Assalamualaikum wbt..
Saya mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia selalu. Kita semua dipermudahkan segala urusan dan amal ibadat kepadaNya.
InsyaAllah.
KENAPA SUSAHNYA NAK BUANG AIR BESAR?!
Ramai yang hubungi Kinah bertanya "Kenapa susah sangat nak buang air besar?!"
Dengar cam jijik je.. apa ni, cerita pasal buang air besar.
Sebelum tue, izinkan saya kongsikan sedikit pengalaman lampau saya.
2 tahun lepas saya memang ada masalah susahnya nak membuang. Susah tu, di tahap sakit yang sangat kritikal.
Saya malu nak bercerita. Tapi, kalau saya tak berkongsi mungkin ramai yang mengalami masalah yang sama seperti saya dan mengharapkan jalan penyelesaian yang segera.
Ini kisah dulu,
Saya akan membuang sekali dua minggu sahaja. Jarang sangat nak proses bahan buangan nie setiap hari. Keadaan fizikal perut saya memang membuncit cam orang pregnant.
Bila susah nak membuang, saya selalu je migrain. Pening-pening dan penat. Kadang, gastrik sebab terlampau banyak asid dalam perut.
Mungkin, jugak sebab saya sangat suka makan pedas..
Bila satu ketika saya sembelit, buasir dan berdarah. Saya jadi trauma. Trauma untuk makan benda yang keras seperti kacang, kerepek dan bercili atau spicy.
Saya stop makan semua nie. Rasa hidup tiada nikmat. Saya lebihkan makanan yang lembut dan berjeli seperti puding, bubur, sup yang pada anggapan saya ia membantu masalah sembelit dan simptom buasir tadi.
Tapi, saya silap. Ia tetap sama. Bahkan semakin kritikal. Saya menangis sendiri bila berada dalam toilet. Saya gagal untuk membuang air besar.
Saya menjadi bertambah tertekan.
Saya kurangkan pengambilan makanan. Tetap tak membantu. Sehingga saya give up. Dan terima nasib hidup saya memang cam nie.
Itu kisah saya dulu, sebelum mengamalkan Set Detox Herb-Lax, Ostematrix, Zinc Complex + SR Vita C (tambahan untuk rawat buasir), Lecithin, Alfalfa Complex dan Pepermint.
Orang kata, nak tahu usus kita sihat ke tidak sihat tengok kepada kekerapan kita membuang dalam sehari.
Kiranya, kalau sekali sehari membuang dengan lancar tu kiranya memang dah ok.
Lagi ok, kalau membuang seawal pagi antara jam 5 hingga 7 pagi.
Itu masa perkumuhan dan pembuangan terbaik bagi sistem badan manusia.
Haa..
Jangan risau kalau anda tak membuang di waktu yang Kinah katakan di atas tadi. Jika keadaan fizikal dan proses pembuangan smooth, tak sakit, tegang urat mahupun yang paling dasyat bau tak semerbak harum sehingga nak pengsan.
Itu kiranya, anda seorang yang sihat.
Kat sini, Kinah kongsikan beberapa punca yang boleh menyebabkan berlaku sembelit mahupun buasir :-
1. Kekurangan zat kalsium dan magnesium yang berfungsi untuk melembutkan najis dan mengurangkan tekanan usus.
2. Kurang minum air kosong yang cukup mengikut keperluan badan.
3. Terlalu banyak mengambil makanan yang kurang serat dan tinggi garam serta lemak.
4. Kurang mengamalkan sayur-sayuran dan buah-buahan.
5. Tekanan sekeliling.
6. Lebihan berat badan yang menyumbang kepada Obesiti.
7. Terlalu banyak mengambil makanan pedas dan berasid tinggi.
8. Sup daging tidak elok dimakan selalu kerana ia tinggi kolestrol dan lemak jika anda seorang yang tidak aktive.
9. Kekacang dan kerepek, bukan sahaja bersifat keras bahkan ia tinggi kandungan sodium ataupun garam.
10. Makan yang kurang berkhasiat dan lewat malam.
Konklusinya, ia berpunca dari pemakanan kita dan amalan gaya hidup kita.
So, mulai hari nie.. jom sama-sama kita berubah dan perbaiki kesilapan lalu.
Jika ingin dapatkan khidmat nasihat dan consume set detox, boleh hubungi Kinah (019-916 4276).
Kita hanya berusaha, selebihnya Allah jua yang menentukannya.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.
*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment