untuk terus bersembang dengan kakak ni kerana dia seorang ibu tunggal yang peramah.

Dia tak malu berkongsi kisah hidupnya.

Dia menjadi kelendan untuk sara anak-anak. Bekas suami dia dulu bukan seorang suami yang baik untuk dijadikan contoh teladan. Seorang kaki pukul dan tidak bertanggungjawab.

Sedih dan kecian saya memikirkan nasib wanita diperlakukan sedemkian rupa.

Ramai taw, bukan sorang dua yang saya pernah jumpa dan ada yang masih keep in touch.

Sedangkan wanita ini sangat lemah. Tapi, ia akan menjadi sangat-sangat kuat dan hebat bila dianaiya.

Sejarah lampau, membuatkan dia bangkit untuk teruskan hidup dalam kelompok masyarakat yang bermacam-macam ragam dan tohmahan.

Melabelkan sebuah kegagalan perkahwinan kerana wanita yang bersalah.

Dalam hidup ini, tiada siapa yang sempurna.

Tanggungjawab lelaki adalah untuk membimbing tulang rusuk kiri mereka. Menjadikan tulang rusuk kiri seperti nyawa mereka. Bukan memperlakukan seperti barangan di kedai.

Hari ni, kita suka. Kita beli. Esok lusa kita tak suka, kita buang dia. Buang tak bertali. Buang berparut luka.

Wahai lelaki, sayangilah wanita sebagaimana ibu anda menyayangi anda sewaktu dari dalam kandungan lagi.

Buat wanita di luar sana, usah lemah mahupun menyerah kalah. Anda adalah hebat. Sentiasa persiapkan diri dengan pelbagai kemungkinan hidup.

Setiap hambaNya mempunyai ujian yang berbeza.

Keep strong !

Always close with Allah SWT. Kerana DIA sangat dekat. Terlalu dekat dengan kita semua.

Sekadar renungan bersama.

Salam Zohor.

Sakinah,
Working-At-Home-Woman.
sakinahms.blogspot.my
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment