Assalamualaikum wbt..
USAH MENJADI TETAMU YANG TAMAK!!
Peringatan kepada yang ingin bertandang ke rumah terbuka atau kenduri kahwin di hujung minggu.
Makan sila berpada-pada. Usah ikut nafsu dan godaan syaitan.
Perkara yang sering berlaku di depan mata.
Mungkin, dia malas nak bangun dah, atau mungkin, dia ambil untuk makan ramai-ramai, atau mungkin dia risau makanan tu habis nanti.
Dan ending nya membazir, terbiar. Makanan tu, tak bersentuh banyak pun. Ditinggalkan cam tue je.
Mana mungkin orang lain nak sambung makan makanan yang dah terusik.
Kecian lah tuan rumah. Bayangkan bajet tuan rumah tak banyak, kita pulak membazir. Tak ke anaiya mereka yang menjemput tetamu datang untuk meraikan.
Membazir kan amalan syaitan.
Nak makan boleh.. ambil sikit-sikit. Dah habis nanti, boleh tambah kalau rasa tak cukup.
Papepun, makan bersederhana. Ingat tetamu yang lain.
Ok.
Gambar sekadar hiasan. Baru balik kenduri, perut memulas makan gulai daging. Perutku memang sensitive dengan gulai (kalau tak kena cara masak). Huhuhu.. Bukan salah gulai.
Papepun, saya doakan mereka yang mendirikan rumahtangga, mahligai bahagia hari ni dipermudahkan urusan majlis dan segalanya berjalan lancar.
Semoga mahligai terbina kekal bahagia till jannah.
Sekian, wassalam.
Selamat Pengantin Baru.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment