Monday, 5 September 2016

CINTA KASIH DUA ORANG IBU

Di saat saya kusyuk mendengar talk yang disampaikan oleh motivator, tiba-tiba saya terganggu dengan seorang peserta yang baru masuk.

Seorang kakak yang sudah berkeluarga masuk membawa anaknya yang masih kecil datang menuntut ilmu di hujung minggu.

Di kala, orang lain bercuti dengan anak-anak dan keluarga, si kakak ini memilih di sini destinasinya mengheret anak bersama-sama.

Saya bukan terganggu sebab tidak senang dengan anak-anaknya.

Tetapi, kedatangannya membuatkan saya terfikir.. begitu besar pengorbanan seorang ibu. Betapa gigih si dia datang berusaha mencari ilmu demi mengubah nasib keluarga.

Mungkin tiada sesiapa jaga anaknya. Lucky peserta hari ni, boleh datang bawak anak ke program. Kerana bisnes kami tidak menghalang, bisnes kami untuk keluarga.

Cuma pasti kan anak tidak mengganggu orang lain.

Ok.

Kemudian, tumpuan di alihkan semula kepada motivator Ateh Zuhairi sehingga lah sessi pagi berakhir dan kami dijemput untuk menjamu selera di restoran bawah dewan seminar, mengadap kolam renang.


Alhamdulillah, ada rezeki tengah hari kami hasil bayaran seminar yang dikira sangat murah untuk 2 hari. Semoga murah rezeki organizer.

Saya tidak banyak bercakap ketika di waktu makan, hanya lebih banyak memerhati, menjawap ketika perlu dan tersenyum penuh kesyukuran.

Tak sangka, makan tengah hari tu semeja dengan Ateh Zuhairi.

Dalam kerancakkan menjamu selera, saya terpandang si kakak peserta tadi bersama anaknya.

Kakak tu, tersalah ambil makanan tetamu lain. Disangkakan hidangan buffet untuk kami.

Sedangkan makanan kami telah dihidangkan khas di sebelah kiri restoran, sebab peserta tak ramai.

Yang buffet tu untuk tetamu resort.

Saya kecian dengan si kakak nie.

Mungkin tak tahu pape dan segan nak duduk semeja dengan anak yang ramai.

So, saya abaikan. Takkan lah nak bangun pi tegur. Tak manis pulak, kan.

Tapi saya dah merencana sesuatu dalam kepala. (Nanti, saya akan berjumpa dengan kakak tadi untuk maklumkan).

[Jangan tunding jari atau gelakkan ye, mahupun bergosip sesama sendiri kalau kejadian ini berlaku di depan mata anda.]

Kita bukan busybody.. saya nampak kejadian tue. Mungkin orang lain tak nampak. Saya bayangkan jika saya ditempatnya.

Makanan itu kan, bukan hak kita. Kita bayar yang dimeja. Akak tu, tak niat. Tapi, kita yang tahu kena lah sampaikan supaya ia menjadi halal masuk ke dalam mulut anak-beranak.

Saya sangat respect dengan si kakak ini. Dan seorang lagi kakak yang dah berkeluarga jugak.

Kisah tu kita sambung jap lagi.

Sekarang, nak sentuh sikit pasal kakak organizer seminar nie.

Dia seorang ibu kepada 3 orang anak rasanya. Ingat-ingat lupa (Cerita 2 tahun lepas).

Untungnya kakak organizer dengan kakak tadi, si kakak ni ada suami bersama turut serta.

Kebiasaannya, kalau organizer.. kita akan entertain tetamu semasa makan kan? Duduk sekali semeja. Makan sampai habis. 

Actually, bukan sebab hadap makanan. Tapi lebih kepada protokol.

Namun bezanya si kakak organizer dengan organizer lain, anak menjadi keutamaannya sama seperti si kakak tadi.

Dia tinggalkan tetamu dan bawak anak makan di meja lain. Service bertukar tangan. Si suami yang entertain bersama kami yang lain.

Lagi pun, majlis makan pun santai-santai. Just relax. No protokol.

Dari kejauhan saya melihat 2 orang ibu ini melayan si anak kecil mereka.

Begitu cinta dan kasihnya mereka sebagai ibu. Suap-meyuap antara satu sama lain.

Teringat kasih sayang emak kat saya tiada galang ganti. Sanggup bersusah untuk anak.

Cam mana lah saya nanti jika diberi peluang menjadi ibu.

Ok, seusai makan saya mintak diri untuk ke surau.

Alhamdulillah rezeki saya. Dapat bersua dengan kakak tadi.

So, saya ceritakan perkara yang sebenar.

Dia cakap tak pe. Nasib baik saya cakap. Nanti, dia refer organizer. Dia bayar lain.

Selesai tanggungjawab saya.

Saya sempat berborak-borak, bertukar cerita dan pengalaman bisnes Shaklee dengan kakak nie. Dia sedang pump susu untuk anak. Masih menyusu rupanya.

Begitu bagus saya tengok dia mendidik anaknya (anak sedang solat).

Walau anak masih kecil 4 tahun. Tapi, dah pandai solat dengan sempurna. Allahuakhbar..

Semoga murah rezeki mereka. Berjaya dalam perniagaannya. Anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah dunia akhirat.

Cuma saya tak sempat nak minta no. telefonnya. Huhuhu..

Dia balik awal selepas selesai seminar.

Papepun saya sangat respect dia. Walau cam mana pun dia berusaha jugak datang demi sebuah ilmu.

Sebagai ibu di luar sana, usah malu atau segan dengan anak-anak kita. Bersyukurlah kerana anak adalah harta yang paling berharga dari segala-galanya.

Terima kasih emak yang melahir dan membesarkan diri ini.

Anda tercari-cari bisnes yang membenarkan anda membawa anak-anak ke seminar atau kelas, boleh lah bersama-sama team kami.



FYI, bisnes Shaklee sudah lama bertapak di Malaysia dan produk nya sudah melebihi 100++ tahun usia. Bukan 10 tahun mahupun 10 hari.

Hubungi saya segera, untuk dibantu : 0199164276.

Fast Action! Fast Result!

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment