Showing posts with label kasih ibu & ayah. Show all posts
Showing posts with label kasih ibu & ayah. Show all posts

Saturday, 29 October 2022

YA ALLAH.. KUATKAN AKU UNTUK URUSKAN JENAZAH EMAK

Kenangan Emak semasa En. suami
dan rombongan datang merisik tahun 2015
Dah lama cerita ini tersimpan rapi dalam draft blogku. Hari ni, dah 8 bulan lebih Emak tinggalkan kami semua.

Jadi hari ni, saya baca semula apa yang dah ditulis beberapa bulan lalu sebelum di publish.

Bismillahirahmanirahim.. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang, aku memulakan perkongsian kali ini dengan menggunakan kata ganti nama diri (Aku) kerna cerita nya banyak berkisar tentang diriku.

"Jom! kita sama-sama masuk ke dunia lampau aku untuk mengimbau kembali apa yang terjadi pada tanggal 14 Feb 2022.

Sunday, 11 September 2016

SELAMAT HARI LAHIR KE-54 EMAK!!

Susahnya lah nak dapat muka pandang camera bila ambi foto ramai-ramai nie.

Assalamualaikum WBT..

Saya mendoakan semoga semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada di bawah lindungan dan payung rahmat Allah SWT dunia akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Hari ni, hari lahir emak yang ke-54.

Sunday, 31 July 2016

CORETAN MALAM INI UNTUK ANAK YANG SEDANG DIUJI

Assalamualaikum wbt..

Tika ini, aku yakin dan sangat yakin ada anak-anak yang sedang berjuang menjaga salah sorang daripada ibu/bapa nya yang dalam kritikal menanggung derita sakit melawan rasa.

Seketika terdengar hembus nafas putus-putus, menahan sesak dalam kegelapan malam.

Panjang.. pendek, sekejap terhenti hela nafas mengisi malam yang sunyi.

Di hati kecil seorang anak terdetik rasa, adakah saatnya sudah tiba? tak mungkin.. Aku masih belum bersedia.

Monday, 18 July 2016

TIPS 6 : MENJAGA PEMAKANAN EMAK AYAH LUKA KENCING MANIS

Di saat salah seorang dari keramat dunia kita terlantar sakit, tiada apa yang boleh menyenangkan hati melainkan usaha dan terus usaha untuk menjaga dan merawat mereka sehingga kembali pulih seperti masa-masa sihatnya.

Perit dan susahnya hati, hanya si anak yang memahami. Hanya mereka yang berada dekat dengan emak/ayah tahu sukarnya memberikan layanan terbaik. Sukarnya menjaga hati tua insan yang amat disayangi dan dicintai dunia akhirat.

Tak beri makan, nanti kecik hati. Tak nak makan pun susah hati.

Friday, 3 June 2016

KASIH IBU & AYAH SEHINGGA KE SYURGA

Assalamualaikum wbt..

Dulu masa kecik sampai ke besar, saya dijaga oleh emak dan ayah.

Saya nak kemana-mana bebas tanpa halangan walaupun dorang bising sebab saya selalu pi berjalan, maghrib baru nampak batang hidung. Hehehe..

Ini kisah masa kanak-kanak. Hidup dalam ladang kelapa sawit, sungai, air terjun, paya, belukar itu mainan saya.

Thursday, 13 November 2014

IBU DIMAKAN ULAR SAWA DALAM PAYA

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat SMS?

SMS doakan sahabat semua sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.

Manakala, SMS pulak.. Semoga hari ini lebih, baik dari semalam. Selagi belum tiba ke garisan penamat. Akanku usahakan perjuangan ini demi mereka yang tercinta..

Demi ibuku.. Demi keluargaku.. Tiada apa yang lebih manis dalam hidup ini selain melihat senyuman bahagia seorang ibu yang penuh dengan duka semalam.