Wednesday 2 January 2019

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA KERAJAAN MENGUATKUASA LARANGAN MEROKOK

Penguatkuasaan larangan merokok 2019.
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhitung nilainya. Syukur yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia.

Kita semua sedia maklum yang bermula semalam (1 Januari 2019), semua premis perniagaan kedai makan tanpa hawa dingin telah dikuatkuasa supaya melancarkan kempen larangan merokok.

Kinah mendoakan semoga penguatkuasaan larangan merokok ini berjaya dilaksanakan secara serius dan tiada kompromi.

Sebab Kinah adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terkesan akibat daripada perokok-perokok tegar ini. Kinah sangat-sangat tidak selesa sekiranya ke kedai makan, tiba-tiba terbau asap rokok.

Kinah selalu berpesan kepada suami. Kalau nak ajak Kinah keluar makan make sure tak de smooker kat area meja tue. Kalau ada jugak, Kinah automatik akan angkat kaki keluar terus masuk kereta. Biar lah tak hadap pun makanan kalau udara pun berbau racun rokok.

Hidung Kinah very sensitive dengan bau rokok ni taw.

Kinah ingat lagi husband pernah ajak Kinah breakfast kat satu restoran ni. Restoran tu memang ramai orang. Full house. Tak cukup kerusi meja. Ala-ala kopitiam jenis open air. Asal kosong, mesti ada customer baru masuk duduk.

Jarak satu meja ke satu meja dan kerusi pun sangat dekat.

Kinah ambil meja bahagian luar. Sebab tak selesa kat bahagian dalam, mejanya besar dan memerlukan untuk share dengan ramai orang. Kinah tak mahu ambil risiko akan ada yang smooking nanti selepas makan.

Kat restoran tu ramai orang-orang bekerja ofis dan tak kurang jugak mereka yang berpakaian seragam polis, JPJ dan bomba.

Kinah sangat kecewa bila dari jauh dah terbau asap rokok dan nampak kepulan asap dalam suasana crowded macam tue. Datang pulak dari geng mereka yang berpakaian seragam.

Hurmm.. Kinah tak heran. Mereka pun manusia biasa. Cuma agak malu lah, mereka memberi imej yang tidak baik kepada masyarakat.

Semuanya kerana sebatang ROKOK.

Hidung Kinah, walau 20 langkah pun memang boleh terbau asap rokok tue. Apatah lagi 10 langkah yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Kerajaan mengisytiharkan penguatkuasaan Larangan Merokok di restoran tanpa hawa dingin.

Mudah-mudahan kerajaan serius. Bukan eksperimen semata-mata.

Dan buat perokok tegar silalah insaf. Bukan wang ringgit yang kerajaan cari. Tapi, kesihatan anda dan orang awam yang menjadi keutamaan.

Mungkin anda belum sedar ROKOK ni pembunuh dalam diam. ROKOK ni bukan bunuh anda sahaja. Bahkan boleh membunuh orang sekeliling dan orang tersayang. So, sila lah bertaubat.

Kesannya bukan hari ini. Bukan sebulan dua. Ia mengambil masa bertahun-tahun.

Banyak kes dah yang Kinah jumpa. Dan keluarga yang paling terdekat dengan Kinah pun meninggal kerana ROKOK. Bertahun merokok, akhirnya ROKOK makan diri.

Tak perlulah marah dan meminta kerajaan menyediakan Zone Bebas Merokok pulak.

Semalam Kinah sempat dengar berita yang agak panas jugak lah di cuping telinga nie.

Perokok tegar memohon untuk menyediakan ruangan khas untuk mereka. Alasan nanti tak best lepak kedai mamak. Sebab kebiasaannya dorang bebas merokok. Bila ada perlawanan bola mesti kedai makan ramai orang. Masa tu lah dorang akan merokok sama. Bayangkan bila kempen Larangan Merokok berkuatkuasa apa akan jadi kepada mereka?

I don't care.

Kinah sangat tidak bersetuju. Ia seolah-olah menggalakkan pulak perokok tegar ni.

Padahal tujuan penguatkuasaan ini untuk kesihatan dan ketenteraman orang awam, terutama kanak-kanak.

Papepun, all the best to Malaysian dan selamat berusaha untuk berhenti merokok buat perokok-perokok tegar.

Anda mempunyai masalah untuk berhenti merokok?

Jom ! cuba minum Isotonik Ajaib Bebas Rokok. Penawar untuk berhenti merokok yang terbaik dan power !

Vivix bantu pulihkan ketagih Merokok.
Suami sudah tidak merokok selepas minum Vivix.
Semoga suami akak ni kembali sihat dan bebas rokok.

Jika anda sayangkan keluarga anda dan ingin hidup lebih lama melihat anak-anak membesar tanpa rokok, jom ! amalkan Vivix ini.

FYI, bulan ni VIVIX ada special offer seperti dalam poster di bawah. Untuk details dan order boleh wasap Kinah : 019-916 4276.

Jom ! selamatkan duit anda dari mereput kena bakar dek rokok dengan amalkan Vivix.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment