Thursday, 1 September 2016

CORETAN MALAM JUMAAT, SEPTEMBER SAKINAH

Malam September 2016, Malam Jumaat.

Moga malam ini, malam permulaan kepada kehidupan yang lebih tenang dan membahagiakan seindah namamu Sakinah dan Indahnya nama Ibu dan Ayahmu.

Saya hanya insan kerdil, insan biasa yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada insan-insan tersayang.

Kerana hidup saya tiada apa-apa harta melainkan kasih sayang, doa ibu dan ayah yang sentiasa menjadi pengiring bahagiaku sehingga kini.

Jika lemah ini, kerana dosa dan lekanya aku dengan palitan noda dunia. Maafkan, ampuni aku.. Sesungguhnya diri ini adalah hambaMu yang lemah.

Jika kuat diri ini, kerana rahmat dan barakhah dariNya buat ummat sejagat. Alhamdulillah.. sesaat DIA tidak pernah terleka memayungi dan memelihara kita semua.

Buat rerakan yang mengenali diri ini, atau baru ingin mengenali diri ini.. terima kasih, atas kasih sayang dan ukhuwah anda.

Saya doakan kita semua kaya, bahagia hidup dunia akhirat.

Bebas hutang dan bebas kewangan,
Bebas memilih untuk bahagia.

Selamat Malam.
Salam Al-Khahfi, Salam tahajjud.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment