Rahsia Orang Berjaya. |
Bismillahirahmanirahim.
Sekarang 17 Januari. Dah setengah bulan berlalu. Audit & Muhasabah diri, Sakinah. Jangan selesa sangat.
Apa yang ko cari sebenarnya Sakinah?
Kinah ingat pesan sorang guru semasa di bangku sekolah satu masa dulu. Dia seorang guru Matematik di Maktab.
Dulu Kinah lemah Matematik. Kalau result ujian bulanan keluar, Kinah lah pelajar yang palig tercorot dan selalu fail. 15%, 20%, itu normal.
Teruk sangat kan. Malu je mengaku budak MRSM.
Alhamdulillah SPM boleh lah cukup-cukup makan bagi seorang pelajar yang selalu fail. Dapat lah A2 walau tak sehebat A1.
Kinah sendiri pun tak pernah sangka. Yang Kinah taw, kenapalah aku lemah sangat. Macam tak boleh pergi sedangkan itu lah subjek asas dan wajib diambil.
Mengimbau kembali zaman sekolah.
Bila kawan-kawan dapat paper, muka dorang happy dan ceria je. Sebab dorang skor. Dan bila setiap kali dapat soalan, dorang semua excited giller nak selesaikan soalan tersebut.
Kinah jiwa macam kacau. Culture shock masuk maktab sebab semua budak terlebih pandai. Kinah rasa aku lah budak paling lemah masa tue. Ibarat budak pemulihan.
Selalu buat extra class personal dengan cikgu. Tapi, bukan semua subjek. Orang rehat, Kinah pi cari cikgu sebab kena submit task yang cikgu bagi.
Task budak-budak lemah. Belajar asas. Kalau asas tak faham macam mana nak pergi kepada cabaran-cabaran lain kan.
Cikgu Matematik ni bagus sebab dia taw Kinah lemah, jadi dia ajar Kinah FOKUS topik mudah untuk SKOR dan Kinah WAJIB faham. Sebab topik-topik tersebut macam makan kacang. Hehehe.
Bila dah dewasa, rupanya tak de lah susah sangat nak skor subjek Matematik ni.
Guru tersebut selalu berpesan dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir😃. (Tak pernah tak senyum). Taw apa guru Kinah pesan?
"Dalam hidup ni, kita kena ada TARGET. Sebab #Target itu yang akan menentukan MATLAMAT kita"
Betul jugak tue. Kinah pun relate dengan kehidupan sekarang.
Dalam bisnes kita kena ada TARGET. Dalam rumahtangga pun kita kena TARGET. TARGET ini yang akan menjadi FOKUS kita untuk capai MATLAMAT tersebut.
Dan TARGET itu yang akan jadi PROGRESS kita.
Menurun ke menaik ke mendatar. Kalau mendatar atau menurun kena lah buat sesuatu supaya menaik.
Bila dah menaik kena lah pandang ke bawah juga supaya tidak menjunam.
Pokoknya, TARGET, FOKUS, SKOR, MATLAMAT dan PROGRESS tu seiring menjadi pakej sebuah kehidupan atau sesuatu tujuan hidup.
Kalau dalam bisnes, tanya kepada diri apa yang kita nak? Begitu juga dalam kehidupan ini. Pengakhiran kita semua ialah sebuah kematian.
Bagaimana kematian kita nanti, pergunakan lah kehidupan ini sebaik-baiknya. Jika berniaga menjadi jambatan akhirat kita, usahakan yang terbaik. FOKUS kepada TARGET dan MATLAMAT.
Ok.
Korang kalau sedang mencari peluang-peluang perniagaan atau ingin menambah sumber pendapatan, Kinah cadangkan korang bina SPA sendiri. SPA bergerak sebab bisnes ini sedang trendy dan ia fleksible untuk mereka yang sedang bekerja makan gaji mahupun suri rumah tangga.
Nak tahu bagaimana caranya?
Korang wasap Kinah untuk guideline : 019-916 4276.
Baca topik di bawah berkaitan dengan Bina SPA bersama The Walking Beauty :
Wasap 019-916 4276 untuk pendaftaran Training Bina SPA dan including make over training. |
No comments:
Post a Comment