Hai, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan seorang peniaga Milo Ais Kepal RM1 kepada Lady Boss yang berpendapatan 5 angka sebulan.
Siapa sangka letih, perih, penat lelah berniaga ais kepal mampu membuatkan wanita berjiwa besar ini berjaya bersama Spa The Walking Beauty kami di kala beliau diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Beliau pun wanita biasa seperti kita semua, tidak terlepas dari ujian yang maha hebat.
Empat bulan yang lepas (19 Julai 2019), kami telah menjemput beliau untuk berkongsi kisahnya dalam Preview The Walking Beauty (TWB) as Impact Speaker. Hari ni baru berkesempatan menulis kisah beliau.


















