Sunday 17 March 2019

KESAN MAKAN SHAKLEE SELAMA 5 TAHUN

Kesan makan 22 jenis Vitamin Shaklee selama 5 tahun.
Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt.

Salam Bahagia buat semua rakan readers semua.

Ok, pagi ini Kinah nak buat sedikit perkongsian. Mungkin ramai yang dah tahu yang Kinah makan Shaklee sejak September 2014 lagi.


Jadi hari ini kiranya dah hampir 5 tahun Kinah masih lagi amalkan makan
suplemen Shaklee. Bagus sangat ke supplement Shaklee ni?

Dah banyak yang Kinah makan.

First time Kinah makan di tahun 2014, Set Kurus Shaklee dengan tujuan untuk turunkan berat badan Kinah pada waktu tersebut lebih kurang 75KG. Wow ! banyak tue.

It's amazing. Cam mana lah boleh ternak lemak sampai ke berat tersebut. Korang boleh baca di sini. Cam mana Kinah kurus?

Then, selepas consistent makan Set Kurus Shaklee plus ambil right food dan exercise Kinah lost weight lebih kurang 21KG.
Zaman ternak lemak vs zaman kuruskan badan masa bujang.

Rasa macam tak logik pulak. Tapi, bila tengok gambar-gambar lama dan perubahan lost 21KG tu memang itu lah yang berlaku.

Ok, selepas kejayaan menurunkan berat badan pertama. Kinah mula makan vitamin-vitamin lain untuk masalah kecantikkan. Kinah dah boleh dikatakan kurus tapi kulit macam tak de seri.

Al-maklum lah Kinah ni bukannya jenis suka make up, berhias. Tak reti jaga muka cam retis pun.

Bajet macam cun sangat lah kan. Hahaha.

Kinah pun amalkan Set Vitamin Kecantikkan merangkap jugak Set Resdung. Kinah ni ada masalah Resdung. Kebetulan lah Set Cantik tu sesuai jugak buat sesape ada Resdung.

Resdung bukan penyakit berjangkit tapi kalau tak dirawat ia boleh memudaratkan. Muka jadi berjerawat, jeragat, selalu bersin sehingga demam dan banyak lagi side effect bergantung kepada badan setiap individu.

Setiap orang boleh dikatakan ada Resdung. Yang membezakan sama ada ia tidak memudaratkan atau memudaratkan je.

Macam dalam kes Kinah, setiap pagi selepas mandi mesti akan bersin dan selalunya selepas makan seafood macam sotong, udang, kerang, ketam memang akan bersin teruk. Kadang boleh menyebabkan demam.

Bila makan Set Resdung, masalah bersin di awal pagi semakin berkurang. Antibodi dan immunisasi semakin kuat. Sebab jarang dah demam. Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama, di tahun 2014, 2015 dan 2016 Kinah makan macam-macam Vitamin Shaklee. Antara untuk masalah senggugut dan gastrik. (Boleh baca di sini : Gastrik Kinah).

Sebab Vitamin Wanita Senggugut dan Gastrik ni ada jugak dalam Set Kurus, Set Cantik.

Antara Vitamin yang Kinah dah ambil dalam tempoh lima tahun :

1. Cinch Shake Mix
2. ESP
3. Alfalfa Complex
4. Herb-Lax
5. Omega Guard
6. Lecithin
7. Ostematrix
8. Peppermint-Ginger Plus
9. DTX Complex
10. Collagen Powder
11. Vivix
12. Meal Shakes
13. Performance - Natural Orange
14. Garlic Complex
15. B Complex
16. Vita-E Complex
17. Vita-Lea Iron Formula
18. Sustained Release Vita-C Plus
19. Carotomax
20. GLA Complex (Masa bujang)
21. Chewable Vita C Plus
22. Cinch Tea Mix

Ini antara Vitamin yang Kinah pernah makan dan ada yang masih Kinah amalkan bergantung kepada keperluan semasa badan.

Selepas je Kinah berkahwin, Kinah disahkan hamil. Then, Kinah continue ambil Set Ibu Hamil + GDM.

Siapa sangka dalam keadaan loya dan alahan teruk, boleh pulak sangkut minum air gula for first timer.

Kinah redha dan menerima lah seadanya.

Follow cam mana diet Ibu GDM.

Alhamdulillah result boleh dikatakan overall memang terkawal dan baby dalam kandungan pun sihat walafiat.

Result BSP ibu GDM. Yang result warna merah tu, hari yang sangat berselera. Jadi makan macam-macam sampai lupa diri sekejap lagi nak kena ambil darah BSP.

Kinah alahan teruk. So, bila berselera. Kinah makan je lah. Dah memang confirm BSP. Cuma kalau tak terkawal, akan memberi kesan jugak lah. Contoh korang tengok date. Yang result merah, jaraknya lebih kurang seminggu dengan next appoinment.

One more thing, result BSP tahap merahnya bagi setiap klinik tak sama taw. Biasa Kinah check up kat Klinik Jaya Gading 5.5 adalah normal. 6.0 baru merah.

Tetapi, di Poliklinik Beserah merahnya 5.5 atau dan ke atas. Kinah start follow up Poliklinik Beserah masa kandungan 8 - 9 bulan.


Semasa Kinah preggy kadang kaki selalu sangat cramp bila travel dan bekalan Ostematrix terputus sebab dah habis. 2, 3 hari jugak lah tidur malam tak lena sehingga Ostematrix ada semula.

Makin membolat Mak Yong- 34 weeks.

FYI, Kinah ada masalah untuk minum susu. So, sepanjang preggy memang tak minum apa-apa jenis susu pun.

Mak Yong 34 minggu, sempat lagi ke Branch Shaklee memborong Vitamin. Berat akhir Mak Yong sebelum bersalin 78KG. Naik mencanak-canak bahagia. Baby keluar 2.9KG je. Datang dari mana lemak-lemak tersembunyi pun tak tahu.

Alhamdulillah, Ostematrix sangat membantu sejak preggy. Wajib dah ambil 4 biji setiap malam. Bangun pagi best je membuang. Tidur malam pun lena. Kalau tak menangis kaki cramp (Simpul Biawak/ Settok Mengkarung). Boleh baca di sini : Sakitnya.. Settok Mengkarung.

Haa ! dah preggy bersalin lah pulak kan.

Kinah ambil Set Ibu Bersalin, Berpantang dan Menyusu sehingga sekarang.

Kinah bersalin emergency Czer. So, pengalaman yang cukup bermakna buat Kinah. Dengan luka Kinah terbuka hampir setengah jengkal. Nampak benang jahitan dari dalam. Ia ambil masa dekat 2 bulan untuk recover semula.

Kinah rest betul-betul.

Sehingga terasa bosan (tak boleh buat kerja) sebab Set Vitamin Ibu Bersalin, Berpantang, Menyusu ni buatkan Kinah energetic walau tak cukup tidur. Malam jadi burung hantu. Siang anak asyik tidur. Bangun untuk menyusu je. Pastu, dia sambung tidur balik.

Kinah baring je dalam tempoh rawatan luka dan berpantang. Bangun untuk makan dan mandi. Sekali sekala rimas Kinah bangun jugak duduk. Badan Kinah ok, cuma luka je yang kena berjaga-jaga.

Kesan lain, susu Kinah melimpah ruah sehingga banjir. Kinah terpaksa stop kan pengambilan Alfalfa Complex yang menjadi milk booster susu ibu.

ESP Kinah tetap minum walau ia Milk Booster jugak.

Sebab ia sumber protein bagi bantu renew sel baru. Supaya luka bersalin Kinah cepat bercantum.

Masa tu Zinc Complex out of stock. Kalau ada Zinc Shaklee (Bantu mempercepatkan luka kering dan bercantum semula) memang Kinah dah telan sekali.

Jadi Kinah just ambil Vitalea. Dalam Vitalea  ada Zinc, tapi dos tak banyak.

Kinah makan jugak ikan haruan (walau tak boleh masuk mulut. Kena paksa dengan emak sampai habis. Hahaha).

Sepanjang berpantang, susu memang tak pernah putus. Basah baju sebab banjir. Syukur Alhamdulillah, rezeki Azzahra sampai sekarang.

Ok. Beberapa bulan selepas berpantang Kinah alami tekanan. Depress dengan keadaan sekeliling dan mulut-mulut manusia. (Boleh baca di sini : Buruknya aku).

Makan tak menentu. Zat dalam badan disalurkan kepada anak yang disusu sepenuhnya. Can You Imagine, semasa berpantang mood sangat ok. Memang betul-betul rest. Makan pun terjaga. Makan yang berkhasiat je.


Berpantang dengan jagaan emak yang kenal keadaan badan anak dia lain citer. Emak tahu kulit dan badan Kinah jenis sensitive. Emak tak pelik kalau luka Kinah lambat sembuh. Emak Kinah taw anak dia dari kecik memang kulit bermasalah.

Kalau luka lambat sembuh. 

Lost jugak 14KG dalam 2 bulan lebih. Ye lah, makan bakar dengan rebus je. No garam, No MSG. Hehehe.


Coaching dengan my super upline, Master Ira.
Masa ni turun lah jugak 14KG selepas bersalin dan menyusukan Azzahra.
Selepas je berpantang semua berubah.

Makan lewat. Setiap 2-3 jam anak mesti nak menyusu. Pagi belum tentu sempat breakfast. Just shake ESP. Dalam tengah hari baru makan. Cover untuk sarapan dan lunch sekali. Pastu, dinner jam 10-12 malam.

Orang sekeliling tak faham Kinah sebab dorang tak support penyusuan Ibu kepada bayi.

Berat badan kembali naik. Stress dan waktu makan tak menentu.

Kulit muka yang nampak elok tiba-tiba kembali kusam, bergeragat dan sangat teruk. Tengok gambar di bawah.


Kulit muka kusam seperti nenek tua dah. Jijik tengok muka sendiri. Betapa dasyatnya proses penuaan wajah Kinah.

Walau apa pun ujian, percayalah Allah takkan uji di luar kemampuan hambaNya. Ada hikmah kenapa ianya berlaku.


So, kita cari solution atasi masalah supaya tidak terus menjadi makin parah.

Kinah cuba pulak Skincare Youth Shaklee untuk memulihkan muka dan kembalikan keyakinan diri.

It's amazing.

Tengok resultnya.

Pakai Youth Day 1 dah rasa sangat berbeza. Terasa moist je kulit muka. Mungkin sebab banyak sel-sel mati ditanggalkan. Sebelum ni kan, 'kusam berkeladak' je. Hehehe.
Day 10 semakin fall in love dengan Youth sebab terasa macam kulit diremajakan semula.


Selepas 4 bulan pakai Youth.
Ini selepas 5 bulan lebih pakai Youth.
Selepas 6 bulan masih setia pakai Youth. Jeragat yang dulunya ketara, makin pudar.
Walau dikatakan tak de secantik Siti Nurhaliza, tapi semakin baik sejak pakai Youth Shaklee.


Ini lah sedkit pengakuan dari Kinah selama 5 tahun amalkan Vitamin dan Skincare Shaklee.

Promosi Shaklee Mac 2019. Beli 5 botol Ostematrix dapat Free e-Voucher bernilai RM30.
Promosi Shaklee Mac 2019. Beli 4 botol Vita-Lea dapat Free e-Voucher bernilai RM30.
Promosi Shaklee Mac 2019. Beli 4 botol GLA Complex dapat Free e-Voucher bernilai RM30.

Korang pulak bagaimana?


Nasihat Kinah sebagai wanita kepada wanita :

1. Badan kita bukan selamanya sihat. Semakin bertambah usia semakin merosot kesihatan dalaman badan kalau tidak pernah djaga secara baik.

So, ambil lah suplemen Shaklee sebab ia organik, selamat dan InsyaALLAH berkesan.

Pastikan makan suplemen Shaklee ikut nasihat ejen yang bertauliah dan berpengalaman.

Tak mahu pi beli kat Lazada atau Shoope, atau dari sumber yang tidak memberi khidmat nasihat dan cara makan yang betul.

Risiko anda tersalah makan vitamin yang tidak sesuai dengan badan adalah tinggi.

Sebagai contoh, orang yang ada SLE tak semua Vitamin Shaklee boleh diambil.

Jika ambil jugak mungkin akan memudaratkan diri.

Orang yang ada masalah penyakit buah pinggang, yang dialisis pun tak boleh ambil suplemen Shaklee sebarangan.

2. Adakan Me-Time korang sebagai sorang wanita. Kerana bila korang kurang menjaga keperluan diri itu yang menjadi punca depress. Depress banyak jenis. Silap hari bulan boleh menjadi pembunuh dalam diam.

Sebab tu banyak kes, bayi dicampak ke luar tingkap. Bayi dibunuh di bawah jagaan pengasuh.

Depress ada suara-suara bisikan syaitan yang cuba menghasut buat sesuatu yang tidak baik. Suara-suara bisikan yang menyatakan diri kita sangat teruk, buruk dan teruk.Tiada nilai.

Elakkan kawan-kawan dari terjebak dengan gejala depress ini.

Anda boleh juga baca topik berkaitan :

9 Punca Wanita dan Suri Rumah Ramai Depress

3. Abaikan kata-kata mulut longkang dan mak cik-mak cik yang suka membawang. Itu hanya memudaratkan diri korang.

4. Dekatkan diri kepada insan-insan positive. InsyaAllah korang akan sentiasa berfikiran positive. Kerana positive itu penting untuk pembangunan diri sorang wanita hebat.

5. Jaga pemakanan dan apa yang dimakan. Kerana banyak penyakit datangnya dari pemakanan kita.

6. Tidak lupa juga, berada lah dalam environment yang sihat.

Jauhkan diri, anak-anak dan keluarga dari tempat-tempat yang tinggi pencemaran seperti kawasan bandar yang sibuk dengan kenderaan, kawasan perindustrian seperti di Gebeng, Kuantan.

Asap kenderaan merupakan antara penyumbang besar radikal bebas sekeliling kita selain asap rokok dan asap-asap beracun.

7. Selalu lah bersiar-siar hirup udara segar di luar sana. Biarlah hanya berjalan kaki di awal pagi di luar rumah. Itu jauh lebih baik.

Elakkan singgah menyinggah rumah jiran tetangga yang suka ajak membawang. Nanti keringkan pahala, tambah dosa pulak.

Tegur sapa sebagai tanda hormat, itu jauh lebih baik. Then, teruskan misi bersiar-siar.

8. Amalkan membaca ayat Al-Quran at least 1 muka setiap hari. Baca Al-Mathurat, Yassin, A-Waqiah, Ar-Rahman seawal pagi.

Mungkin selepas subuh tak sempat sebab uruskan keluarga.

Korang boleh usahakan bangun sebelum subuh. Sebab itu penting jaga makan, amalkan suplemen bagi badan kekal sihat.

9. Bangun lah solat sunat Tahajjud di sepertiga malam. Talk To Allah (TTA), bercakap dan mengadu denganNya.

Besar rahmat jika dapat bangun solat malam.

Ok, cukuplah ini dulu untuk pagi ini.

Sebelum berakhir sharing Kinah, Kinah ingin mengajak rakan-rakan readers semua marilah kita sama-sama doakan kesihatan dan keselamatan serta kesejahteraan penduduk di Pasir Gudang.

Semoga urusan membasmi pembuangan toksin di Pasir Gudang berjaya diatasi dengan secepat yang mungkin.

Then, Al-Fatihah buat ummat Islam yang syahid di New Zealand dan Islam-islam di seluruh dunia yang sedang diuji.

Aamin, Aamin, Aaamin Ya Rabbal Alamin.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment