Showing posts with label Kesan jaundice. Show all posts
Showing posts with label Kesan jaundice. Show all posts

Saturday, 24 February 2018

DIARI AZZAHRA : TRAUMA SELEPAS BERSALIN ANAK SULONG

Assalamualaikum dan selamat malam.

Selamat berhujung minggu.

Ini kisah pagi tadi.

Bila dah ada anak sorang.. mak cik pak cik, anak-beranak bawang tanya.

Bila lagi nak ada adik??

Wow!

Azzahra baru nak masuk 6 bulan, dorang dah request adik pulak.

Dasyat betul lah orang-orang kita nie.

Saturday, 11 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 6)

Baby Jaundice memang akan
kuat tidur dari baby biasa.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok, entry ni sambungan dari post yang lalu (Part 5).

Suasana tengah hari tu terus hingar-bingar dengan suara-suara tak puas hati doktor dan staff kena berpindah wad time macam ni, ditambah dengan suara geseran perabot yang disorong tolak keluar untuk ke tingkat atas.

Biarkan lah.

Politik kerja. Kat mana-mana pun sama. Bila tak puas hati, kita akan berkata-kata sesama teman untuk meluahkan rasa.

Thursday, 9 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, bersua kembali kita sambungan dari kisah pengalaman pertama anak Jaundice di entry yang lalu part 4.

Hari ni, hari ke enam saya menginap di HTAA, hari ke empat bagi Azzahra dan hari kedua bagi kami berdua di wad kanak-kanak Jaundice nie.

Bagaimana keadaan Azzahra untuk pagi nie?

Tuesday, 7 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersambung kembali dari entry sebelum ini tentang Pengalaman Pertama Anak Jaundice (Part 3).

Anda boleh baca kisahnya di sini :


Ok, kisah seterusnya.

Selepas saya selesai makan malam.. mengemas apa yang patut, belum sempat nak berehat.. baby Azzahra menangis semula. Huhuhu..

Sunday, 5 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 3)

Azzahra di bawah lampu fototerapi
Assalamualaikum wbt..

Hai, bersambung semula kisah anak saya Jaundice dari entry sebelum ini.

Anda boleh baca di sini :


AFTER DISCHARGED DI WAD BERSALIN

Lewat petang itu, selepas sahaja saya discharged dari wad bersalin.. saya, suami dan Azzahra dibawa oleh nurse bertugas ke Wad bayi Jaundice (Saya tak ingat apa nama khas wad ni).

Kami mendaftar diri.

Selesai mendaftar kat kaunter, saya di bawa ke katil di dalam sebuah bilik yang menempatkan enam buah katil bersama lampu fototerapinya.