Tuesday 1 January 2019

CABARAN HARI PERTAMA TAHUN 2019 BAGI WORKING AT HOME MOM (WAHM)

Dr, hati ibu ni, bersekolah kat rumah je.
Teman ibu berniaga.
Bismillahirahmanirahim.

Assalamulaikum dan selamat tahun baru buat semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my

Hari ini merupakan hari pertama bagi tahun 2019.

Hari ni juga first day anak-anak kita kembali ke sekolah. Dan mungkin first time mereka bersekolah. Macam-macam cabaran yang emak ayah kena hadapi.

Ada yang anak seronok dan excited, tak sabar nak ke sekolah. Melihat kepada update rakan facebook Kinah ada anaknya menangis tak nak keluar kereta sebab alasan tak de ultraman kat sekolah. Hehehe.


Kinah pun tak kurang juga berhadapan situasi dengan si Azzahra ni.

Walau dia belum bersekolah. Tapi, cabaran Kinah is dia tak boleh tengok ibunya duduk atas kerusi masuk SOHO buat kerja. Huhuhu.

Dia mesti hulur tangan nak join sama. Kalau tak angkat, dia menangis. Sudahnya Ibu tewas. Ambil phone je lah. Nasib baik bisnes online ni di hujung jari je. Fleksible asalkan ada access internet.

Cabaran si Azzahra ni, bila dah duduk kat kerusi bukan boleh statik je. Dia akan naik melangkah memanjat ke meja. Workstation ibu bukannya luas sangat. Risau jatuh je. Pastu kalau dah berjaya ke meja, habis semua barang dia nak sapu main.

Adus ! Ibu pening kepala nak uruskan anak sorang ni.

Sebab ibu baru berazam 2019 untuk lebih berdisiplin. Ibu akan lebih banyak masa menggunakan laptop dari phone. Ibu mesti fokus. Masuk SOHO macam ibu masuk ofis as real. Bukan main-main.

Hurmm.. cabaran is cabaran. Ia takkan mematahkan semangat dan perjuangan ibu.

Mungkin pada orang lain cabaran ni sekecil kuman je.

Yes ! i believe that. "Jika Impian sebesar gunung, halangan hanya sebesar kuman."

Nampaknya, Kinah kena adjust cara lain pulak untuk hari esok.

Now ! Azzahra dah tidur. Malam baru ibu boleh masuk SOHO dengan aman sementara dia sleep. Siang hari dia tidur sekejap sangat.

Siang hari Ibu kena fikirkan alternatif bagi Zahra pun ada kerja nak kena hadap. Kena slow talk dengan dia banyak kali sehingga dia boleh menerima Ibu tengah works.

Lagi pun, siang hari banyak menuntut ibu aktif bergerak. Uruskan rumah, Online Bisnes dan Home Spa ibu.

It's ok. Tinggal lagi 366Hari/367Hari. Hehehe.

Amacam? Ada berani untuk berhenti kerja dan jadi working-at-home-mom?

Even stay di rumah bukan bermakna kita boleh goyang kaki. Kita kena berdisiplin dan tahu apa matlamat kita. Supaya tidak tersasar dari tujuan asal berhenti kerja.

Sebelum Kinah akhiri sharing santai malam ni, Kinah nak mengajak pembaca semua untuk sama-sama jadikan 2019 sebagai tahun perubahan positive yang lebih baik dan bina kejayaan-kejayaan yang lebih bermakna.

Kenali apa Impian-impian anda yang tertangguh sebelum ini. Adakah ia merupakan Big Why anda?

Adakah ia memberi impak yang besar kepada kehidupan anda sekiranya Big Why tersebut belum berjaya direalisasikan.

Let's we build and achieve your dream together.

Sekian, wassalam.
Selamat Tahun Baru 2019.

No comments:

Post a Comment