Friday, 22 January 2016

KISAH PEMINTA DERMA DI HYPERMARKET

Sekadar contoh.
Assalamualaikum wbt..

KISAH PEMINTA DERMA DI HYPERMARKET

Saya selalu ke hypermarket ni, untuk membeli barang dapur.

Selalu, kat pintu masuk mesti akan ada peminta derma sedang menanti untuk meminta ehsan pengunjung kat sini. Termasuk lah saya.

Kadang saya pelik, yang meminta tu dari pelbagai usia. Pagi budak rendah, kecik.. tengah hari budak tinggi, petang lelaki yang dah besar berjubah putih. Tak tahu, dorang dari tahfiz mana.

Hurmm.. Cam mana saya boleh tahu ada sessi schedule pulak? Saya tak de kerja lain ke? Hehehe..

Kebetulan, saya selalu menyinggah sebab mencari barang yang dipesan emak. Dan bila menyinggah bukan seminit, dua.. lama jugak.

Ada satu petang tue, dorang baru nak tukar shift. Kelakuan si peminta derma ni cam pelik je saya tengok.

Dia berjalan kaki untuk pulang ke Tahfiz yang saya tak tahu kat mana.

Saya berkereta dan kebetulan laluan kami sama.

Cuma saya berhentikan kereta sekejap di tepi jalan untuk ambil barang di seat sebelah. Sambil mata saya perhati si lelaki tadi.

Kelakuan dia cam mencurigakan.

Dia berjalan dengan jubah putih berkopiah sambil mata memandang sekeliling.

Lama saya perhatikan dia dari jauh.

Saya bawa kereta perlahan-lahan dan bila selisih di tempat yang ta de orang dan bangunan. Kiranya, kawasan berbukit lah..

Baru dia keluarkan sesuatu.

Tahu tak, apa dia?

Dia keluarkan rokok.

Maybe, dia gunakan kesempatan di luar ini untuk merokok atau dia takut orang yang menderma tahu perangai dia yang sebenar.

Wallahualam.

Just ambil ini sebagai pengajaran kita semua.

Dunia hari ini, lebih banyak menipu di sebalik amal kebajikan sehingga orang ramai mengabaikan kerana ia lebih kepada sindiket.

Saya tak tahu apa yang mereka lakukan ini adakah betul atau jalan pintas. Kadang, saya kecian. Kecian sebab mereka sempurna sifat. Tapi, menghabiskan masa berdiri berjam-jam dan meminta ehsan orang ramai di situ setiap hari.

Diusia mereka, sepatutnya belajar dan mendalami ilmu agama, dunia & akhirat.
Bukan meminta derma, dana atau sedekah berjam-jam dengan muka sedih
memohon ehsan orang ramai.
Seolah-olah kalau dorang tak buat, nanti dikenakan hukuman denda ke apa.

Saya pun tak faham.

Walau apa-pun, kita yang berada dalam minda sedar ini dan sempurna anggota badan. gunakan nikmat dari Allah ini sebaik-baiknya.

Pohonlah dengan Allah, semoga dikurniakan rezeki yang mencukupi dan penuh berkat sehingga tidak perlu meminta ehsan dari orang ramai. Bahkan, biar lah tangan kita yang lebih banyak memberi dari menerima (bukan meminta-minta).

InsyaAllah..

Salam Jumaat.
Penghulu Segala Hari.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment