Sunday 5 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 3)

Azzahra di bawah lampu fototerapi
Assalamualaikum wbt..

Hai, bersambung semula kisah anak saya Jaundice dari entry sebelum ini.

Anda boleh baca di sini :


AFTER DISCHARGED DI WAD BERSALIN

Lewat petang itu, selepas sahaja saya discharged dari wad bersalin.. saya, suami dan Azzahra dibawa oleh nurse bertugas ke Wad bayi Jaundice (Saya tak ingat apa nama khas wad ni).

Kami mendaftar diri.

Selesai mendaftar kat kaunter, saya di bawa ke katil di dalam sebuah bilik yang menempatkan enam buah katil bersama lampu fototerapinya. 

Empat katil sudah berpenghuni.

Lagi dua katil kosong dengan ketinggian agak berbeza sedikit. 

So, saya boleh pilih nak yang mana satu.

Memandangkan diri ni, tak berapa nak tinggi.. saya pun pilih yang dekat dengan pintu masuk walau agak kurang selesa.

Katil tu betul-betul depan pintu.

Pada asalnya, nurse berikan katil yang tersorok tapi tinggi sampai terpaksa berjengket. Huhuhu.

Tapi. saya request nak katil lain yang lebih rendah sesuai dengan ketinggian dan luka masih belum pulih sepenuhnya.

Itu kisahnya, dapat katil depan pintu.

Papepun bersyukur lah ada katil.

Kena sedar diri yang sekarang saya berada di hospital kerajaan bukannya private nak demand lebih-lebih.

Bila dah settle urusan penginapan, saya ditinggalkan lagi oleh suami berdua dengan baby Jaundice.

Sedih, tertekan semua bercampur menjadi satu.

Rasa unfair. Rasa kenapa kejamnya hospital ni tak benarkan suami jaga sekali.

Saya dah penat, dah tak larat nak uruskan baby sorang diri.

Untuk merawat hati yang luka dan sedih, saya berbual-bual tanya khabar penghuni katil yang lain.

Ada ibu yang anaknya Jaundice sehingga 300 lebih reading. Allahuakhbar !

Menangis saya dalam hati.

Bersyukur sebab Azzahra baru 227 Disaat saya rasa saya yang paling teruk, rupanya ada ibu yang lebih berat ujiannya.

Ada ibu yang dah hampir sebulan berkampung dengan babynya sebab reading semakin tinggi.

Ada juga ibu yang diuji sekejap sahaja.. kemudian 2,3 hari ada semula Jaundice. Allahuakhbar !!

Bertambah bersyukur dengan ujian yang Allah berikan pada diri ini.

Ada juga ibu muda yang baru usia 19 tahun di katil sebelah saya.

Saya lihat dia tenang, relax je menjaga anak Jaundice.

Termalu saya sendiri sebagai seorang kakak yang usia sudah menghampiri 30-an.

Kenapa lemahnya saya? Tabahnya ibu muda tadi.

Ada juga ibu yang mempunyai masalah susu tak cukup sehingga terpaksa mengepam untuk menggalakkan penghasilan susu badan.

Sebab dengan susu badan, Jaundice akan mudah hilang.

Alhamdulillah,
Alhamdulillah..

Susu saya sangat banyak untuk Zahra.

Cuma emosi saya kurang stabil.

Saya stress nak balik. 

Saya stress sebab tak sanggup nak 'panggang' anak yang kita duk kandung 9 bulan bawah cahaya lampu.

Kecian dan hati menangis bila tengok dia tak selesa.

Dah lah panas, berbogel tanpa baju. Harapkan lampin je.

Bila saya letak bawah lampu je, dia menangis sekuat-kuatnya sehingga mengganggu baby lain.

Saya bertambah stress, sebab tangisan Azzahra mengejutkan baby lain yang tidur bawah lampu.

Kecian kepada ibu-ibu baby tersebut yang baru je nak lelap terpaksa bangkit semula untuk tenangkan semula baby mereka gara-gara Azzahra. Huhuhu.

Terasa sangat serba-salah dengan mereka.

Saya cuba berulang kali untuk letak Azzahra di bawah lampu fototerapi tapi gagal sehingga menarik perhatian nurse yang bertugas di luar bilik kami.

Kakak nurse yang baik hati ambil baby Azzahra dan cuba tenangkan dia.

Dan saya disuruh untuk dinner dan berehat.

Sebab saya belum dinner dari tadi lagi (nurse nampak bekal saya belum terusik).

Alhamdulillah, rasa bersyukur untuk ke sekian kali nya bila ada hamba Allah yang membantu di saat saya betul-betul lemah dengan ujian ini..

Tiba-tiba perut terasa lapar bila disuruh makan. Hehehe.

Alhamdulillah..

Yang ajaib nya, Azzahra tak menangis pun diuruskan oleh kakak nurse tadi. Saya perhatikan cam mana dia buat, tenangkan Azzahra sehingga Azzahra terletak elok di bawah lampu.

Kiranya, sempat lah saya makan dan kemaskan barang sekejap.

Tapi.. 'drama ini' hanya sementara..

Tak lama kemudian.. emosi saya terganggu.

Saya tak sanggup tengok keadaan Azzahra yang seperti menggamit-gamit meminta saya mengangkat dia dari bawah cahaya lampu yang panas.

Mungkin kerana naluri seorang ibu, membuatkan diri ini menjadi lemah melihat keadaannya sebegitu.

Hurm.. apa yang berlaku?

Nak tahu?

Kita bersambung semula di next entry ye.

Anak Jaundice Kali Pertama Part 1

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Diari Azzahra.

Jom! order Set Vitamin Ibu Bersalin, Berpantang, dan Menyusu lengkap untuk keperluan nutrisi ibu semasa berpantang dan mengelak dari meroyan akibat tekanan yang tidak terkawal dengan segera.

WhatsApp saya (Sakinah : 019-9164276) untuk khidmat nasihat percuma secara berterusan.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment