![]() |
| Penguatkuasaan larangan merokok 2019. |
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhitung nilainya. Syukur yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia.
Kita semua sedia maklum yang bermula semalam (1 Januari 2019), semua premis perniagaan kedai makan tanpa hawa dingin telah dikuatkuasa supaya melancarkan kempen larangan merokok.
Kinah mendoakan semoga penguatkuasaan larangan merokok ini berjaya dilaksanakan secara serius dan tiada kompromi.
Sebab Kinah adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terkesan akibat daripada perokok-perokok tegar ini. Kinah sangat-sangat tidak selesa sekiranya ke kedai makan, tiba-tiba terbau asap rokok.
