Assalamualaikum dan salam bahagia..
SMS doakan semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan amal ibadat kepadaNya. InsyaAllah..
SAMPAIKAN DOA DAN SALAM RINDUKU DI TAMAN RAUDHAH
Semalam, sahabat saya selamat berlepas ke tanah suci untuk menunaikan ibadat umrah bersama isteri tercinta dan keluarganya.
So, saya mengambil kesempatan ini mengirimkan doa kepada beliau untuk dibacakan hajat dan sampaikan salam rindu saya di tempat-tempat mustajab berdoa di sana nanti.
Alhamdulillah..
Setiap kali ada sahabat terdekat ke sana, saya akan usahakan kirim doa yang sama sehingga ia termakbul.
Dalam hidup ini, kita perlu berusaha walau apa jua halangan dan ujian yang dihadapi. Usaha dengan apa cara sekali pun asalkan ianya tidak bercanggah dengan agama kita.
Ok, pagi ni saya nak share sedikit tentang kelebihan dan di mana letaknya Taman Raudhah yang akan membuatkan kita menangis kerinduan dan keinsafan. Terasa seperti saya berada di sana.
Taman Raudhah ni, antara salah satu tempat yang mustajab untuk kita berdoa. Dan InsyaAllah, doa sesiapa yang berada dalam Taman Syurga ini akan dimakbulkan.
Menurut dari pengalaman kebanyakkan penulis blog, mereka ada berpesan beberapa perkara untuk ke Taman ini.
Taman Raudhah tak boleh masuk sesuka hati. Ia ada waktu khas untuk jemaah lelaki dan wanita. Dan jugak ada laluan khas untuk kita mengikut negara masing-masing. Ini bagi mengelak dari incident tidak diigini seperti tolak-menolak antara satu sama lain.
Bagi wanita, jemaah Malaysia akan ditempatkan bersama jemaah Indonesia. Manakala mak arab bersama jemaah negara lain yang berbadan besar.
Pastu, kalau nak berdoa atau solat sunat pastikan kita berada di karpet berwarna hijau. Bukan warna merah seperti di bawah ini.
Hurmm..
Memandangkan semua orang ingin berada di taman ini, maka keadaan sentiasa crowded dengan jemaah. So, kita kena bertimbang rasa sesama ummat. Jangan terlalu lama berada di situ dan pentingkan diri sendiri.
Sebaik berjaya masuk ke Taman ini, cari tempat yang sesuai untuk terus solat, bersujud dan berdoa.
Ada yang menasihatkan supaya elakkan berdoa terlalu lama semasa bersujud. Seeloknya, berdoa semasa berdiri. Jadi kita dapat berikan sedikit ruang kepada jemaah lain merasa apa yang kita lakukan. Selain, mengelak dari diri kita dipijak tanpa disedari.
Bayangkan jika semua orang bersujud terlalu lama. Kecian, jemaah lain yang ternanti-nanti ruang mereka.
Hati kena berlapang dan ikhlas.
Kena berhati-hati, fikirkan yang baik-baik. Sebab apa yang kita fikir mempunyai gelombang dan getaran yang kuat semasa berada di tanah suci ini.
Kalau kita pernah dengar, mereka yang pulang dari mekah dan madinah selalu berpesan. Mulut dan hati kena jaga. Sentiasa bersih dan elakkan berkata dan berfikir yang buruk-buruk.
Actually, bukan sahaja di sana. Di mana-mana pun kena jaga fikiran.
Ok.
Ok.
Sama-sama lah kita berusaha dan perbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
Mudah-mudahan kita semua menjadi tetamu VVIP Allah SWT di tanah suciNya nanti.
InsyaAllah.
*Anda boleh jugak baca, 9 tips dan kelebihan ketika di Raudhah di sini : TAMAN SYURGA
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Anda boleh jugak baca, 9 tips dan kelebihan ketika di Raudhah di sini : TAMAN SYURGA
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
No comments:
Post a Comment