Gambar diambil di siang hari. Malam memang tak nampak pape dan tak sempat nak pegang phone. Dangerous..!! |
Assalamualaikum wbt..
SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.
Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
DANGER!! HATI-HATI KESAN BAUKSIT
Beberapa bulan lalu saya mendapat berita mendukacitakan apabila seorang penunggang motorsikal maut semasa menggunakan jalan di kawasan perindustrian Gebeng
Arwah merupakan adik kepada kakak yang berniaga kecil-kecilan di kawasan taman perumahan saya.
Menurut rakan niaga si kakak ni, arwah bertembung dengan sebuah lori yang rosak di tepi jalan.
Saya terkejut jugak bila dapat perkhabaran nie.
Setahu saya, jalan di kawasan perindustrian Gebeng ni memang agak tenat. Tenat dari segi jalan yang teruk, banyak rosak, berlubang dan berlopak air dan tiada lampu jalan di sesetengah laluan. Tambahan makin teruk dengan kesan lori bauksit yang berdebu merah.
Saya jarang melalui jalan ini jika tidak ke Terengganu atau ke tempat kerja abang saya.
Pernah lah jugak saya berselisih dengan lori mati di tengah jalan tanpa apa-apa tanda amaran. Keadaan ini agak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Baru-baru ni, saya pulang ke Terengganu dan ingin saya kongsikan kepada pembaca semua bagaimanakah keadaan sebenar laluan yang kecoh dikatakan bauksit haram. Bauksit itu, bauksit ini. Haram ke halal, itu saya tak tahu. Yang saya tahu, keadaanya memang boleh mengundang maut dan bahaya.
Malam itu,
Saya masih berada di atas jalan raya. Saya tak suka drive bila jam dah masuk pukul 7.00malam. Sebab, saya tahu keterbatasan pandangan mata saya dengan lampu kenderaan dari arah bertentangan dan kesukaran drive dalam gelap.
Namun nak buat cam mana, ia di luar kawalan kita. Bila bergerak bersama family, kita tak dapat sukat apa yang akan berlaku.. sorang nak muntah, sorang nak kencing, berak, lapar dan macam-macam ragam bila ada anak kecil. So, kepada yang nak berkeluarga tu be ready ye. Hehehe..
Saya dah biasa. Nak tak nak, kena lah redah jugak walau semakin gelap. Cuma pemanduan saya jadi makin slow. Saya tak berani speed seperti di siang hari. Bila slow, anak kapal pun terlentok dan tertidur dalam kesejukkan malam dan aircond. Maka tinggal lah saya seorang diri meraba jalan dalam gelap.
Jam 7.15malam, saya mula masuk laluan nak ke pelabuhan dan jalan gebeng, area Bukit Penggorak.
Saya bawak 20-40km/j sahaja sebab jalan gelap dan berdebu teruk seperti kabus yang tebal. Saya menggunakan lampu tinggi. Jalan sangat gelap. Tak de orang pun. Saya risau tersasar arah.
Sehingga satu jarak saya terkejut, ada lori bauksit sedang bergerak ke depan. Memang tak nampak lampu atau apa-apa pantulan cahaya dari hadapan kerana rupa lori itu sendiri sama warna dengan debu, kusam, kelam, gelap diselaputi kesan bauksit.
Rupanya, bukan satu atau dua. Banyak lori sedang beratur di bahu kiri kanan jalan menanti giliran untuk masuk ke pelabuhan.
Jika orang tak biasa laluan ni, memang sangat-sangat bahaya.
So, nasihat saya kepada pembaca semua sila berhati-hati atau gunalah jalan lain jika boleh.
Alhamdulillah, saya sampai di Masjid Sungai Karang dalam jam 8 lebih. Kami berhenti untuk solat jamak dan segarkan badan.
Kenderaan tak banyak di tengah malam seperti siang hari kecuali lori bauksit. So, jalan tak jamp. Tapi, tetap lambat sebab kesan bauksit. Mungkin, orang ramai dah taw keadaan kat situ. Cuma yang terdesak cam saya je terpaksa redah. Huhuhu..
Nak marah, tak guna. Nak maki hamun, pun tak berguna. Kita tiada kuasa.
Apa yang mampu dan boleh diusahakan adalah berdoa semoga perjalanan kita dipermudahkan dan berjalan lancar. Semoga semuanya selamat.
Dan diharapkan dengan penulisan ini dapat menimbulkan kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati. Wajib! berhati-hati..
Banyakkan istiqfar, solawat dan berdoa kepadaNya setiap kali memandu. Ingat Allah setiap waktu tidak kira masa.
Bagi saya, memandu ni satu cabaran dan medan pertarungan nyawa seperti sedang berjihad. Ditambah pulak kita membawa penumpang yang menjadi tanggungjawab kita supaya sentiasa berwaspada. Tidak boleh ikutkan rasa atau berlumba-lumba antara pemandu yang lain.
Cukup sampai sini sahaja, coretan SMS kali ini yang mengharapkan semua pembaca berhati-hati jika melalui jalan Gebeng di Kuantan.
Jom! kita kongsikan kepada saudara-mara, rakan-rakan mahupun orang ramai supaya lebih ramai yang peroleh manfaat.
InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
No comments:
Post a Comment