Wednesday 1 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE

Hari kedua, doktor pelatih cakap
muka baby Azzahra nampak macam nak kuning.
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, baby Azzahra dah bebas dari Jaundice. Atau lebih dikenali dengan nama kampung demam kuning di kalangan orang-orang lama.

Sebelum baby Azzahra lahir lagi, saya dah prepare sedikit sebanyak info mengenai Jaundice nie. Since, dapat tahu saya darah jenis O+ dan en. suami pun O.

Ramai ibu-ibu kata kalau kita darah O. Anak yang akan lahir memang tak dapat ngelak dari Jaundice. Chance nak kena tu memang tinggi. Huhuhu.

Mana lah kita tak risau kan. So, kita cari lah apa-apa tips yang boleh dipraktikkan.

Dengan harapan kalau kena pun, dah ready jiwa raga. Kalau tak kena, syukur Alhamdulillah.

Hurmm.. untuk anak first ni, memang ujian kami sebagai ibu ayah muda.

Hari kedua Azzahra lahir dah nampak tanda-tanda kuning kat muka.

Pagi tu, doktor pelatih yang mai check. Dia cakap, "Saya nampak anak puan macam nak kuning nie. Nanti, kita tunggu ketua saya mari tengok. Apa kata dia."

Saya mula susah hati.

Sebab dari apa yang saya dengar pengalaman ibu-ibu yang anak Jaundice ni kena tahan wad. Baby duduk bawah cahaya lampu biru. Mata kena tutup.

Bayangkan kalau kita duduk dekat dengan lampu, apa rasa?

Panas kan. Semestinya, tak selesa.

Apatah lagi baby kita yang masih kecil. Kecian taw.

Bila check.. result memang positive Jaundice, 220.7 (bacaannya).

Tengah hari tue, bila berpindah katil.. (Masih di wad yang sama). Azzahra dibekalkan dengan lampu biru. Saya dinasihatkan letak baby Azzahra bawah lampu tue kalau nak anak sihat dan keluar wad dengan baby.

Masa ni, masih berbaju lagi. Bila dah diberi lampu biru,
Terpaksa lah bogelkan dia dengan diaper je. 

Apa saya rasa?

Dah lah sakit kena bedah terasa-rasa. Dengan tak cukup tidur dan rehatnya. En.suami tak boleh teman. Dibenarkan datang hanya waktu melawat sahaja.

Tekanan, sesangat nak handle perasaan. Tekanan bila nak letak baby dalam kot (tempat baby tidur), tutup mata Azzahra, pastu bukak lampu biru.

Saya amat stress. Lupa dah semua sakit. Apa yang saya taw nak discharged cecepat. Tak tahan. Tak sanggup dan tak larat dah.

Baby Azzahra tak nak duduk bawah lampu, dia menangis. Lagi lah saya rasa disiat-siat hati nie tengok baby yang kita kandung 9 bulan meronta-ronta menangis.

Saya menangis je tanpa henti. Angkat baby, peluk dia. Cium dia.

Bisik kat dia, cakap "Azzahra kena kuat. Azzahra kena sihat. Esok kita nak keluar wad, sayang."

Saya sedih. Masa tu lah perlukan suami di sisi untuk bantu. Tapi, dia tak ada.

Ni, ujian yang perlu saya hadapi.

Masa melawat je saya rasa tenang sikit. Dapat berehat walau dalam keadaan tak selesa. Wad yang sangat crowded.

Katil yang rapat antara pesakit-pesakit lain. Setiap masa ada je, ibu baru melahirkan check in. Yang discharged nya, kurang sebab macam-macam masalah.

Boleh dikatakan pesakit sekeliling saya tu, operate caesar. Jadi ambil masa 3 hari baru boleh keluar wad (kalau ibu tak de masalah).

Emak, suami dan adik-adik datang sekejap masa melawat. Harapkan dorang lah tengokkan baby.

Saya tak putus berdoa dan menyusu baby Azzahra. Gigih berusaha dengan harapan boleh keluar esok.

Kata doktor, kalau nak baby cepat keluar.. "continue breastfeeding your baby". Susu ibu ni bagus for baby yang ada Jaundice.

Susu ibu bantu percepatkan baby kencing, berak. Bila baby kerap berak. Itu tanda-tanda kuning nak berkurang.

So, kena bersabar.

Bila warna najis baby semakin berubah dari gelap ke cerah, saya rasa syukur sangat. Dia pun sangat kerap tukar lampin.

Penat memang penat.

Bangun menyusu, pastu dia menangis masa duduk bawah lampu. Kena tenangkan dia.

Dia nangis tak selesa lampin dah penuh. Nak kena tukar.

Part letak bawah lampu yang amat-amat mencabar.

Tu semua kita yang kena uruskan. Tak de suami atau pembantu. Al-maklum lah hospital government. Tak dibenarkan bawak waris untuk menjaga ibu bersalin.

Alhamdulillah.. perjalanan Jaundice bersama baby Azzahra dipermudahkan walau saya sangat tertekan.

Ada insan yang baik hati bantu tenangkan Azzahra di saat dia menangis tak mahu duduk bawah lampu. Saya menangis je masa tue.

Ada ibu pesakit kat katil depan saya bantu. Dia solawat, zikir, dodoi. Then, letak baby dalam kot bawah lampu.

Di sebelah malam pulak lagi mencabar. Semua orang dah tidur. Tinggal kita dengan nurse yang bertugas je.

Saya whatsApp pada en.suami, tak de sesape bantu. Saya sedih. Baby asyik menangis je.

Nurse pulak tak bagi tidur dengan baby (memang bahaya tidur dengan baby, risiko baby jatuh katil).

Nurse garang-garang lak tue. Huhuhu..

Tiba-tiba Allah hantar somebody untuk bantu. Sister (ketua nurse) tak tahu datang dari mana.

Yang pasti dia bukan berada di wad tersebut.

Dia ambil Azzahra, tenangkan. Dan letak dalam kot. Bukak lampu biru. Dia suruh saya tidur je.

"Tak pe.. Ibu tidur, je. Rehat. Jangan risau."

Biar dia yang uruskan baby Azzahra.

Saya sangat penat.

So, bagaikan disorong bantal. Saya pun lelap. Agak lama jugak. Boleh lah hilang penat. Recover sakit-sakit urat, sakit belakang.

Saya terjaga bila dengar Azzahra menangis.

Sehingga lah pagi. Menanti, doktor ambil darah Azzahra untuk result Jaundice.


Baby Azzahra baru lepas mandi. tunggu nak ambil darah untuk Jaundice.
Hurmm.. agak-agak apa resultnya ye?

Baby Azzahra boleh discharged ke hari nie?

Tak sabar dah nak balik. Nak berpantang kat rumah.

Nanti, saya sambung di next entry. Panjang pulak entry kali nie.

Stay tuned.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Diari Azzahra.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment