Bismillahirahmanirahim.
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa penemuan dan ikhtibar kepada kita semua berkaitan Novel CoronaVirus yang telah meragut ramai nyawa manusia di seluruh dunia terutamanya di China.
Novel CoronaVirus atau sekarang lebih dikenali sebagai Covid-19 dikatakan berasal dari sebuah daerah di negara China iaitu Wuhan pada Disember 2019.
Dan puncanya adalah dari pemakanan haiwan yang telah diharamkan dalam Islam seperti kelawar, tikus, katak dan macam-macam lagi sumber makanan eksotik yang telah dijual di sana. Makanan ini dijual dengan mudah secara langsung.
