Assalamualaikum wbt dan salam kasih sayang,
Semoga kita semua tenang dan bahagia dunia/akhirat. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..
KEHILANGAN DAN KEMATIAN
Hujan di luar sana masih renyai-renyai membasahi bumi. Terasa sejuk hingga ke tulang sum-sum.
Hujung tahun di kampung, memang sejuknya luar biasa berbanding di bandar. Kalau di bandar, jarang yang amat nak merasa sesejuk ini seawal pagi.
Mungkin jugak kerana tuntutan kerja. Tak sempat nak bermalas-malasan melayan sejuk beku air paip. Huhuhu..
Aku bertanya kepada emak, "Emak, jadi ke nak ke kubur pagi nie?" sambil mata aku melilau ke luar tingkap.
"InsyaAllah, jadi.." Jawap emak ringkas.
Memandangkan sekarang bulan Ramadhan..so, tiada alasan untuk aku ke dapur. Aku berteleku mengaji di tikar sejadah sementara menanti hujan berhenti.
Baru semalam, ayah meninggalkan kami.
Begitu cepat masa berlalu. Tak pernah terlewat walaupun sesaat. Begitulah aturan dan caturan Illahi.
Semalam,
Aku terduduk sendiri. Aku terkedu.. hatiku menangis, meronta dalam ratapan.
Pagi ini, ku gagahkan jua diri melihat ke depan. Menoleh sejenak ke belakang sebagai peringatan yang aku masih berpijak di bumi yang nyata.
Bagaimanakah kesudahan aku nanti? Dimanakah liangku nanti? Bilakah masa itu?
Allahuakhbar..
Aku merasakan, sudah tidak lama. Semakin bertambah usia, semakin sedikit peluangku menambah amal.
Dan kematian semalam..
Menyedarkan aku satu perkara. Kita takkan tahu dimana nafas terakhir kita akan melabuhkan tirai sebuah kehidupan. Kita takkan tahu, baikkah, burukkah.. pemergian kita? Kita tak dapat memilih dimanakah rumah bertiang dua kita akan dibina?
Kematian ayah cukup menyedarkan diri ini. Ayah dilahirkan di tempat lain. Tapi, jasadnya dikebumikan di kampung emak. Bukan sebelah arwah abang mahupun adikku.
Nun, jauh di sana berdekatan saudara-mara kami yang telah lama pergi. Bukan bersebelahan dengan anak-anak ayah.
Ayah pergi dikala aku tiada di sisinya. Ayah pergi kerana penyakitnya.
Semua yang kita sayang takkan kekal lama. Semua yang kita sayang adalah hak milikNya. Ia semua hanyalah pinjaman dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sehingga aku rasa takut menyayagi insan-insan lain yang tiada pertalian darah. Aku takut kehilangan.
Kerana perasaan itu, amat menyakitkan bila kita tidak belajar untuk meredhai.
Walau hakikatnya, siapa kita untuk mempertikaikan kasih sayang Allah. Allah begitu kasih kepada hamba-hambaNya. Kita seharusnya bersyukur, dihadirkan kasih-sayang untuk mencintai dan menyayangi sesama insan.
Allahuakhbar..
Kerdilnya diri ini.. sebab, menangis dan meratapi setiap kehilangan. Padahal ianya, bukan milik kita. Bukan milikmu, wahai sahabat. Ia milik Allah SWT.
Semoga aku belajar dan terus belajar menerima setiap takdir dengan sepenuh hati.
Bagaimana??
Caranya dengan belajar bersyukur. Bersyukur dengan setiap rahmat dan kasih-sayangNya.
InsyaAllah.
Aku hanya ingin mencari sebuah kehidupan yang bahagia, tenang dan mendamaikan.
Hati Senang, Jiwa Tenang seperti Namumu Sakinah (Ketenangan).
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment