SMS doakan
sahabat semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala
urusan dunia/akhirat.
Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..
5 MINIT KISAH LUCU : HIV TEST
Beberapa hari lepas, saya ke Poliklinik Cawangan Beserah untuk HIV Test.
HIV Test kat sini hanya akan bermula jam 2.00 petang hingga jam 4.00 petang setiap hari bekerja.
Pihak poliklinik dah tetapkan masa khas. Ia bergantung kepada tempat jugak. Sebab, ada kawan saya boleh je pergi pagi. Dan ada setengah tempat lagi, pada bila-bila masa.
Alhamdulillah, time saya sampai kat sana kena isi satu borang pengesahan HIV Test. Sebelum tue, jangan lupa bawak borang dari permohonan Perkahwinan yang lampiran belakang sekali.
Saya bawak je semua. Risau dorang nak tengok. Hakikatnya, dorang tak tengok pun. Hahaha..
Saya diberi no. 5005.
Dah isi borang? Kena ke kaunter bayaran dulu. Bayar RM1 sahaja.
Yang lucunya, boleh pulak saya tak bawak duit dalam purse. So, tak de note kertas. Terpaksa korek-korek syiling sesat.
Fuh! lega.. ada jugak syiling time terdesak cam nie.
Kalau tidak.. kena menapak ke parking kereta semata-mata RM1. Huhuhu..
Ok, selesai buat bayaran saya ke ruangan menunggu dan bilik khas iaitu bilik No.05.
Syukur kepadaNya, saya tak perlu menunggu lama. Kerusi belum sempat berasap.. no. 5005 dah dipanggil.
Hati saya mula berdebar-debar nie.
Risau dan takut macam-macam ada.
Cam manalah ujian tue. Tak pernah seumur hayat, buat HIV Test. Mahu tak cuak..
KISAH LUCU AKU DIDALAM BILIK UJIAN
Saya masuk ke dalam bilik..
Ada nurse sedang menunggu.
Nurse mintak saya duduk dan dia ada tanya satu soalan.
"Bila nak nikah?"
Aku ni, yang tengah cuak.. jadi kaget sekejap.
"Haa...??"
"Oooo..." berterabur habis jawapan aku. Saya gitaw lah kat nurse. Tapi, cam pelik pulak. Apasal tanya bila nak nikah. Saya blur-blur dan terbayangkan kesakitan nak kena cucuk.
Hahaha..
Nurse mengeluarkan kits untuk test.
Mulut saya dah terkumat-kamit jampi serapah segala bagai. 3 Kul, ayat Qursi dan macam-macam lah sambil pejam mata.
Nurse tue gitaw..
Result ni, sah sehingga 6 bulan sahaja.
On the dot.. saya menjerit, "Aduhhh....!!!!".
Dan on the spot, nurse tue melatah dan keluarlah segala perkataan yang tak sepatutnya di dengar..
Malu, kitorang.. hehehe..
Beberapa minit kemudian, result berada di tangan saya sebagaimana dalam gambar di atas. (Refer Gambar).
Alhamdulillah, keputusan negative. Cuma report tak dapat baca lah. Bersampul dan perlu diserahkan kepada Pihak Pejabat Agama untuk next procedure.
Selesai satu urusan saya hari ini, untuk HIV TEST.
Lagi satu, ujian ni sah diambil di hospital/klinik kerajaan sahaja.
Ok.
Selamat menempuh alam rumahtangga kepada bakal pengantin di luar sana.
Rancanglah majlis pernikahan dan walimatul Urus sebaik-baiknya.
Doa saya untuk anda semoga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia hidup dunia/ akhirat.
InsyaAllah.
Sekian, Wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Terutama mereka yang masih bujang dan tak pernah berkahwin supaya mereka lebih bersedia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Terutama mereka yang masih bujang dan tak pernah berkahwin supaya mereka lebih bersedia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
No comments:
Post a Comment