Monday 1 October 2018

DICERAIKAN SUAMI DI USIA 43 TAHUN MENJADI KEBANGKITAN WANITA CEKAL INI BERSAMA TWB

Perceraian bukan halangan
untuk gagal dalam TWB
Bismillahirahmanirahim dan salam sejahtera semua.

Selamat datang Oktober. 

Hari ni, Kinah nak share satu kisah inspirasi sorang beautician dalam Projek The Walking Beauty(TWB) yang mana sangat besar ujiannya.

Bulan lepas, Akak ni baru je diceraikan suaminya.

Beliau join kursus mobile spa yang kami buat. After one month, anda baca apa yang beliau kongsikan.

Boleh menangis baca kisah akak ni.

”Jika Akak tak join kursus mobile spa bulan lepas, Akak tak tahu nak makan apa hari ini...."

Kisah saya agak panjang juga walaupun semua baru berlaku, akak cuba ringkaskan.

"Saya Lin, menetap di Putrajaya.

Berusia 43 tahun, ada seorang anak perempuan 16 tahun. Saya merupakan penghidap Diabetes, Hypertension, Neuropathy dan Retinopathy.

Sejak setahun yang lalu, masalah rumah tangga dan kesihatan saya semakin kronik. Beberapa hari sebelum raya haji penglihatan saya terganggu di mana saya tak dapat melihat jelas menggunakan kedua-dua mata.

Pada raya haji bebaru ini, saya diceraikan suami melalui text wasap.

Sebelum ni asalnya hidup selesa. Dah 6 tahun saya surirumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan suami bank in RM2k dalam account bank.

Langit tak selalu cerah. Saya tak pernah terfikir akan berpisah, lagi-lagi suami baik orangnya. Bekerja keras untuk cukupkan segala.

Namun siapalah saya, nak menentang takdir Allah. Jodoh kami setakat ini saja.

Petang tu saya terima text tu.. maghrib tu saya pergi surau.. lama saya sujud.. Ya Allah.. aku redha dengan ketentuanMu.

Dua hari saya menangis. Dan menangis. Saya redha, cuma agak tak sangka terjadi perpisahan jiwa ni waktu mata saya bermasalah.

Saya tiada savings. Tiada harta. 6 tahun senang lenang semua suami tanggung. Apa saya nak buat?

Mana saya nak mula? Macam mana? Pelajaran tak tinggi.. dah agak berusia, sakit pulak. Majikan mana nak ambil pekerja macam saya yang tiap-tiap minggu kena ke hospital, ke klinik, yang asyik sakit.

Selain mata, saya ada luka diabetic kat tapak kaki. Jari-jari kaki kanan saya dah 4 kali kena amputate, dah takde 4 jari.

Orang cakap ; jangan risau sangat, jangan pikir banyak, Allah ada. Cakap senanglah, kalau kena baru tahu.

Saya percaya, kalau takde usaha, macam mana rezeki nak masuk? Saya kena buat sesuatu!

Semua orang diduga dan diuji. Lain-lain ujian dan tahap aje kot. Bagaimana kita melepasinya, itu kita yang kena fikir.

Macam-macam cadangan saya pertimbangkan.. Akhirnya saya ikut kawan saya pergi preview career talk mobile spa satu projek group yang lain.

Saya tekad.. Ni lah penyelamat saya! Senang aje.. gosok-gosok muka orang aje! Kena cari modal RM5k aje! Kalau saya ada RM5k, buat apa saya nak gosok-gosok muka orang.

Malam tu kawan saya yang lain bagi saya nombor Maria Firdaus.

24 Aug 2018, saya join Free Preview The Walking Beauty (TWB) di bawah Master Maria Firdaus.

Okay.. nekad dah.. this is it! Cari RM2k aje. Tak susah kot. Kalau tak berjaya buat duit.. Tak ralat hilang RM2k.

Saya ni ego agak tinggi juga. Bukan jenis pinjam-pinjam duit orang. Tak suka berhutang.

Saya pernah beli kereta alza ambil loan bank.. tapi bila saya jadi surirumah, saya nak cut monthly expenses, saya bagi orang sambung bayar.. supaya saya takde hutang bulan-bulan.

So, nak pinjam-pinjam duit bukan mudah bagi saya.

Saya call salah seorang ahli keluarga rapat saya dan ceritakan masalah saya. Di minggu yang sama saya kena cerai. Instead of saya meratap menangis lama-lama.. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya.

Ini redha pada saya.

Saya luahkan pada kakak angkat saya, dia surirumah jugak.

Tetiba esok hari dia bagitau saya.. Dia dah minta tolong anak dia bank in cash RM2k ke account saya.

Dia cakap.. "Adik, i believe in you. Akak tahu adik boleh berjaya. Adik gunalah duit akak dulu.. no hurry to pay back.."

Masa tu saya pikir.. Ya Allah.. betul ke ni nak guna duit orang untuk terjun bidang yang not my flare ni?

Saya pm Maria..saya tanya macam macam.

Ok puas hati.. 29 Aug 2018 saya bayar RM1999 +RM100 kelas penjagaan berpantang.

31 Ogos 2018 lepas perarakan Merdeka.. saya masuk training dengan Master Ainul. Abis training nekad cari customer.


Training TWB Terbaik !

Dengan mata yang tak berapa nampak. Saya ni gemuk, kaki pulak masalah saraf. Susah nak duduk bersila bagai. Tapi nak cari duit punya pasal, saya tak nak minta duit orang, ehsan orang. Saya mesti berusaha sendiri.

Masa training.. Nampak mata saya sepet sebelah.. Otot saya lemah tak boleh fokus dua biji mata tu.

Owh ye.. Anak perempuan saya 16 tahun.. hantar saya dari Putrajaya ke Bangi naik motor. Dia ada lesen L aje. Belasah jer la. Sakit punggung jangan cerita.

Waktu tu, saya dah tak boleh drive.. Mata tak berapa nampak. Duit tak ada nak naik uber. Motor pun motorlah.

Kawan saya tanya.. “Acaner ko nak facial muka org.. muka ko pun tak berapa nak elok ni?” Hahaha.

Ada saya down?? Tidakkkkk.

Saya perfectkan skill eye and face massage saya.. saya buat homespa saya betul-betul macam spa.

Apa yang Master Ainul ajar, saya dengar. Baca group telegram.. dapat ilham.

Facebook saya ada 200 kawan je masa tu. Asalnya set private. Atas nasihat mentor dalam TWB, saya publickan.

Saya start sharing pasal aktiviti saya. Saya tak promote lagi.

Saya masih tak yakin, so saya offer free full facial kat 7 orang. Mentor dalam TWB yang suruh.

Sebelum buat servis berbayar, belajar buat yang free. So kalau buat silap orang tak marah.

Saya tak yakin jugak nak offer servis. Tapi yang dapat free facial saya ni.. dah war-warkan kat kawan-kawan lain.

"Best giler kena ulit-ulit muka dengan Ina..."

Then 9 Sept 2018.. duit kat tangan saya tinggal RM18. Dlm bank ada RM109.50 tak silap.

Naik motor anak bawak dari bank ke bank. Kenapa tak boleh withdraw?? Tak boleh transfer??

Kena timpa tangga lagi.. Rupa rupanya, orang yang sambung bayar kereta saya, dah 3 bulan tak bayar! Bank sekat akaun saya!

Tu je duit saya ada. Dah terdesak.. saya mula iklan servis by wasap dulu. Offer RM30 aje. Ni dah terlebih murah dari market price. Tapi sebab saya tak berapa yakin, saya rasa murah pun tak per lah. Janji dapat duit.

Saya dibayar RM100.. nangis terus.. saya bagitau Maria. Customer cakap puas hati kerja saya. Alhamdulillah.

Next customer RM50 pakej mak anak.. dia bayar saya RM100 juga.

Pada waktu tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Betapa gembiranya dapat duit cash dikala betul betul tak ada duit.

Saya pernah naik motor dari Putrajaya ke Setiawangsa buat facial.. Sakit bontottttt.

Naik motor pergi Hotel Marriot. Parking motor pun tatau kat mana. Ni semua semata-mata nak buat servis untuk customer.

Kemudian, kakak saya baru dapat tahu kesusahan saya. Saya kena sound sebab tak bagitau dia, dia terus bank in RM 1k dalam akaun saya. Akaun yang kena beku tu. Huhu.

Saya mampu tengok baki.. tapi tak mampu keluarkan.

Lepas tu saya tak berapa kisah dah apa jadi dengan duit dalam akaun tu.

Ikhlas hati, saya bukan seorang yang suka menyusahkan orang lain. Even adik beradik sendiri. Selagi mampu, saya akan berusaha sendiri.

Sejak buat Mobile Spa, cash masuk almost hari-hari melalui servis mobile spa.

Melalui teknik marketing yang team TWB ajarkan, saya berjaya dapatkan customer dari kawasan sekitar.

Namun, tahap kesihatan saya belum sembuh sepenuhnya. Seminggu 2 atau 3 kali saya kena ke hospital dan klinik kesihatan.

Saya mohon belajar kelas pemakanan, penjagaan diabetes, kelas bersenam. Saya susun semua hidup balik. Tapi hari-hari saya akan sebut TWB.. TWB.. “Ya Allah, tolonglah aku.."

Saya ke jabatan agama, JKM, mahkamah etc.. tapi saya masih boleh buat duit masuk.. susun jadual saya.

Hari saya sihat.. saya go MOBILE SPA! Hari saya tak sihat.. saya panggil kawan-kawan datang rumah buat HOME SPA.

Tengah hari saya akan senang pitam. So no appointment masa tu.


Hasil ber Spa walau kurang sihat.
Sekarang, Alhamdulillah. Mata saya semakin pulih.. kurang sepet sikit dah. Darah tinggi saya minggu lepas doktor dah potong satu ubat sebab dah turun. Gula saya dah bawah paras 10.

Saya rasa semua related to stress.

Saya dulu tak minat beauty. Saya tak minat spa-spa ni. Tapi saya nampak jalan keluar dari masalah saya.

Walaupun kecantikan, spa bukan dunia saya. Tapi selepas saya belajar dalam mobile spa, saya rasa ia seperti memberi satu keseronokan dan kepuasan buat saya.

Ilmu yang saya peroleh dari Team TWB sangat berharga. Ilmu urutan spa, barangan berkualiti yang disediakan, teknik marketing yang superb dan amazing, serta team yang sangat supportive.

Tadi naik court kes cerai saya.. lafaz luar mahkamah. Ex husband cakap, saya nampak kuat, nampak happy dengan life saya. Saya sedih sangat.. tapi i will be okay now.

Kawan-kawan pun paham saya susah duduk bersila. Saya gemuk, diorang sendiri akan suggest facial atas katil. Today saya dapat hadiah katil spa dari seorang kawan. Lazada datang hantar kat rumah.

Saya dapat hadiah sauna FIR dari kawan jugak, Hahaha ni peberet saya.

Sambil-sambil duduk tengok konsert Big Stage kat TV.. Ada orang datang sauna.. dapat RM30. Boleh la lepas makan saya anak beranak.

22 Sept 2018 saya masuk kursus penjagaan berpantang TWB. Trainer saya haritu tegur saya nampak lain. Saya dah pandai gosok-gosok muka sendiri. Dah nampak berseri sikit wajah saya.

Semalam lepas maghrib, saya maafkan semua orang dan segala-galanya. Termasuk yang menyusahkan saya. Saya jenis cakap, tulis takde hide-hide.. berterus terang.. kat fb wall saya, tulis dari hati.

Ada yang kurang senang.. kata saya memalukan diri.

Sebenarnya, niat saya.. saya tahu ramai kat luar tu.. pun kurang baik.. tapi malu nak ngaku.. malu orang tahu.. Makan dalam. Saya share.. supaya orang tahu.. life is not easy for everyone.

Semalam saya dengar Datuk Seri Vida cakap.. There's no fast track to success..

Kalau rajin nak usaha.. TWB will lead the way to success. Tapi TWB tak boleh spoonfeed success to you.

Alhamdulillah, melalui servis mobile spa TWB ni, saya berjaya peroleh hampir RM2000 untuk bulan pertama ini.

Dalam keadaan saya yang tak berapa sihat ini, dalam keadaan berulang alik ke hospital, mahkamah, pejabat agama dan lain lain lagi, saya rasa ia pencapaian yang membanggakan untuk saya.

Bukan mudah seorang wanita seperti saya untuk mendapat apa yang saya dapat sekarang ini. RM2000 untuk bulan pertama satu dalam bidang ini sangat menggembirakan saya .Terima kasih ya Allah.

Dalam group mobile spa saya, ramai yang berjaya. Mereka yang sihat dan buat secara fulltime boleh peroleh income RM5k, RM7k, RM10k dan ada yang dapat RM20k melalui mobile spa ini.

Tambahan pula selepas ini team kami buat Pakej Berpantang pula, maka lebih mudahlah untuk saya memberikan servis nanti.

Syukur Alhamdulillah. Saya berada dalam group dan jalan yang betul.

Dalam sakit perit air mata yang macam telaga air zam zam tak pernah kering, Allah beri nikmat lain iaitu "Ketenangan Jiwa" buat saya.

Saya dah mula TWB SPA, saya nak grab peluang dalam pakej TWB penjagaan berpantang dan selepas bersalin tu.

Sebab saya nampak demand dan market di situ. Kalau kita mula lambat, orang lain yang ambil peluang dulu.

Terima kasih semua. Maafkan saya kalau menyinggung dengan bahasa tak seberapa ni.

Terima kasih buat Maria & Firdaus. Terima kasih buat trainer. Terima kasih rakan rakan TWB atas ilmu yang kalian kongsikan.

Saya ni IG pun tak reti. Facebook pun terkial-kial, Nak edit iklan pun tak reti.

Tapi dalam TWB, ada aje orang tunjuk ajar. Ada saja orang yang nak tolong. Kami semua dah macam adik beradik.

Dalam kekalutan dalam kehidupan, mentor saya berpesan kepada kami semua.

(1) Untuk Yang Ada Suami Yang Baik:

- Berusahalah untuk stabilkan family sama. Jangan harapkan suami seorang untuk baiki kewangan.

- Kena gilap skills supaya ada back up if anything happened.

- Buat savings sendiri, reward suami dan anak anak untuk gembirakan mereka (redha mereka penting dalam bisnes).

(2) Untuk yang ada suami tetapi tak bertanggungjawab:

- Focus dan usaha untuk baiki diri demi anak-anak.

- Jangan jadi hamba pada lelaki , stand up!

- Doa setiap hari minta Allah beri hidayah pada suami, tetapi ini bukan jalan untuk you meredhai apa yang suami buat ( Bangkit & fight for your rights - cari 3rd party untuk dapatkan advice)

(3) Untuk Yang Single Women / Moms :

- Jangan sedih bila tak ade suami

- Percayalah, hidup single tetapi berduit adalah lebih bahagia dari hidup bersuami tapi tak berduit dan menyusahkan.

- Cari redha Allah, cari kasih sayang Allah kerana cinta Allah is the ultimate one!

Harap bermanfaat la sharing daripada saya. Doakan saya rezeki kebaboom keajaiban pada hujung minggu ni. Semoga Allah murahkan rezeki saya juga.

Lin,
TWB Beautician”

# Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Lin, boleh hubungi Certified TWB Trainer iaitu Puan Sakinah Mat Said (SMS) 019-9164276 untuk maklumat lanjut.

Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat. Terima Kasih.


PELUANG JANA PENDAPATAN HARIAN DENGAN KURSUS MOBILE SPA TERENDAH DAN TERHEBAT DI PASARAN MALAYSIA. WASAP : 019-9164276 UNTUK TRAINING SEGERA.

FYI, this month (Oktober 2018), ialah bulan terakhir pakej TWB bernilai RM1999. Start November Pakej akan dinaikkan kepada RM2999.

So, jangan lepaskan peluang anda.

Wasap Kinah segera : 019-9164276.

Anda boleh juga baca topik berkaitan TWB di bawah ini :

Apa kata Pengasas TWB tentang Wanita dan Spa
9 Golongan yang layak join TWB
9 Keistimewaan TWB yang ramai wajib tahu
Training Ilmu TWB 
Kisah Ibu Tunggal 2 anak bebas kewangan bersama TWB
Kisah Cikgu Zura Umrahkan emak ayah dan settle PTPTN dengan Income TWB
Full Facial Treatment SMS D'Secret Spa TWB Kuantan

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Kinah,
No. ID : 1168494,
Certified TWB's Trainer
SMS D'Secret Spa.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment