Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..
SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.bogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.
Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.
Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya yang terlalu besar dan tidak terhitung nilainya, kita masih berpeluang untuk bernafas di muka bumiNya yang fana ini.
Alhamdulillah, SMS sudah berusia 27 tahun. Terasa diri semakin lama semakin tua. Rumah kata pergi, kubur kata mari.
Mungkin, pada setengah orang. 27 tahun masih muda.
Tapi, tak guna hidup lama jika hidup semakih jauh dari sang pencipta kita.
Hati rasa tak tenang, jiwa tidak bahagia. Serabut, berkecamuk.. semua ada.
Pernah rasa apa yang SMS katakan tadi?
Mesti ada kan..
Huhuhu.
15 TAHUN SOLAT!! TAPI TIDAK PERNAH KUSYUK
Saya letakkan diri, di usia 12 tahun iaitu darjah 6.
Seingat saya, bermula darjah 6 barulah saya belajar untuk solat cukup 5 waktu sehari semalam. Itu pun, maybe ada jugak masa culas.
Ingat-ingat lupa.
Tahun-tahun sebelum tue, memang solat. Tapi, solat sebab emak ayah suruh. Tunduk bangun-tunduk bangun.. tak sampai 5 minit, dah siap. Bacaan tu, kalau boleh senafas je.
Hehehe..
Budak-budak, kan. Kerjakan solat sebab takut.
Tak pernah nak serius sebab rasa cam ia satu fitrah. Sebagai orang islam, solat itu perlu. Solat itu wajib.
Ia memang wajib.
Tapi, sejak saya belajar dan mula mengenali ilmu-ilmu agama.. saya jadi takut dan rasa serba tak kena, jika tinggalkan salah satu waktu solat. Rasa hidup kurang tenteram.
Tak kisah lah di awal atau hujung waktu. Yang penting solat.
Kusyuk??
Semakin lama, bila usia semakin bertambah.. rasa cam jiwa missing sesuatu.
Agaknya, banyak buat dosa dan terleka dengan duniawi sebab tu missing.
Sehinggalah, tahun 2014. Iaitu tahun lepas.
Ujian demi ujian yang Allah sampaikan kepada saya.
Satu demi satu, teguran dariNya kepada diri yang lemah dan terleka ini.
Saya mula belajar memahami maksud di sebalik bait-bait ucapan dalam solat. Saya tertanya-tanya. "Selama ini aku solat, hampir 15 tahun. Tapi, aku tak pernah faham apa yang aku ucapkan.. "
Allahuakhbar..
Indahnya, solat itu jika kita menghayati apa yang kita ucap.
Rupa-rupanya, setiap hari kita bercakap dan berkomunikasi dengan Allah. Kita akan rasa lebih dekat kepadaNya jika faham apa yang kita selalu ulang sebanyak 17 rakaat setiap hari.
Ini yang wajib.. bayangkan, kita tambah pulak yang sunat.
"Allahuakhbar..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji bagi Allah,
Tuhan semester alam,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Yang menguasai hari pembalasan,
Hanya kepada KAU yang kami sembah dan hanya kepada KAU kami mohon pertolongan,
Tunjukkan lah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang KAU kurniakan nikmat kepada mereka,
Bukan jalan mereka yang KAU murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat"
Jom! tonton video di bawah ini. Fahami maksud dalam solat kita.
Dah tonton?
Alhamdulillah..
Ok, selamat menghayati dan beramal.
Video ni, dah 2 kali saya tonton di waktu yang berbeza. Masuk kali ketiga selepas diuji, barulah hidayat itu sampai kepada saya untuk memahami dan beramal.
So, marilah sama-sama kita ingat-memperingati. Sesungguhnya kita manusia ini, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan terleka.
Selalulah kita audit diri selalu.
InsyaAllah.
SMS doakan semoga kita semua diberikan kelapangan dan kemudahan oleh Allah SWT untuk mendekatkan diri kita kepadaNya dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE supaya lebih ramai yang peroleh manfaat dan bahagia dunia/akhirat.
*Sila SHARE supaya lebih ramai yang peroleh manfaat dan bahagia dunia/akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment