Wednesday, 20 January 2016

KONSEP 3P PERNIAGAAN ONLINE OLEH IRFAN KHAIRI (IK)

Assalamualaikum wbt..

Salam Jutawan. SMS doakan anda kaya, bahagia dan berjaya walau dimana jua kita berada.

InsyaAllah.

Baru-baru ini, Dr. Irfan Khairi (IK) ada bersiaran di rancangan Wanita Hari ini (WHI) TV3.

Membawa topik bagaimana menjana pendapatan tambahan walau masih bekerja.

KONSEP 3P PERNIAGAAN ONLINE OLEH IRFAN KHAIRI (IK)

SMS tahu ramai antara kita yang mempunyai masalah kekurangan wang untuk support perbelanjaan harian.

Terutama bagi mereka yang hidup di bandar-bandar besar dan mempunyai tanggungan yang ramai. Ini adalah kerana peningkatan kos sara hidup dan kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia (RM).

Gaji tetap sama tahun demi tahun. Bahkan lagi dhaif, gaji diturunkan dan tidak kurang jugak diberhentikan kerja oleh company untuk mengurangkan kos operasi dan sebagainya.

Sampai bila kita ingin jadi mangsa keadaan kan?

So, wajib bertindak dan berubah.

Di bawah ini, ada 3 konsep perniagaan yang boleh anda usahakan seperti kata IK :

P - Produk

Dalam memulakan sesuatu perniagaan (khas untuk online), pastinya memerlukan produk atau perkhidmatan untuk dijual. Terutamanya sekiranya perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan sambilan.

Pilihan terbaik adalah memulakan perniagaan berdasarkan kepada minat atau hobi. Dari situ akan timbul perasaan suka dan seronok.

Apa taknya, dah balik pejabat mungkin penat-penat, tiba masanya untuk melakukan sesuatu yang boleh memberi kepuasan kepada diri sendiri, bukan sahaja pada wang. Jadi, P yang pertama adalah dapatkan produk dan perkhidmatan mengikut minat.

P - Platform

Untuk memulakan perniagaan sambilan, gunakan platform yang kita sedia tahu. 

Contoh, mungkin kita biasa menggunakan Facebook (fb), dan juga Instagram (ig). Semua orang familiar dengan dua aplikasi ini.

Selain itu, gunakan blog sebagaimana SMS jadikan blog untuk berkongsi kebaikan dan manfaat produk, ilmu-ilmu, info, motivasi dan banyak lagi.

Anda boleh go thru blog SMS (sakinahms.blogspot.my) untuk rujukan.

Sebelum ni, saya sendiri tak suka ber FB atau online. Sebab, pada anggapan ia membuang masa. Hehehe..

Itu kerana kita tiada ilmu pengetahuan dan cara untuk gunakan ia untuk kebaikan.

Sebenarnya, terlalu banyak kebaikannya untuk kita semua.

P - Promosi

Pelajari strategi dan teknik promosi platform yang kita pilih. Tanpa teknik dan strategi yang betul, pastinya sukar mendapat pelanggan. 

Ramai yang bertanyakan kepada saya, bahawa mereka telah menggunakan facebook, instagram dan lain-lain tetapi masih sukar mendapat pelanggan.

My advise, belajar dan tuntutlah ilmu dari Mentor yang ingin membantu anda. Dalam hidup ni, kita perlukan guru/mentor untuk tunjukkan jalan.

InsyaAllah akan mudah untuk berjaya jika kita bertindak.

Ada Mentor tapi tidak bertindak, tak guna jugak kan.

Ibarat cam rumah ada mentor, tapi tiada penghuni untuk menghidupkan suiznya. Maka rumah itu berada dalam kegelapan lah.

Ok.

Selamat berusaha dan maju jaya.

SMS doakan anda kaya, bahagia dan berjaya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment