Showing posts with label Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Covid-19. Show all posts

Friday, 13 March 2020

DIARI AZZAHRA : APA MOMMIES BUAT KALAU TELINGA ANAK MASUK KUTU BABI HISAP DARAH

Hai, mommies semua.

Dalam saya duk berjaga-jaga dan risaukan Covid-19, semalam dapat setepek si kutu ni masuk telinga Azzahra. Punca tak dapat dikenal pasti.

Cuma yang pasti dalam tempoh 2 ke 3 hari ni :

✔️Kitorang pernah ke taman, foodcourt, bengkel kereta, rumah tok wan Zahra, 
✔️Kitorang pernah ke rumah mak sedara Zahra
✔️Zahra selalu main kat luar rumah bila waktu petang. Di kejiranan kami ada kucing berkeliaran. Zahra suka sapa kucing kalau datang kepada dia. Saya dah halang, tak bagi main. Dia sempat lah sentuh kucing tu sekejap. Takkan sebab kucing. Dia tak peluk pun. 

Thursday, 12 March 2020

PERBEZAAN MAKAN VITAMIN SHAKLEE SELEPAS 9 TAHUN

REVERSE AGING - 20 Year Challenge

Ini Kak Maria. Saya kenal beliau Ogos 2014 thru blog. Dan seingat saya, kami berjumpa buat pertama kali tahun 2015. Saya pernah 2 kali bermalam di rumah ibunya di Keramat.

First time bermalam sebab pergi IMKK sekali dengan Ibu dan Ayahnya. Masa tu Kak Maria di Perak.

Sehingga lah kami berjumpa untuk kunjungan saya kali kedua ke Keramat bagi tujuan Projek The Walking Beauty (TWB). Masa berjumpa beliau, memang dah cantik sebab dah amalkan Shaklee since tahun 2012.

Tuesday, 10 March 2020

DIARI AZZAHRA : RAWATAN TEMU JANJI AUDIOLOGI KALI PERTAMA

Alhamdulillah, settle urusan setengah hari di sini hari ini. Ikutkan saya memang tak suka ke hospital, nak nak musim Covid-19 ni.

Tapi, demi Azzahra, kita happy dan enjoy berdua. Ayah Azzahra pulak settle beberapa urusan di tempat lain.

Untuk ke bahagian Audio kami tak naik lift, kami naik tangga sebab orang jarang guna tangga. Namun saya tetap berjaga-jaga. Elakkan dari memegang tepi tangga, nak bukak pintu pun saya berlapik, kalau boleh guna kaki atau badan, saya guna kaki. Paranoid betul hati seorang ibu.

Friday, 6 March 2020

INSAF : KELAWAR MENJADI PUNCA PENEMUAN NOVEL CORONAVIRUS

Bismillahirahmanirahim.

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa penemuan dan ikhtibar kepada kita semua berkaitan Novel CoronaVirus yang telah meragut ramai nyawa manusia di seluruh dunia terutamanya di China.

Novel CoronaVirus atau sekarang lebih dikenali sebagai Covid-19 dikatakan berasal dari sebuah daerah di negara China iaitu Wuhan pada Disember 2019.

Dan puncanya adalah dari pemakanan haiwan yang telah diharamkan dalam Islam seperti kelawar, tikus, katak dan macam-macam lagi sumber makanan eksotik yang telah dijual di sana. Makanan ini dijual dengan mudah secara langsung.