Monday, 18 July 2016

TIPS 6 : MENJAGA PEMAKANAN EMAK AYAH LUKA KENCING MANIS

Di saat salah seorang dari keramat dunia kita terlantar sakit, tiada apa yang boleh menyenangkan hati melainkan usaha dan terus usaha untuk menjaga dan merawat mereka sehingga kembali pulih seperti masa-masa sihatnya.

Perit dan susahnya hati, hanya si anak yang memahami. Hanya mereka yang berada dekat dengan emak/ayah tahu sukarnya memberikan layanan terbaik. Sukarnya menjaga hati tua insan yang amat disayangi dan dicintai dunia akhirat.

Tak beri makan, nanti kecik hati. Tak nak makan pun susah hati.

Sebagai anak, kita perlu memahami emosi dan jiwa mereka di saat ini.

Mereka sedang sakit, jaga hati mereka.

Bacaan glucose perlu diambil cakna jugak. Sila monitor ye, wahai anak.

Dari situ kita tahu makanan apa yang sesuai dan tak sesuai dimakan. Bila tinggi ia akan memberi kesan kepada penyembuhan luka. Luka susah nak sembuh. Sebab insulin tak mampu nak kawal glucose (gula) yang berlebihan dalam darah.

Ia ibarat seperti asid. Akan menjadi makin parah bila gula berlebihan.

Sebab tu, ada setengah pesakit akan selalu cucuk insulin.

Luka kena sentiasa bersih dan kering untuk elak jangkitan.

Kenal pasti kandungan kalori dalam tiap makanan yang bakal diberi makan.

Contoh : nasik boleh makan, tapi pilih beras yang mempunyai Glisemik Index (GI) paling rendah. Begitu juga, makanan lain. Sila refer kandugan gula dalam setiap makanan.

Teruknya.. rasa tak sampai hati. Mungkin ada yang tak sanggup sorok kek, kuih dan muih kan. Sebab itu feveret dorang.

Sabar..

Memang terpaksa buat cam nie, demi mereka. Berikan makanan yang berkhasiat. No more kuih-muih, kek, minuman 3 in 1 yang dikatakan penawar mustajab. Semua 3 in 1, tinggi gula taw.

Makanan sunnah ke tak sunnah ke, kena kawal portion yang diambil. Seperti kurma memang bagus. Tapi, bersederhana (bergantung kepada keadaan pesakit).

Dalam masa yang sama, boleh berikan Zinc Complex, SR. Vita C, B Complex dan Vivix bagi merawat luka secara optimum.

Last.. Always berdoa kepadaNya. Mohon kesembuhan buat mereka. Sesungguhnya, setiap penyakit ada penawar dan setiasa penyakit Allah jua yang menyembuhkan.

InsyaAllah.

Sekian, sharing dari pengalaman menjaga emak dan ayah kencing manis.

Semoga ia bermanfaat.

Hubungi Sakinah : 019-916 4276 untuk khidmat nasihat kesihatan emak dan ayah anda sekarang!

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.



"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment