Assalamualaikum dan salam bahagia semua..
Saya doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, ceria dan bahagia selalu.
Kita semua dipermudahkan segala urusan dan ibadat keranaNya.
InsyaAllah..
Beberapa hari yang lepas, saya sekeluarga telah pulang ke kampung untuk mengziarah saudara-mara dan yang penting atuk yang semakin uzur dimamah usia.
So, hari ni saya nak kongsikan sedikit coretan sepanjang perjalanan pulang dan kembalinya SMS ke Kuantan.
Kampung SMS tak jauh pun. Tapi, sebab bergerak dengan anak-anak kecik dan macam-macam halangan yang ditempuhi.. lewat Maghrib baru kami sampai. Geraknya, sekitar jam 11.00 pagi.
Plan asal nak bertolak jam 10.
Ktang! ktung! ktang! ktung! kat dapur siapkan bekalan, itu yang jadi lambatnya. Hahaha..
TERKANDAS DI KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG
Bila semua dah ready, kami pun bergerak ke station minyak dulu bagi tangki penuh. Baru seronok nak jalan jauh, kan..
Untuk makluman sahabat semua,
Jarak rumah saya ke Kawasan Perindustrian Gebeng ambil masa lebih kurang 30minit.
Setibanya, kitorang di Bukit Penggorak, Kawasan Perindustrian Gebeng.. dari jauh SMS tengok berderet lori-lori bauksit sedang beratur cam semut.
Hurmmm..
Nampaknya, terkandas lah kami sekeluarga kat sini lebih kurang sejam.
Fuh!! normal 5 minit je taw. Gara-gara bauksit, hampir sejam kitorang duk menyemut dalam debu-debu merah bauksit.
Ngeri rasa sebab kete kitorng berada antara lori-lori yang besar. Pastu, kena hati-hati. Sebab, tiba-tiba ada lopak lubang yang besar dan dalam.
Jalan raya memang totally damaged.
So, sesape yang nak ke Kuantan.. Better guna jalan alternative iaitu highway. Tapi, pastikan anda taw lah nak exit kemana. SMS tak expert.. itu yang redah jugak jalan berdebu merah nie. Huhuhu..
Ok, kat bawah nie ada sedikit gambar buat tatapan sahabat akan keadaan di tempat kejadian.
Kecian, pak cik moto nie. Terpaksa mengharung debu-debu berterbangan.. |
Asal saya nak follow proton saga nie. Cancel sebab lopak kat depan dan jalan sempit. Tak berani cari penyakit. Saya bukan expert nak mencelah-celah dengan lori besar nie. Huhuhu.. |
Lopak air bertakung. |
Lori di belakang kitorang. |
Depan belakang, kiri semua lori. Nasib baik, tak de belah kanan. |
Debu-debu merah berterbangan ke semua arah termasuk saki-baki perpohonan di sekitar kawasan. |
Inilah sedikit bingkisan SMS mengenai masalah debu-debu Bauksit di Kuantan, Pahang yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya.
Hati-hati, ye sahabat.
Sehingga kita bersua kembali di episod seterusnya.
SMS doakan semoga sahabat pengunjung dan blogger semua sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta.
InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE supaya lebih ramai yang peroleh manfaat dan selamat dari musibah yang tidak diingini.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment